Rate

bab 31 hanya kau dihati

Romance Series 2525

Bab 31
Hari nie aku habis kerja lambat…setelah selesai menutup computer dan kemas meja aku pon menuju ke lif..aku tekan butang tapi tak menyala ..”aduuii…tak kan aku nak ikut tangga pulak dah gelap nie ..mula la perasan tkut menyelubungi diri..”

Lama aku tunggu depan lif tapi masih sama butang masih tidak menyala....malas nak tunggu lagi aku pon berjalan kearah tangga dan turun satu persatu tangga dengan hati-hati…

tiba aku terdengar pintu dibahagian atas tertutup dan bulu roma aku menegak dengan serta merta lantas laju aku turun tangga tanpa memandang ke belakang….

sambil turun tangan aku meraba dalam beg untuk ambil handset..tanpa disedari pintu kecemasan tingkat 3 terbuka dan ada tangan menarik aku...

keadaan disitu malap satu lampu ditangga itu rosak..aku tidak nampak jelas muka lelaki itu..tiba lampu menyala dan terkejut aku melihat orang sedang pegang aku iaitu Nazri.

“Arrrggghhh…tolong….tolong lepas kan saya”air mata mengalir serta merta.

“Kau nak lari mana perempuan…selama nie aku ayat kau tapi kau tolak aku mentah-mentah..”

“Hari nie kau takkan dapat lari dari aku..hahhahaha.”

“Tolong saya merayu tolong lepaskan saya..awak nak apa?awak nak duit nak ambil…”

“Aku tak nak duit tapi aku nak kau!!”

“Tolong jangan apa-apakan saya…tolong”

Aku cuba menarik tangan aku dari pegangan laki tersebut tapi dia pegang dengan kemas tangan aku…aku meronta kesakitan..

“Ya Allah…tolong hambamu nie….tolong la awak lepaskan saya..”

“Aku dari first time tengok kau aku dah jatuh cinta kat kau…tapi kau ada kau layan aku bila aku panggil kau sayang kau marah aku..”

“Ya Allah….Nazri kenapa awak buat saya macam nie..tolong lepaskan saya …awak cakap awak sayang saya jadi tolong la lepaskan tangan saya..”

“Kau ingat aku nak percaya kat kau ke..”

“Bila aku terhegeh nak dekat kau…boleh pulak kau bercinta dengan orang lain…”

“Tolong la Nazri saya merayu kat awak tolong lepaskan saya..

”terkejut aku lihat orang yang buat aku begitu rupanya rakan seperjabat aku.

“Aku tak kan lepaskan kau..kau milik aku sorang..”
Aku hanya mampu berdoa dikala itu semoga ada pak guard yang lalu di situ waktu itu…semakin kuat aku meronta semakin kuat dia memegang tangan aku…sampai aku rasa semakin lemah dan terlurut ke lantai..dengan kederat yang ada aku sepak kaki dia..terlepas tangan aku bila dia memegang kakinya…aku pon bangun dan berlari turun tangga sambil menjerit minta tolong..

Nazri laju mengejar aku…sampai tangga lobi aku tersalah langkah dan terjatuh bergolek ke bawah..

“Arrghh…aku menjerit…”

Aku Nampak Nazri semakin dekat dengan aku…tiba pintu kecemasan lobi terbuka dan aku terus pengsan..

“Ya Allah Wardaaa!!!”jerit Faez dan pak mail.
Terus Faez angkat aku dan pak mail buka pintu kecemasan tersebut..laju Faez dukung aku bawa ke keretanya yang parking di depan lobi..dia datang semula ke pejabat untuk ambil sampul yang dia tertinggal pagi tadi…selepas dia keluar dari pejabatnya pagi tadi dia tak masuk kembali ke pejabat…dia berehat dirumahnya…

Sebaik saja sampai di hospital Faez angkat aku dan dia menuju ke kaunter kecemasan kemudian nurse minta Faez letak aku atas katil dan menyuruhnya keluar untuk pemeriksaan doctor..dia menunggu diluar dan dia menelifon kak lin..

“Assalamualaikum…kak Lin..”

“Waalaikumsalam….ye En faez ada apa telifon kak Lin malam-malam nie…nak cari warda ke dia belum balik lagi nie…akak pon tak tahu dia lambat kenapa..”

“Kak Lin saya nak cakap Wardaa sekarang ada di hospital KPJ Sentosa KL..”

“Haaaa…Ya Allah ape dah terjadi?”terkejut kak lin terus terbangun dari duduk yana pon sekali terkejut bila mendengar kak Lin menjerit.

“Saya pon tak pasti kak Lin tadi saya pergi ke ofis balik nak amik barang …bila saya tekan butang lif tapi tak berfungsi..jadi saya ikut tangga pak mail pon teman kan saya sebaik saja saya tolak pintu saya dengar ada perempuan jerit dan saya Nampak Warda dah tergolek jatuh ke bawah…”

“Kak Lin datang sekarang yek.”

“Ya Allah Warda…okay-okay akak datang.”mengalir air mata kak Lin..yana terus peluk kak Lin kenapa nie kak..

“Yana Warda Yana…apa akak nak jawab dengan azri nie”menangis kak lin terduduk atas kerusi.

“Akak sabar akak…jom kita pergi hospital kak..”

“Jom yana…akak amik beg jap kat bilik..”

Kak Lin pon terus berari naik ke bilik amik beg dan memakai tudung….yana bawak kereta kak Lin duduk di sebelah dia pon mendail nombor telifon along..

“Assalamualaikum….awak saya ada berita yang kurang baik nie”

“Waalaikumsalam…berita apa sayang..”

“Awak wardaa jatuh tangga dipejabat tadi…sekarang dia ada di hospital KPJ Sentosa KL”kak lin menahan suara dari menangis..

“Ya Allah macam mana boleh jadi macam tue.teruk ke dia?dah sedar ke belum?”

“Saya pon tak tahu lagi jalan cerita…dari bos saya cakap tadi dia dengar Warda menjerit sambil tergolek jatuh..”

“Saya dalam perjalanan ke hospital sekarang nanti apa-apa saya update kat awak.”

“Okay..hati-hati nanti apa –apa awak telifon saya balik”

“Okay awak”

Along pon terus bangun dan memanggil ibu dekat dapur…

“Ibu angah!!”

“Yea…ibu kat dapur nie kenapa nie terjerit-jerit dalam rumah nie”

“Ibu jom pack baju kita pergi ke Kuala Lumpur malam nie.”

“Kenapa pulak nie?”

“Adik mak…”

“kenapa dengan adik?”

“Adik jatuh tangga waktu nak balik kerja tadi…sekarang dia berada di hospital sekarang.”

“Ya Allah anak aku…”laju ibu masuk ke bilik kemas baju dan barang yang nak di bawak ke Kuala Lumpur..kak ngah pon terkejut bila dengar suara ibu menangis…dia pon keluar dari bilik dan menuju ke bilik ibu..

“Ibu kenapa nie?kenapa ibu menangis?”

“Angah adik masuk hospital angah..”

“Ya Allah kenapa ibu..ibu pon tak tahu ceritanya jom cepat packing barang kamu..”

“Baik…ibu..”kak ngah pon laju bangun dan kemas narang yang dia nak bawak ke Kuala Lumpur.

Along ibu dan angah bertolak dari Ipoh pukul 9 malam dalam perjalanan ibu berdoa semoga aku dipermudahkan urusan..Kak lin pon sampai di bahagian kecemasan hospital KPJ sentosa KL..Faez sedang bercakap dengan pegawai polis merangkap kawan baik dia.kak Lin pon menuju kearah Faez dan menegur faez.

“Faez Warda macam mana?”

“Masih kat dalam kak Lin.”

“Ya Allah semoga tak ada yang teruk la.”

“kak Lin hantar lokasi ke along”

Along telifon kak Lin dan ngatakan yang mereka dalam perjalanan ke Kuala Lumpur
sekarang…Polis dah ambil keterangan dari Faez dan polis minta kebenaran dari Faez untuk melihat cctv yang ada di pasang di Syarikat Farid Holding..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience