Rate

BAB 3

Other Series 1907

"Encik Rafiqin Haziq! Sila bangun solat subuh dan siap untuk ke universiti. Di ulangi! Encik Rafiqin Haziq! Sila...."

"Woi! Kau gila ke apa kejut aku pakai speaker!" Rafiqin membaling bantal kearah Afiq yang bersemangat mengejutnya dengan speaker sehingga terjaga.

"Kau tak tau ke ni lah trend sekarang kejut member yang tidur mati pakai speaker." Afiq punya fakta mengarut dah keluar.

"Kepala hotak kau la! Kalau kau letak speaker tu jauh takpela jugak, ni kau letak betul-betul dekat sebelah telinga aku. Kalau pekak aku nanti macam mana?" Nasib Afiq la kena dengar Rafiqin membebel pagi-pagi.

"Yelah...yelah aku salah nanti aku gantung speaker ni dekat penjuru bilik kau. Tepat pukul 5:30 pagi aku buat announcement macam dekat sekolah dulu. Amacam?" Kata Afiq sambil menjongketkan kening.

Rafiqin mencapai bantal yang berada disebelahnya lalu dibaling kearah Afiq. Pantas Afiq mengelak dengan keluar dari bilik Rafiqin.

"Jangan lupa solat subuh!" Sempat Afiq mengingatkan Rafiqin dari luar bilik.

Ruby duduk di penjuru dewan bersebelahan dengan pintu sambil mendengar apa yang diterangkan oleh pensyarahnya. Hari ini tah apa demam dia, sepanjang penerangan pensyarahnya itu, dia fokus sampai mata tak bekerdip.

"Ok..semua boleh bersurai." Hari ni kelas Ruby habis agak awal.

Ruby yang dah memang tak ada hala tuju pergi duduk melangut dekat taman. Sedang dia leka termenung, tiba-tiba ada sehelai stokin elok mendarat atas kepalanya. Ruby yang terkejut terus mencapai stokin tersebut.

"Stokin siapa pulak ni? Dah la busuk, mendarat atas kepala aku pulak tu." Ruby membebel sendiri. Dia meletakkan stokin itu disebelahnya.

"Maaf ya. Saya tak sengaja. Lagipun member saya tu dah macam tak ada benda lain nak baling." Suara seorang lelaki kedengaran bersalah.

Ruby mendongak sebaik sahaja terdengar suara lelaki tadi. Alangkah terkejutnya mereka berdua apabila terpandang sesama sendiri.

"Kau!" Jerit mereka berdua serentak. Ruby terus berdiri dah siap sedia nak gaduh.

"Kalau aku taulah stokin aku ni mendarat dekat atas kepala kau, takde berianya aku nak minta maaf." Lelaki tadi menjeling Ruby.

"Hei kalau aku tau lah ni stokin kau, dah lama aku campak stokin kau dekat loji depan tu. Bau stokin kau dengan loji tu pun dah sama dah." Ruby membalas kata-kata lelaki itu.

"Eh perempuan ni..kau tau tak dah dua kali kau buat aku hilang sabar dengan kau." Lelaki tadi dah naik darah.

"Hei apa perempuan-perempuan? mak ayah aku bagi nama kat aku elok tau yang kau nak panggil aku perempuan pahal?" Ruby melawan.

"Dah memang kau perempuan kan? Kau nak aku panggil kau apa betina? tu untuk haiwan la. Orang yang tak ada otak je guna jantan betina untuk manusia." 'Amik kau. Aku budak fakulti guaman la. Silap orangla kalau ajak berdebat'. lelaki itu mula bongkak dalam hati.

Ruby terdiam sebab malu. Habis mukanya merah.

"By the way...tadi kau cakap mak ayah kau bagi nama kat kau elok kan? Apa nama kau?" 'Tak salah kan nak kenal-kenal' Omel hati laki tersebut.

"Kau siapa nak tahu nama aku?" Ruby mempertahankan dirinya.

"Sombong rupanya kau ni." Lelaki itu membuat andaian.

"Sedap mulut kau je cakap aku sombong kan? Kalau aku sombong tak adanya aku duduk sini layan kau." 'Ish mamat ni, tak tahu dari mana muncul..boleh dia cakap aku sombong.'

"So? kalau tak sombong, bagi lah tau nama kau." Lelaki tadi masih mencuba.

"Tak nak." Kata Ruby sambil menggeleng.

"Kalau macam ni la..sampai esok pun kau tak bagitau nama kau. Nama aku Rafiqin. Kalau nak cute sikit panggil Piqin, kalau nak acah kpop panggil oppa, kalau nak sweet panggil sayang. Hope esok jumpa lagi." Kata Rafiqin dan berlalu pergi.

"Eii...Sayang, oppa? please la!" Ruby membuat muka meluat. 'Kalau sayang, baik aku panggil lembu atuk aku kat kampung lagi bahagia. Oppa pulak aku panggil kambing aku. Kambing oppa!' Cemuh Ruby dalam hati.

"Fuhh! Cik abang mana tadi tu? Sem ah...muka dia pun macam JB kau tu." Rusy yang entah dari mana muncul mencelah.

"Pandangan aku time first time tengok dia memang hensem macam JB, tapi kali kedua jumpa...hilang hensem dia. Hensem lagi ayam belanda atuk aku." Kata Ruby sambil memerhati Rafiqin yang berada tidak jauh dari taman.

"Fuhh Fiqin...awek mana tu? Cun beb! Muka dia macam Jihyo kau la." Afiq semua benda dia amik tau. Busy body.

Oh! Lupa, Rafiqin dia memang minat gila dengan kumpulan TWICE. Kalau tengok dalam kotak-kotak dekat bilik dia penuh dengan album TWICE dan gambar-gambar Jihyo. Boleh bukak muzium.

"Ada la juga iras-iras tapi sudah pasti Park Jihyo aku cantik lagi. And one more, kalau kau nak tau dialah perempuan yang aku cerita haritu. Aku rasa aku nak try dia lah." Tersembur White Coffe yang Afiq minum habis terkena pakaian Rafiqin.

"What the.... Kau ni pun kalau nak tersembur, sembur la tempat lain. Apesal dekat aku juga?" Rafiqin dah kelam-kabut. 'Dahla petang ni aku ada kelas lagi. Nak balik rumah salin baju dah tak sempat.' Marah Rafiqin dalam hati.

"Sorry weyh! Sumpah aku cakap ni lah semburan aku yang yang paling ikhlas sekali sebab first time aku dengar kau nak tackle awek depan aku." Afiq memang betul-betul rasa bersalah.

"Kau tau tak petang ni aku ada kelas? Terpaksa tau ponteng kelas petang ni. Ni semua sebab kau." Rafiqin berlalu pergi dengan bebelan yang tidak berhenti.

Afiq yang berjalan di belakang Rafiqin mengajuk percakapan Rafiqin. 'Hak alah mamat ni. Aku dah mintak maaf dah. Aku tersembur air je, bukannya tersembur simen. Itu pun nak kecoh.' Omel hati kecil Afiq.

"Weyh Ruby! Kau tak cerita lagi kat aku pasal mamat tu." Rusy mendesak Ruby sebaik saja tiba di rumah.

"Ish kau ni...apesal nak amik tahu sangat pasal mamat tu? Bukannya penting pun. Ruby dah malas nak cerita pasal lelaki yang bernama Rafiqin tu.

"Alaa...aku pun nak tahu siapa bakal suami kawan aku ni." Rusy dah fikir bukan-bukan.

"Apa kau mengarut ni? Memang taklah dia bakal suami aku. Kalau kau nak tahu, mamat muka Korea celup yang sesat kat Malaysia dan yang tak pandai berbudi bahasa haritu, tu lah dia. Lelaki yang dengan aku tadi." Ruby menjelaskan dengan panjang lebar.

"Serious lah!? wow kuat betul jodoh korang eh? Asyik jumpa je." Rusy tersenyum nakal.

"Banyak lah kau jodoh...kitorang terjumpa harini pun sebab stokin dia jatuh atas kepala aku." Ruby tersenyum sendiri.

"Stokin?" Rusy ketawa.

"Tulah pasal...kalau bunga ke, coklat ke kan romantik sikit. Ni stokin dah lah busuk." Kata Ruby sambil berjalan menuju ke bilik.

'Member aku ni dah lain macam je ni.' Omel hati Rusy dalam hati.

...............BERSAMBUNG...............

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience