Rate

bab 8 hanya kau dihati ........................................

Romance Series 2525

Dirumah Tan Sri Farid anak-anaknya lain sudah berkumpul dirumah nya tapi Faez masih belom sampai..Tan Sri Farid dan Puan Sri Nora mempunyai 3 orang anak lelaki. Puan Sri Nora terlalu mengharap untuk mendapatkan anak perempuan tapi siapa boleh tolak takdir semasa dia mengandungkan anak perempuan yang ke4 dia terjatuh dari tangga rumahnya dan anak yang meninggal dalam perut .Puan sri Nora terlalu sedih dan dia telah menanam azam dalam diri walaupon tidak ada anak perempuan tapi dia masih ada 3 orang anak lelaki yang boleh bagi dia menantu ..

Puan Sri Nora sedang sibuk menyediakan makan malam bersama menantu2nya..Walaupon dirumah nya sudah ada pembantu rumah Puan Sri Nora lebih suka masak untuk keluarganya..Dia lebih suka habiskan masa di rumah berbanding kawan-kawan yang sebaya dengan umurnya...yang suka habiskan masa di club society...Kadang-kadang kalau dia merasa bosan dia akan join club tersebut tapi selebihnya dia suka duduk dirumah dan melayan pokok-pokok bunga orkidnya....

Tan Sri dan 2 orang anaknya sedang rancak berbual tentang saham dan syarikat..Tak lama kemudian kedengaran bunyi kereta audi Q7 Faez memasuki perkarangan rumah agam Tan Sri Farid..

"Assalamualaikum."Faez memberi salam kepada daddy dan abang2 nya..

"waalaikummusalam..sampai jugak akhirnya adik bongsu kita nie kan along.."kata angah kepada along sambil menyambut huluran salam dari faez..

"Itu la angah rumah daddy nie bukan jauh pon...kita yang jauh nie boleh je sampai awal,dia yang dekat pon datang lambat.."

"Ala Faez banyak kerja tadi tue yang sampai lambat nie.."mencari alasan...

"ye la tue sibuk ngan kerja ke sibuk dengan Kekasih .."terjongket-jongket kening angah mengenakan Faez..along dan daddy hanya mampu gelak melihat muka si faez apabila mendengar kata-kata sindiran angah....

Faez buat muka selamba..Dia dah lali tiap kali berjumpa dengan along dan angah mesti dia akan kena dengan abang-abangnya..

Puan Sri Nora terdengar bunyi riuh gelak ketawa anak-anak dan suaminya dia pon menuju ke ruang tamu untuk melihat apa yang kelakar sampai riuh rumah nya...

"Apa yang riuh sangat nie."sambil berjalan menuju ke Tan Sri Farid
"Ehhh...anak bongsu mummy dah sampai.."

"Mana bakal menantu mummy....ingatkan Faez bawak sekali.."
sindiran pedas Puan Sri Nora Mengenakan Faez...

Faez pon bangun salam mummynya dan dia pon menjawab
"Siapa cakap faez nak bawak menantu untuk mummy.."

"Daddy cakap Faez dah ada penganti fiona"Daddy hanya tersenyum memandang Faez..

"Isshh...daddy nie pandai2 je cakap Faez nak bawak menantu balik."

"Faez malas nak fikir ag la mummy..Faez nak tumpukan pada syairkat dulu..agpon umur Faez baru 26 tahun...muda lagi nak enjoy puas2 dulu.."mendatar saja Faez menjawab soalan mummy nya itu..

"Mummy jom makan makanan dah siap hidang dah tue."kata menantunya salwa.Salwa merupakan isteri along dan menpunyai seorang anak perempuan.

"Jom makan B"kata Puan Sri Nora kepada suaminya..

"Along angah tengok mummy tak ajak kita makan pon..ajak daddy sorang je kan"kata Faez kepada abang2 nya...Dia saja cakap begitu pada mummy nya,mummy kalau ada daddy..mummy hanya akan melayan suaminya..sampai lupa anak-anak ada sekali di situ..

"Ala merajuk pulak anak-anak mummy,along angah faez jom kita makan sayang..."saja Puan Sri Nora mendayukan suara mengajak anak-anaknya makan...Dia tahu anak-anaknya saja mahu kena kan dia..Sambil bejalan menuju ke meja makan.

Di meja makan bibik menceduk nasi ke dalam pinggan mereka sempat lagi Puan Sri Nora bertanya kepada Faez tentang secetary barunya..

"Faez..Mummy dengar secetary Faez tue cantikkan"

"Bawak la dia kenalkan kat mummy"

"berapa umur dia?asal mana?"Puan Sri Nora sibuk menanya tapi si Faez hanya diam saja...dia malas mahu melayan mummynya...dia dah tahu mesti daddynya yang bercerita...

"Faez mummy tanya kan jawab la..."

"Ala nak buat apa mummy nak kenal dengan dia.,mummy nak amik dia jadi madu mummy ke?"

"Ishh...budak nie mummy saja nak kenal tak boleh ke?"

"ye lah2 nanti Faez kenalkan dengan mummy"

"Berapa umur dia?"mummynya tak habis lagi menyoal..

"umur dia 24 tahun mummy..."

Daddy pon mula bersuara apabila dia melihat isterinya makin rancak untuk bertanyakan secetary Faez..
"Ehhh....maaf B lupa pulak..okay along baca doa makan"

setelah selesai makan malam...Along dan angah minta diri untuk pulang ke rumah masing-masing...Along walaupon duduk melaka tapi dia sanggup datang ke rumah daddy dan mummy nya untuk makan masakan mummynya...Tinggal la daddy n mummy di rumah agam tersebut,

"Mummy..daddy Faez minta diri dulu yek..esok pagi-pagi Faez ada meeting dengan client"

"Dah nak balik dah...tido sini la malam nie Faez,mummy rindu nak berbual dengan Faez..dah la Faez jarang balik sini.."

"Lain kali la mummy"sambil bangun salam dengan daddy ngan mummynya.

"Janji yek nanti datang ,bawak sekali secetary Faez tue mummy nk kenal.."

"Okay mummy..bye"

Puan Sri Nora dan Tan Sri Farid hanya memandang kereta Faez sampai hilang dari pandangan..

"Minta-minta boleh la secetary anak kita tue dapat bukakan pintu hatinya untuk berubah.."

"InsyaAllah...abang tengok si Warda tue dapat bertahan dengan perangai panas baran Faez tue.."

Puan Sri Nora hanya mampu berdoa untuk anak nya yang sorang nie...

............................................................................................................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience