BAB 1

Romance Completed 8222

Di ‘wilayah’ ini tinggalnya ramai ‘rakyat jelata’ yang bermacam saiz dan ragam. Tapi ke mana pun anda pergi, pasti ada dua figura yang sering adakalanya disenangi, adakalanya digeruni dan ada juga yang membenci mereka seperti mereka benci pada Jin Ifrit.

Siapa mereka? Aida dan Hartini, Ya dua nama ini. Siapa itu Aida?. Siapa itu Hartini?.... mengapa setiap kali mereka bersama pasti akan terpacul tawa yang paling kurang lima minit tempoh masanya. Lamakan?... memanglah lama. Seorang 2 minit setengah. Kalau Aida seorang tawanya hambar. Berbeza pula apabila Hartini ada.... semuanya berganda. Apa sahaja pasti akan di ‘wakaka’ kan. Sampai bos pakai stoking terbalik pun mereka perasan. Pejabat suram bagai dilanda garuda apabila mereka berdua di arahkan menghadiri satu seminar di Johor Bharu.

Bukannya sengaja tetapi memang terpaksa menghalau mereka dari pejabat itu selama beberapa hari kerana bos yang amat mereka kasihi itu diserang sakit gigi secara tiba – tiba. Setipa kali aida dan Hartini ketawa, gigi bos mereka itu seperti dihentak – hentak dnegan batu bata.

Maka.. bertolaklah mereka ke Johor Bharu. Dari awal perjalanan kereta mereka mula buat hal. Masuk kali ini sudah empat kali Aida terpaksa menolak kereta dengan wajah yang ayu untuk menarik perhatian pemandu lebuhraya yang lain agar menolong mereka. Caranya berhasil. Seorang lelaki mula menawarkan pertolongan.

“Kenapa dik?” soal lelaki itu sambil mempamerkan giginya yang hanya tinggal sebatang. Itupun hanya separuh. Hartini yang baru menyedarinya mula menekup mulut. Aida memandang Hartini dan kemudiannya lelaki itu. Mereka berdua merenung gigi lelaki itu sambil ketawa besar...seperti biasa selama lima minit. Dalam tempoh seminit, lelaki itu masih lagi mampu bersabar tetapi cukup sahaja 4 minit 3 saat , lelaki tadi terus beredar. Sakit benar hatinya.

“Eh.. abang!!!!!” jerit Aida sambil mendapatkan skuter anaknya di dalam kereta. dia mengejar lelaki itu dengan skuter. Kakinya tak mampu berlari sejauh itu kerana melecet akibat bermain sepak takraw bersama atuk jirannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience