Rate

bab 15 hanya kau dihati ......................................

Romance Series 2525

Selama setengah jam mereka mengadap jem,mereka pon telah sampai di tempat yang dituju..Warda laju turun dari kereta dia meninggalkan along dan Kak Lin...Dari jauh dia hanya menjerit..

"Along jaga Kak Lin elok-elok..Nanti dah siap beli barang adik call abang"sambil laju berjalan,Warda saja meninggalkan along dan kak Lin dia nak mereka berbual dan kenal 1 sama lain..

"Adiikkk...."along memanggil warda ..

Kak Lin melangkah masuk ke Pavilion dengan perlahan dia agak tidak selesa bila ditinggalkan berdua dengan Azri..

"Awak jom kita pergi minum dulu..."ajak along sambil menunjuk ada sebuah restoran tak berapa jauh dari mereka..

"Herrrmmmm...boleh juga.."kata Lin sambil jalan beriringan dengan Azri..

"Jemput duduk.."kata pelayan yang menjaga pintu restoran tersebut..

Lin dengan perasaan malu tapi dia tebalkan muka untuk bercakap dengan Azri..Tak lama kemudian datang seorang pelayan datang mengambil order...

"Awak nak order apa?"kata Lin kepada Azri..

"Hermmm....saya nak air fresh orange kurang manis"

"Puan nak minum apa..?"tanya pelayan tersebut kepada Kak Lin..

"Ermmm....saya nak air carrot susu.."

"Okay nak makan apa yek?"tanya pelayan lagi..

"Makan tue biar dulu...kami masih menunggu orang datang..nanti saya panggil.."kata azri kepada pelayan tersebut..

"Okay encik.."
Tak lama kemudian pelayan tadi datang dan bawak 2 gelas air yang berbeza...

"Lin boleh saya tanya awak satu soalan..."Sambil menyedut airguna straw..

"Tanya la...apa yang boleh saya jawab saya jawab.."kata kak lin sambil tersenyum memang Azri..

"Awak dah lama ke kerja di SFHSB tue...."

"Dah nak masuk 5 tahun dah En Azri.."

"Ehhh...tak payah panggil saya 'En' panggil Azri je.."

"Azri kerja dimana?"

"Saya kerja di ipoh di sebuah syarikat periklanan..."

"Ohh...datang ke KL nie buat apa?."

"Saya kena kursus disini selama 3 hari..tempat saya kerja tue dia akan buka cawangan di sini so saya dihantar kesini dulu.."

"oohh...gitu mesti azri nie bukan pekerja biasa kan...mesti berpangkat kat syarikat tersebut.."

"Saya sebagai pengawai pemasaran je la.."

"Lin asal mana?umur berapa nie?"

"Saya asal dari Pahang..umur baru 25 tahun.."

"Oooo...kita sebaya la saya pon 25 tahun.."

Kak Lin hanya tersenyum,dia malu sebelum nie tak pernah lagi dia keluar berdua macam tue..

Dari jauh Warda memerhati abang dan Kak Lin berbual..Tanpa disedari dia di tegur oleh seseorang,dia terkedu dia pejam mata takut untuk pusingkan badan....Dari minyak wangi yang dipakai oleh orang dibelakangnya dia dah boleh agak siapa..lalu dia pon menoleh ke belakang..

"Assalamuallaikum..bos.."

"Waalaikummusalam..u intip siapa tue?"Faez bertanya sambil memandang ke arah yang sama..

"Ehh...mana ada saya intip orang saya saja sandar kat dinding nie.."kata warda sambil menyandar ke dinding biar nampak real yang dia sedang sandar..

"whatever la"

"Bos buat apa kat sini..bukan ke petang nie bos kena pergi ke rumah mummy bos ke..?"

"hermm....malas la i...i got to go now..."

"Ehh..bos saya tak habis cakap lagi nie.."
Faez berlalu tanpa pusing ke belakang...'aduii...macam mana nie kang marah pulak Puan Sri kata aku pulak tak sampaikan kat bos.....bos nie pon satu tau suka buat gitu.."berkata warda dengan nada yang pelahan..

Along menghantar Warda dan Kak Lin balik ke rumah sewa mereka...dalam kereta Warda saja memerli Kak Lin dan along...

"Amboi seronoknye orang tue dapat dating.."Warda menjeling Kak Lin di tempat duduk belakang..

"Kenapa adik jeles la tue tak ada orang nak dating ngan dia.."sampuk along sambil ketawa..

"Amboi siap ada yang backup ag..untung la siapa dapat along nie..dah la baik,pandai masak,banyak duit,hormat orang tua.."Warda saja memuji abangnya..

"Haah kan untung la siapa yang dapat along nie.."along memandang ke belakang melalui cermin...Kak Lin hanya menunduk malu...

"Ehhh....ada pulak orang yang perasan dalam kereta nie yek.."Warda ketawa memandang abangnya...laju je jari along mencubit tangan Warda...

"Aduii...sakit la along..kalau cubit tue mengalahkan ketam lagi"Along dan Kak Lin sama-sama ketawa mendengar Warda mengaduh sakit...

"Padan muka kan dah kena ketam ngan along.."

"Tak nak kawan along..adik merajuk.."along ketawa lagi bila mendengar yang Warda nak merajuk dengannya...

............................................................................................................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience