Rate

BAB 4

Other Series 1907

"Me likey me likey likey likey me likey likey likey dugeundugeundugeun heart heart! Afiq TWICE fiq!" Jerit Rafiqin yang teruja dari bilik.

"Ish kau ni...aku dah cakap kan aku tak main lah TWICE ni. Aku up la sikit BLACKPINK majimakcheorom." Kata Afiq sambil menari tarian BLACKPINK

"Ya Allah Fiq! Apa kau ni. Kau tau tak tarian As If It's Your Last BLACKPINK tu, kalau diorang buat seksi. Tapi kalau buat, seksa weyh! Buta mata aku." Rafiqin membaling bantal kearah Afiq yang sedang menari.
"Nak lagi tak? Meh aku payung lagu likey pulak." Kata Afiq yang sudah siap sedia dalam position.

"Tak payah! Jahanam lagu likey tu dapat kat kau!" Rafiqin membantah sekeras-kerasnya.

Afiq yag tidak menghiraukan kata-kata Rafiqin, terus menari lagu likey dari mula sampai habis. Rafiqin dah pakai spec mata hitam siap-siap takut buta katanya.

"Amacam boleh ganti Jihyo kau tak?" Kata Afiq yang baru sahaja habis menari.

"Maaf weyh aku tak boleh tengok kau menari nanti aku buta." Rafiqin membelakangi Afiq.

"Weyh perempuan yang hari tu apa cerita?" Afiq membuka cerita tentang Ruby.

Rafiqin yang tadi membelakangi Afiq, terus memandang menghadap Afiq. 'Amboi kau Fiqin. Kalau perempuan laju.' Omel hati Afiq.

"Perempuan haritu? yang mana satu?" Rafiqin ingat-ingat lupa.

"Amboi soalan kau...yang mana satu? Ramai sangat ke perempuan yang kau jumpa lepastu ngorat?" Afiq dah pandang Rafiqin lain macam.

"Well..you know me." Rafiqin dah start poyo dia.

"Perempuan yang kau jumpa dekat parking lot tulah." Afiq mengingatkannya kembali.

"Ouh! Ntah. Aku pun dah lama tak terserempak dengan dia dekat U. Dia amik jurusan apa ha? Kalau aku tahu senang sikit nak cari port lepak dekat blok-block fakulti." Rafiqin dah fikir jauh.

"Dia budak sains gunaan." Selamba Afiq menjawab.

"Mana kau tau?" Soal Rafiqin tak puas hati. 'Kuajo punya member dah tau tak bagitau aku.' Hati Rafiqin membara.

"Tak kan kau tak kenal aku? Aku ni kan stalker berjaya dekat U." Afiq punya bongkak dah keluar.

"Ish kau ni! Aku tak pernah kesah pun pasal kau punya stalker berjaya ke tak berjaya. Yang aku nak tau mana kau tau dia budak sains gunaan?" Apabila Rafiqin si budak guaman berbicara.

"Member baik dia bagitau aku." Selamba Afiq menjawab. Dahi Rafiqin dah berkerut.

"Sejak bila pulak kau date dengan member dia ni?" Rafiqin menyoal Afiq dengan pelik yang teramat. Afiq hanya tersengih.

Rafiqin dah tak keruan sebab dah 2 minggu tak terserempak dengan Ruby dekat U. 'Bila dah tahu dia fakulti apa senang sikit aku nak pergi usha-usha blok fakulti dia.' Omel Rafiqin dalam hati.


"Ruby! Kau ni pahal doh asyik termenung je. Rindu mamat haritu eh? Apa nama dia..piqin, iqin..."

"Rafiqin." Ruby membetulkan sebutan Rusy.

"Ha! Rafiqin. Kau rindu dia eh?" Rusy mengusik Ruby.

"Memang tak lah aku rindu kat dia. Aku rindu itik aku kat kampunglah. Yang kau ni aku tengok semenjak dua menjak ni asyik dok senyum sorang-sorang je pahal?" Ruby yang pelik dengan kelakuan Rusy bersuara.

"Tak ada apalah. Tengok mv DNA ni... Jungkook hensem." Rusy tersengih.

"Ye la tu...tak pelah member dah bahagia..."

"Wa!" Jerit Rusy dengan tiba-tiba.

"Kenapa kau ni?" Ruby dah cemas.

"Dia mesej aku, dia tanya aku sihat ke tak!" Rusy dah bahagia tahap namatey.

"Siapa?" Ruby blur sebab masih tak tahu apa-apa.

"Af...kawan lama aku." Rusy cuba menyembunyikan sesuatu daripada Ruby. 'Nasib baiklah tak terkantoi.'

"Yeke...tengok." Pinta Ruby yang masih tidak puas hati.

"Mana boleh! Private." Rusy menjauhkan telefonnya dari Ruby.

"Mengaku jelah pakwe yang mesej. Itupun susah sangat ke?" Ruby dah dapat mengagak.

Rusy ketawa.

"Rusy...esok kau tak payah hantar aku, sebab kereta aku dah keluar workshorp." Kata Ruby sambil mata ralit menonton televisyen.

"Ok." Jawab Rusy sepatah. 'Finally dapat juga date esok.' Rusy bangga dalam hati.

"Kau pergi lah date dengan pakwe kau esok." Ruby seolah-olah tau apa yang bermain di dalam fikiran Rusy.

'Minah ni pakai saka ke apa? Macam mana dia boleh tahu?' Ruby mengata Rusy di dalam hati.

"Kau mengata aku dalam hati lah tu. Ni WANNA ONE buat comeback lagu Beatiful tak nak tengok Daniel kau ke?" Ruby menyerahkan alat kawalan jauh kepada Rusy.

"Mana Daniel?" Rusy cepat memandang ke arah televisyen.

"Eh, layan lagi Daniel? Ingatkan dah tak layan Daniel sebab ada bf baru." Ruby memerli Rusy.

"Kau...kalau ye pun nak perli aku...tak yah lah teruk sangat." Rusy bersuara.

"Oh. Teruk sangat eh? Sorry sorry. Ruby ketawa.

.................BERSAMBUNG.....................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience