BAB 2

Romance Completed 8222

Hartini mula menggodek kereta mereka sendiri dan akhirnya dia berjaya. Aida yang baru sahaja pulang dari mengejar lelaki gigi satu itu tadi bersyukur.

Setelah hampir empat jam, mereka tiba di sebuah hotel yang agak usang. Terdetik juga di hati hartini mengapa bos mereka terlalu kedekut untuk menyediakan mereka sebuah hotel yang selesa lagi mewah. Mereka memegang jawatan penting di dalam syarikat bukannya kerani biasa. Dari jauh kelihatan seorang hulubalang yang segak bertanjak. Senyumannya membuatkan hati Aida mula cair seperti ais di tengah padang pasir.

“Ada apa tuan hamba ke mari?’ soal lelaki itu.

“Wakakakakakkaa.. lawaklah... hotel macam ni!!!” gelak Aida dan seperti biasa disahut oleh Hartini. Sampai tekan – tekan perut. Hulubalang itu hanya merenung.

“Mengapa begitu aneh gaya tuan hamba ketawa?. Seperti anai – anai di hujung tembok gayanya” sambung lelaki itu lagi.

“Mana lak dia tahu anai – anai gelak?” sengih Aida.

“Baby sitter anai anai kot wakakakakakkakaka” gelak lagi!. Hulubalang itu tersenyum. Dia memandang pakaian Hartini dan Aida yang berseluar jeans dengan aneh.

“Dari mana tuan hamba dapat pakaian aneh begini?” pelik pula dia.

“Ini seluar jeans!” jawab Hartini. Terus semua hulubalang di sekitar hotel yang gayanya seperti istana itu mengelilingi Hartini dan Aida. Hujung tombak diacu agak jauh. Mereka kelihatan sedikit gentar.

“sedangkan jin pun mereka jadikan seluar, inikan pula kita wahai megat panji Alam?” soal salah seorang dari mereka.

“Perghhhhhhhhhhhhhhh nama klasik betul!!!!” gelak Aida.

“megat panji alam?.... atau pengat kanji talam?. Wakakakakakkakaka” Hartini dan Aida mula menepuk tangan antara satu sama lain.

“Tangkap!!!” arah megat panji alam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience