Rate

bab 3 Hanya kau dihati ...........................

Romance Series 2525

Tinggal lagi seminggu lagi Warda nak pergi ke Kuala Lumpur untuk berkerja...Dia ambil peluang itu untuk bermanja manja dengan ibu dan ayahnya...

“Adik sudah sedia ke barang yang nak dibawa ke Kuala Lumpur nanti.."tanya ayahnya kepada anak kesayangannya...Pn Ratna hanya mendengar perbualan anak dan suaminya..

“Sudah ayah...adik dah siapkan.."sambil berjalan ke ayah dan ibunya..

“Disana nanti kamu jaga diri elok-elok yek..." pesan seorang ayah kepada anak...walaupon bukan anak kandungnya tapi kasih sayang kepada warda dan eryna tak pernah berkurangan...

“Baik lah ayah...pandai la adik manjaga diri nanti..."bergelangan air mata di tubir mata saat mendengar kata - kata ayahnya..

Tak lama lepas tue kedengaran kereta along baru balik dari kerja...along bekerja sebagai pegawai pemasaran di bandar ipoh dia berulang dari rumah ke ipoh...

"Assalamuallaikum....."Along memberi salam..

"Waalaikummusalam.."serentak mereka bertiga menjawab salam..

"Along dengar adik dapat kerja betul ke?kerja kat mana?"

"Adik dapat kerja dekat Kuala Lumpur along..mggu depan adik kne lapor diri.."

"Kenapa adik tak mohon kerja di sekitar Bandar Ipoh je.."

"Adik dah minta tapi tak ada jawapan pon."

"Ye ke...Along risau la kalau adik kerja jauh-jauh"

"Along jangan la risau pandai la adik jaga diri sendiri nanti"

"Hidup di Kuala Lumpur tue banyak cabarannya kalau tersalah langkah boleh 'sesat' nanti..."

"InsyaAllah Along adik akan jaga diri elok-elok.."

Kakak kepada Warda iaitu Nur Warda Iryna masih lagi belajar di UPM Kuantan...Kakaknya seorang yang tegas dan berwatakan macam lelaki tidak suka pakai pakaian perempuan....Semua pakaian macam lelaki..

Walaupon gaya nya macam tegas tapi kasih seorang kakak kepada adik tidak pernah hilang....Hari - hari dia akan menelifon adiknya untuk bertanyakan khabar....Begitu juga dengan ibu dan ayah angkatnya serta Along...

“Adik...Minggu depan akk cuti semester boleh la kita berjumpa.."Iryna telifon adik kesayangannya...

Warda masih lagi tidak beritahu kepada kakaknya yang dia sudah dapat kerja di Kuala Lumpur...

“Akak...Adik minggu depan tak ada dikampung.."dalam keadaan serba salah warda ingin menceritakan kepada kakaknya...
dia tahu yang kakaknya tidak akan setuju dia kerja jauh dari keluarga,bukan apa kakaknya takut Warda akan hanyut bila duduk di Bandar macam Kuala Lumpur...

"Apa maksud adik tak ada di kampung?adik nak ke mana?"bertubi tubi soalan yang dituju kepada Warda.

“Adik dapat kerja di sebuah syarikat di Bandaraya Kuala Lumpur.."jawab warda..

“Kerja sebagai apa?ibu ayah along tahu ke?dieorang bagi ke adik pergi?"kuat dan lantang pertanyaan diberikan...

“Adik dapat tawaran kerja sebagai setiausaha....ibu ayah along dah restu adik pergi..."jawab Warda..

."Kenapa tak bagitau kakak?ke adik saja je tak nak bagitau kakak!!"dengan nada yang sendu iryna bertanya dia rasa macam adiknya membelakangkan dia sebagai kakak kembarnya..

"Maafkan adik akak sebab tak bagitau awal..adik bukan apa adik tahu mesti akak tak bagi adik pergi..itu yang adik tak nak bagitau awal kat akk..sorry akk:"

"Tak pe la kalau itu keputusan adik..akk nak cakap apa lagi..siapa la akak nie kan orang paling last sekali yang tahu.."

"Akak jangan la merajuk nanti adik janji gaji pertama,adik belanja akak.." dengan nada memujuk..
Iryna ketawa dengar adiknya bercakap begitu,dia bukan boleh merajuk lama dengan adiknya...Disitu lah tempat dia meluahkan perasaan kalau ada masalah di universiti...

"Iyelah...kalau bab memujuk pandai je kan adik akak seorang nie..."

“Kerja tue elok-elok jangan malukan ibu ayah..kakak...kami sayang adik sampai bila-bila..."Iryna tidak dapat kata apa- apa selain memberikan kata semangat kepada adiknya..Iryna berkata dalam nada sendu..

"Ok akak adik akan ingat pesanan akk."sebak dan berjurai air mata...

............................................................................................................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience