BAB 3

Romance Completed 8222

“Jaga bicara tuan hamba!!!!!” terus Hartini dan Aida dibawa masuk ke dalam hotel.

“Ishhh.. buruk bebenar layanan hotel ni” kata Hartini sewaktu mereka duduk di atas lantai kayu.hotel yang kelihatan lain diluar tadi seolah – olah bertukar menjadi istana melayu zaman dahulu. Semua perhiasan memang benar – benar lain.

“Kita salah masuk terowong ke?” Aida menggaru – garu kepalanya. Walaupun masih dalam keadaan bingung, sempat juga Aida mengeluarkan kuaci cap joget dari beg tangannya. Dia dan Hartini sama – sama mengopek kuaci itu sambil ketawa riang.

DUMMMMM..

Semua di situ terkejut. Seorang wanita berselubung kain putih duduk diatas kerusi yang dihias indah.

“Kamu sudah tiba akhirnya...” suara yang persis seorang nenek itu terbongkok – bongkok menghampiri Aida dan Hartini yang masih mengopek kuaci.

“Apa yang kalian gigit itu?’ soalan nenek itu dijawab dengan senyuman.

“kuaci nek” sengih Aida.

“kenapa kamu tak mempelawa aku untuk menikmati binatang hitam bujur – bujur itu. Kelihatannya sangat lazat sekali” kain yang menutup wajah nenek itu membuatkan Hartini dan Aida beriya – iya mahu mengintai nya.

“Binatang?...kahkahkakakhakha. apa ke bendanya binatang!. Ini kuaci” terang Hartini. Kuaci ni selain makan, orang buat mandi dengan air kunyit. Bagi awe muda” gurau Hartini.

“megat panji alam!!!” panggil nenek itu.

“Ya Puteri Jenab melati...” jawab megat Panji Alam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience