Rate

BAB 6

Other Series 1907

"Bahagianya kau Rusy." Soal Ruby sebaik saja melihat Rusy tersenyum.

"Aku hari hari bahagia. Kau pun hari ni bahagia je aku tengok." Rusy memandang Ruby.

"Aku pun hari hari bahagia." Ruby mengulangi kata-kata Rusy. Mereka berdua ketawa.

"Weekend ni kau nk pergi mana Ruby? Soal Rusy sambil meneguk secawan jus oren.

"Aku fikir nak balik jumpa mak ayah aku kat kampung la." Ruby membuat cadangan yang dia sendiri belum pasti.

"Ok la juga kau balik, lagipun bukannya senang kau nak jumpa mak ayah kau kan?" Rusy menyokong.

Keluarga Ruby menatap di Perlis. Memang susah Ruby nak balik Perlis jenguk family dia. Ayah Ruby mengusahakan tanaman padi milik atuknya. Disebabkan atuknya dah tak larat nak, semua tanaman padi diserahkan kepada ayahnya.

"Kau weekend buat apa?" Soal Ruby pula kepada Rusy.

"Date." Jawab Rusy sepatah.

"Siapa pakwe kau? Nak tahu jugak." Ruby mendesak Rusy.

"OK. Aku bagi hint. Capital A ." Rusy tersenyum.

"Dia fakulti apa?" Ruby memang nak amik tahu pasal pakwe Rusy.

"Fakulti guaman." Rusy menjawab selamba.

"Fakulti guaman? Sama dengan Rafiqin lah kan?" Ruby memetik nama Rafiqin tanpa sengaja.

"Rafiqin? Sejak bila kau tau Rafiqin tu fakulti guaman?" Rusy meragui Ruby.

"Sejak...sejak aku lepak dengan dia." Jawab Ruby gagap. 'Macam mana lah aku boleh terpetik nama mamat ni.'

"Bila kau lepak dengan dia? Tak bagitau aku pun!" Rusy seakan mahu merajuk.
"Tadi. Time kau dengan pakwe kau tengah sweet sweet kat taman." Ruby menjeling Rusy.

"Kau nampak?" Rusy terkejut.

"Gila tak nampak? Acah sweet je main tukar-tukar aiskrim." Ruby buat muka meluat.

"Tau jelous takde pakwe." Rusy menyakat Ruby.

"Kau fikir aku ni tak laku sangat ke? Kau tunggu lah nanti, bakal pakwe aku lagi hensem dari pakwe kau." Ruby menjeling Rusy.

"Siapa bakal pakwe kau?" Rusy dah pandang Ruby dengan mata yang bersinar-sinar.

"Eh silap. Bukan pakwe tapi zauj." Ruby tersenyum.

"Bakal zauj kau Rafiqin eh?" Rusy tersenyum nakal. Ruby laju menggeleng sambil membuat muka.
"Macam mana first day kau lepak ngan dengan Rafiqin?" Soal Rusy yang ternanti-nanti jawapan dari Ruby.

"Not bad. Tapi yang aku tak sangka, dia pun hantu k-pop tau." Ruby teruja.

"Seriously? Ok la tu...boleh jodohkan dengan kau." Rusy berseloroh. Muka meluat Ruby dah keluar.

"Macam mana kau dengan dia boleh lepak setable?" Soal Rusy pelik.

"Time tu aku tengah mengutuk dia kat kafeteria, tiba-tiba je dia muncul. Tu yang boleh dok setable tu." Ruby cerita nak taknak.

"Tu je?" Rusy mengerutkan dahi. 'Ruby ni cerita la dari mula!'

"Ah kau! kisah aku, biar aku sendiri yang tau. Kau jangan sebok." Ruby menjelirkan lidahnya pada Rusy.

"Macam lain macam je kau ni." Rusy memandang Ruby pelik.

"Apa yang lain macam? Aku makin cantik eh? Terima kasih." Ruby tersenyum nakal. Rusy yang dah malas nak layan Ruby, kembali fokus pada telefonnya.

Ruby yang dilanda kebosanan mendapat idea untuk mengacau Rusy.

"Rusy, JB hensem tak?"

"Tak."

"Aku cantik tak?"
"Tak." Rusy menjawab selamba.
"Kuajo eh kau?" Ruby tak puas hati.

"Terimalah hakikat." Rusy ketawa.

.........BERSAMBUNG..........

sorry sesangat lambat update sbb byk sgt homework yg nk kna buat (lumrah kehidupan manusia yg digelar pelajar. hahaha)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience