Rate

BAB 5

Other Series 1907

Ruby memandu keretanya dengan laju ke U kerana lambat bangun. Habis semua lampu merah di redahnya. Setibanya Ruby di Universiti dia memakir keretanya bersebelahan padang. Dia membuka pintu keretanya dengan kuat sehingga terkena Rafiqin yang sedang berdiri bersebelahan dengan keretanya.

"Adoi!" Rafiqin menjerit kesakitan

"Kau ni dah tak ada tempat lain ke nak berdiri? Balik-balik muka kau je aku nampak kat U ni. Takde orang lain ke?" Ruby memarahi Rafiqin sebaik saja keluar dari kereta.

"Kau tau tak apa orang cakap? Orang cakap kalau jumpa kadang-kadang, tu kebetulan. Tapi kalau dah selalu jumpa tu namanya jodoh." Rafiqin cuba mengayat Ruby.

"Banyak lah kau jodoh. Jodoh aku yang sebenar lecture aku yang dah get ready nak membebel dekat dalam kelas. Tepilah kau." Ruby meninggalkan Rafiqin yang masih tercegat di tempat letak keretanya.

"Huh...seriouslah dia ni budak sains? Bercakap...kalah budak-budak guaman." Rafiqin membebel sendiri. Dia terpandang kereta Ruby yang berada disebelahnya.

"Fuh...Audi jugak ke? Tapi apesal warna silver? kalau warna merah kan cun. Weyh Audi merah, kau dah nak dapat patner warna silver. Tapi kau kena tunggu lama sikit lah." Rafiqin ketawa sendiri. 'Apalah aku ni cakap dengan kereta. Karang tak pasal-pasal orang cakap aku gila.' Rafiqin tersenyum sendiri.

Ruby melangkah keluar dari kelas dengan bahagia sekali. Bahagianya sebab assignment dia yang bersepah tu, semuanya dah settle.

"I need you girl wae honja saranghago honjaseoman ibyeolhae." Kedengaran lagu I need you oleh BTS dinyanyikan di penjuru tangga. Ruby mencari empunya suara tersebut. Matanya terpandang Rafiqin yang sedang tersenyum sendiri. 'Memnag sah tu suara dia.'

"Assalamualaikum pakcik...buat apa karaoke lagu BTS kat sini? Dah tak ada tempat lain dah?" Ruby menegur Rafiqin.

"Eh ajaib betul!" Rafiqin buat muka terkejut.

" Apa yang ajaib?" Ruby dah blur.

"Ajaib la....aku baru je nyanyi satu rangkap lagu I need you. Dah muncul perempuan yang aku need sangat-sangat." Rafiqin tersenyum melihat Ruby.

"Banyak lah kau! Aku tak sangka laki pun minat kpop. Aku ingatkan perempuan je." Ruby memerli Rafiqin.

"Kenapa? kau fikir laki takleh minat kpop?" Rafiqin mempertikaikan kata-kata Ruby.

"Aku tak cakap pun yang lelaki tak boleh minat. Telinga kau ni dah berapa abad tak korek? Pekak sangat." Kata Ruby dan berlalu pergi.

"Ish minah ni sombong sangat lah! Apa nama dia hah? Aku dari tadi dok try nak usha kad pelajar dia tak dapat-dapat pun." Rafiqin membebel sendiri.

Ruby berjalan seorang menuju ke kafeteria. Rusy awal-awal lagi dia cakap yang dia tak boleh Ruby lepas kelas. Busy katanya. Busy dengan pakwe.

"Rafiqin ni pahal ha? Dekay U ni asyik nampak muka dia je. Dah tak ada orang lain ke dekat U ni yang aku boleh jumpa. Dah la muka pe...."

"Ha! mengutuk orang. Tak baik tau." Rafiqin yang entah dari mana muncul, memotong percakapan Ruby.

Ruby yang terkejut terus terdiam.

"Mak aku cakap tak baik tau mengutuk orang. Nanti dapat dosa. Aku tak tipu sebab mak aku ustazah." Kata Rafiqin dengan gaya budak sekolah. Ruby tersenyum sebaik saja melihat Rafiqin berkelakuan begitu.

"Laa.... Anak ustazah ke? Apesal tak nampak macam anak ustazah pun?" Ruby meragui Rafiqin.

"Kau nak aku datang U pakai jubah dengan serban lepastu mata bercelak ke apa baru kau nak percaya aku ni anak ustazah?" Rafiqin menyoal Ruby kembali.

Ruby terdiam.

"Kau amik jurusan apa?" Tanya Ruby kepada Rafiqin.

"Nama kau apa?" Soalan Ruby di balas dengan soalan.
"Ni yang aku tak suka ni. Aku tanya kau, kau tanya aku balik. Apahal?"

"Kau bagitau nama kau dulu, baru aku bagitau aku jurusan apa." Rafiqin menjongketkan keningnya.

Ruby memandang Rafiqin tajam. 'Apesal mamat ni nak sangat tau nama aku? Masalah hidup betullah.'

"Apesal pandang aku macam tu? Aku nak tau nama kau supaya senang aku nak panggil kau. Takdelah susah-aku nak pikir aku nak panggil kau apa." Rafiqin tersenyum.

"Yelah aku bagitau lah nama aku. Nama aku ni panjang tau...tapi cukuplah kau panggil aku Ruby." Terang Ruby panjang lebar.

"Ruby...nice name." Rafiqin tersenyum.

"Kau fakulti apa?" Ruby pula menyoal Rafiqin.

"Aku fakulti guaman." Kata Rafiqin sambil membentuk satu senyuman.

"Patutlah bila aku dengan kau, kau selalu menang...budak guaman rupanya." Ruby berkata acuh tak acuh.

Rafiqin tersenyum mendengar kata-kata Ruby. Suasana di kafeteria senyap seketika.

"Kau minat BTS tak?" Rafiqin mebuka cerita ingin menghilangkan rasa kekok.

"Gila tak minat! Rap Monster tetap di hati." Ruby kelihatan teruja.

"Eii Rap Monster, kau nak tahu tak, Rap Monster tu...kalau nak compare dengan aku, aku lagi hensem." Rafiqin dah mula dah poyo dia.

"Tolonglah. Kau tak setanding Rap Monster aku." Ruby punya muka meluat dah keluar.

"Aku nak cakap ni...tapi kau jangan perasan pulak eh." Rafiqin membetulkan duduknya.

"Apa dia?" Ruby dah sedia mendengar tanpa sebarang perasaan.

"Muka kau, macam Jihyo TWICE. Tapi... Jihyo cantik lagi lah." Rafiqin menunggu apa reaksi Ruby.

"Kau pun layan TWICE jugak ke? Kpopers rupanya kau ni." Ruby ketawa. 'Bapaklah mamat ni, bukannya senang nak jumpa laki minat kpop ni.' Omel hati kecil Ruby.

"Biasalah, bukannya TWICE je aku layan.... BLACKPINK, WINNER, IKON, BTS, EXO, B.A.P, SEVENTEEN, WANNA ONE, APINK, LOVELYZ, SF9...."

"Ok cukup...cukup, baik kau sebut je semua group yang ada dekat korea tu." Cepat Ruby memotong percakapan Rafiqin.

"Weyh Fiqin...." Panggil Ruby.

Mata Rafiqin bersinar apabila mendengar namanya dipanggil oleh Ruby.

"Kau panggil aku apa tadi?" Rafiqin dah teruja tahap 'namatey.'

"Fiqin?" Ruby memandang Rafiqin pelik.

"Kau tau tak...kau lah perempuan pertama yang panggil aku Fiqin. Perempuan lain semua panggil aku Rafiqin je." Terang Rafiqin panjang lebar.

"Kantoilah pasang sparepart." Ruby berseloroh.

"Sparepart?" Rafiqin punya blur dah keluar.

"Yelah...kau sendiri yang cakap PEREMPUAN LAIN. Sparepart lah tu." Ruby ketawa.

"Ish kau ni. Kawan-kawan perempuan aku lah." Rafiqin memandang Ruby tajam kemudian ketawa.

..........BERSAMBUNG...........

SORRY LAMBAT SEBAB PHONE ADA PROBLEM.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience