BAB 7

Romance Completed 8222

Sudah seminggu mereka mengajar tuan puteri.. dan sudah seminggu tuan puteri hilang selepas itu. Sedang mereka mengajar Megat panji Alam bermain angry bird, Tuan Puteri hadir dengan wajah yang semakin muda tetapi kedutan di bawah bibir masih belum hilang.

“Nak buat macam mana?” rengek tuan puteri.

“Kalau kami beritahu rahsia muda kami, boleh lepaskan kami?” soal Aida. Tuan puteri mengangguk.

“Gelaklah wakakakka selama lima minit sehari”

sebaik sahaja petua itu diturunkan............

“Kamu ni apa nak jadi?. Saya tahulah kamu berdua ni kawan sejati. Wkakakkaa sentiasa tapi tak payahlah tidur depan peti ais yang terbuka dalam pejabat ni sama - sama. Patutlah suami korang cari tak jumpa. Sabtu dan hari ni korang dok wakakakakakka depan petia ais ni ke. Semua rakan pejabat tolong cari kat sini rupanya kamu berdua hishhh!” Encik Cokos mula cekak pinggang. Aida dan hartini menggenyeh – genyeh biji mata. Semua rakan pejabat dok mencangkung memandang mereka yang asyik wakakakakakkakaa sebelum di kejutkan.

“Kami pergi seminar kan. Bila masa pula balik?” soal Hartini.

“Seminar?... minggu depan kan?. Bil elektrik office melambung bulan ni kamu bayar dengan Tini” marah Encik Cokos. Naik pening kepalanya.

“Iyalah... kita pi seminar kan?” Hartini bersungguh – sungguh.

“kak Tini dengan Aida kata nak over time. Kami semua serahkan kunci pada akak. Tengok – tengok tak ada. Nasib baik kamal kenal wakakakak akak berdua.”Yani pula bersuara.

“Sudah pergi balik!!!” marah Encik Cokos. Mereka semua keluar dan sebaik sahaja mereka menutup lampu pantry satu gelak kuat wakakakaka kedengaran selama lima minit dan suara itu milik Puteri Jenab Melati.....

“beta sudah menjadi geng gelak wakakak lima minitttttt.....”

Terus Hartini dan Aida lintang pukang keluar dari pejabat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience