Rate

BAB 1

Other Series 1907

"OMG! weyh Rusy! kau tengok Yeo Jin Goo dengan Lee Yon Hee dalam cerita Reunited World ni sumpah sweet." Jerit Ruby yang sedang melayan dramanya di youtube

Rusy yang sedang menikmati makanannya di ruang tamu tersedak apabila mendengar jeritan Ruby. 'Ish minah ni tak habis-habis dengan Reunited World dia. Sekarang ni dah demam While you Were Sleeping lah' bebel Rusy dalam hati.

Ruby yang sedang asyik melayan dramanya mula teringat sesuatu. Pantas dia menuju kearah Rusy yang sedang makan

"Rusy....esok kau free tak?" Soal Ruby dengan lembut.

"Kenapa?" Rusy memandang Ruby

"Tolong aku." Kata Ruby sambil menunjukkan giginya yang tersusun rapi.

"Aku dah agak dah. Tolong apa?"

"Tolong tumpangkan aku pergi U. Kereta aku masuk workshorp." Ruby menanti jawapan dari Rusy

"ok" Rusy menjawab ringkas.

"Thanks. Kaulah member yang baik aku pernah ada!" Bodek Ruby

"Ruby! bangunlah cepat kau tak solat subuh ke?" Rusy mengejut Ruby tidur dengan kasar sekali. Huh Ruby kalau tidur, rumah dia kena bom pun dia tak sedar.

"Ruby!" Kali ini Rusy memukulnya dengan bantal. Kuat juga pukulan Rusy sampai Ruby pun boleh tersedar.

"Kau ni Rusy...Kacau betullah aku baru tengah mimpi indah dengan si JaeBum kau pulak kacau." Ruby memarahi Rusy sebaik saja bangun dari tidurnya.

"Elok apa aku kacau kau. Kalau aku tak kacau kau sampai kesudah kau tak bangun solat subuh. Pasang alarm kuat-kuat tapi tak bangun-bangun." Bebel Rusy kepada Ruby yang masih lagi dalam dunianya.

Ruby melangkah malas dari katilnya untuk pergi ke bilik air sempat dia menghadiahkan jelingan maut kepada Ruby. Rusy hanya menggelengkan kepalanya.

Rusy memandu keretanya dengan cermat. Suasana dalam kereta itu amatlah sunyi sehinggalah radio memutarkan lagu You Are oleh GOT7 yang merupakan lagu kegemaran Ruby. Apalagi, Ruby pun berkaraoke lah dalam kereta Rusy.

"It's a beautiful sky! makge gaen haneul like you! GOT7 saranghae!" Suara Ruby memenuhi ruang kereta Rusy apabila lagu itu sampai di bahagian chorus.

"Hoi! Ni keretalah! Bukannya bilik karaoke. Aku nak bawa kereta pun tak senang." Rusy bersuara dengan nada yang agak tinggi.

"Yelah, yelah. Ni bukan bilik karaoke ni kereta Cik Rusydina Izzati dan Saya hanya menumpang." Ruby menokok nambah. Suka sangat Ruby buat orang naik darah..ya itulah Ruby.

"Dah sampai. Nanti kalau aku lambat, kau tunggu je sini. Tak payah nak merayap mana-mana macam lah aku tak kenal kau merayap nombor satu. Nanti kalau kau hilang jadi satu masalah pulak aku nak menjawab dengan mak kau." Bebel Rusy. Ruby hanya mengangguk mendengarkan kata-kata Rusy.

Mereka berdua melangkah keluar dari kereta dan menuju ke fakulti masing-masing. Ruby mengambil jurusan sains gunaan manakala Rusy pula mengambil jurusan sains kesihatan.

"Bapak banyak assignment yang aku kena buat. Dah lah lecturer nak minggu depan. Petak pale aku pishang toi." Bebel Ruby sendiri di dalam dewan kuliah sambil membelek failnya yang tebal megalahkan kamus dewan.

"Haih...bilalah nak habis kelas ni. Aku dah mengantuk dah ni." Ruby membebel sendiri.

"Faham semua?" Soal pensyarah yang mungkin hampir menamatkan kuliahnya.

"Faham!" Suara Ruby yang paling kuat menjerit. Padahal dia bukannya faham apa pun. Berangan je dari tadi.

"OK kelas bersurai." Pensyarah menghabiskan kuliahnya.

Memandangkan Ruby duduk bersebelahan dengan pintu, dialah orang pertama yang keluar dari 'penjara' tersebut. Ada sebab kenapa dia suka duduk sebelah pintu. Sebab pertama, senang dia nak keluar bila habis kelas. Kedua, senang dia nak lari dari kelas. Dan yang ketiga, senang dia nak usha banner Wanna One yang tergantung dekat bangunan fakulti seni tarian.

"Kenapalah diorg gantung banner Wanna One dekat bangunan tu?" Soalan yang sering Ruby kemukakan bila terpandang banner tersebut.

Ruby melangkah malas menuju ke kafeteria. Dia mengambil tempat di sudut kafe dan mula menyiapkan tugasannya.

"You make me feel so high I'm so crazy!" Ruby membuat tugasannya sambil mulut asyik menyanyikan lagu Energetic oleh Wanna One.

Ruby memang meminati Wanna One dan GOT7. Tapi lagi gila dengan GOT7. Siap tau lagi warna kegemaran, makanan kegemaran. Tu kira ok la lagi, ni sampai saiz kasut pun dia usha. Ni dah parah.

"Bilalah aku dapat jumpa JB. Teringin nau nak jumpa dia." Ruby dah start berangan. Terbantut jugalah assignment dia. Hari hari asyik berangan dengan leader GOT7 tu je. Tak pernah bosan.

"Woi! berangan." Sergah Rusy yang baru sahaja tiba di kafeteria. 'Ni mesti tengah berangan dengan JB dia. Aku pun minat juga dekat Daniel Wanna One tapi takde lah teruk macam dia.' Omel hati Rusy

"Mana ada berangan. Tengah fikir masa depan." Ruby menjawab selamba.

"Fuh masa depan...dengan?" Rusy cuba mengorek rahsia.

"Adalah..." Ruby menyimpan.

"Mesti dengan Raimi kan?" Rusy cuba meneka.

"Eii Raimi? Mati hidup balik pun aku tak akan terima dia." Cepat Ruby menafikan.

"Aku ingat lagi time kau kena purpose dengan dia dekat depan dewan kuliah blok C." Rusy ketawa mengingatkan moment-moment sweet Ruby dengan Raimi.

"Wey! Apesal kau ingatkan? Aku dah lupa tau tak." Ruby memukul lengan Rusy yang masih ketawa.

Raimi adalah seorang lelaki yang mempunyai rupa paras yang tampan, kulitnya berwarna kuning lamgsat, rambut memang semulajadi perang. Sekali pandang nampak macam Lee Jong Suk pun ada. Pernah sekali dia purpose Ruby dekat depan dewan blok C lepas dicabar oleh Ruby sendiri.

.........................BERSAMBUNG.............................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience