BAB 6

Romance Completed 8222

Megat panji alam bercerita mengenai penderitaan Puteri Jenab melati yang menderita penyakit tua sebelum usia. Puteri raja yang masih berumur 23 tahun itu telah berubah wajahnya sejak dia berusia 12 tahun lagi. Pelbagai jenis ubat telah digunakan untuk merawatnya tetapi tidak berhasil. Sehinggalah raja dan permaisuri mangkat, dia masih berkeadaan begitu. Siapa yang mahu mengahwini puteri itu jika dia setua itu?..

Hartini dan Aida terdiam mendengar cerita dari megat panji alam itu. Timbul pula rasa kasihan tetapi apalah yang boleh mereka lakukan... sudah dua hari mereka di situ tidak pernah sekali pun mereka mendengar tuan puteri ketawa. Asyik nak marah sahaja sehingga benda – benda kecil pun menjadi kemarahannya.

Sewaktu Aida dan Hartini ketawa bercerita mengenai Megat Panji Alam yang lupa nak pakai seluar sewaktu mereka ke rumahnya semalam, puteri Jenab menghampiri mereka.

“Kenapa perlu ketawa?” soalnya. Wajahnya sudah kembali menjadi putih seperti kapas.

“Ketawa penawar duka” sengih Aida.

“Tapi bagi bakal ratu, tak boleh untuk beta ketawa. Tidak akan timbul rasa hormat pada rakyat jelata” sangkal Puteri Jenab Melati

“Apabila puteri ceria, rakyat lebih suka dan mudah mendekati puteri. Ketawalah. Wajah puteri akan lebih cantik” arah Aida.

Tuan Puteri cuba tersenyum tetapi kekok benar raut wajahnya. Aida dan Hartini pula yang ketawa bagai nak rak apabila melihat wajah pelik tuan puteri itu.

“Bagilah kami pulang.. bos kami tu mesti rindukan kami” desak Hartini.

“Tidak selagi aku tidak cantik seperti dulu” tegas tuan puteri.

“Hek eleh.................poyo betullah minah ni” angin betul Aida pada waktu itu.

Mahu atau tidak, mereka terpaksa berusaha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience