Rate

bab 28 hanya kau dihati ...........................................

Romance Series 2525

Selepas seminggu pemergian ayahnya Warda pon kembali semula bekerja..kali nie ada projek besar yang perlu mereka selesaikan...Kali nie Warda dan En Faez kena pergi ke singapura selama 4 hari untuk menghadiri mesyuarat kerjasama dengan syarikat Indah Permai..

"Warda u dah bawak fail yang i suruh u bawak..."

"Dah boss.."

Faez dan aku menaiki kereta yang dipandu oleh driver keluarga Faez ke KLIA...

Sebaik saja sampai di lapangan terbang singapura kami dijemput oleh seorang lelaki dan kami dihantar ke hotel terkenal di singapura..Faez menuju ke kaunter hotel dan daftar...tak lama kemudian faez datang dengan memegang 2 kunci...

"Nah... nie u punya bilik"

"Terima Kasih boss.. "

"Bilik kita bersebelahan je....kalau u nak apa just knock my room okay."

"Okay boss. "sambil tersenyum aku kata...

Aku dan Faez berjalan menuju ke lif dan menekan butang naik.. tak lama kemudian tingg lif pon terbuka...aku masuk dulu kemudian Faez masuk....Faez menekan butang tingkat 4..

"Warda...lepas letak barang dalam bilik nanti kita turun makan.."

"Makan kat mana boss? "

"Makan kat bawah la....nak makan kat mana lagi"kata faez dengan nada marah

"Itu pon nak marah ke...kot la nak makan kat tempat lain ke.. "aku berkata dengan nada berbisik..aku ingat kan dia tak dengar...aku lupa yang kami hanya tinggal berdua didalam lif tue...

"U ingat kita datang nie nak pergi makan ke..kita datang nak buat kerja"

terus terdiam aku bila Faez cakap macam tue..
sebaik saja sampai di depan bilik hotel,aku pon swap kad kunci di pintu dan terus masuk...

Terpegun sekejap bila tengok bilik hotel yg aku duduk Ya Allah cantik sangat hiasan dalaman dan aku intai ke luar nampak ada swiming pool di belakang hotel...

"Best jugak kalau dapat mandi kolam nie"

Tak lama kemudian bunyi telifon aku berbunyi bila tengok screen "Aduii...boss dah call..baru nak rehat jap atas katil nie.."aku pon tekan hijau di atas screen telifon

"Assalamualaikum....ye boss ada apa"

"Waalaikumsalam...u buat apa dalam tue lama sangat cepat la i dah lapar nie.. "

"Ala baru nak rehat kejap kat atas katil nie.. "

"Dah tak ada...keluar cepat kang i tinggal u.."

"Okay kejap nak amik wallet"

aku pon dengan malas bangun dari katil ambil wallet dan keluar bilik.. Faez dah tunggu di luar biliknya..

"Cepat la sikit jalan tue"

"Sabar la macam dah kelaparan sangat dah gaya nya.

"terlepas aku cakap...mulut nie berdaulat dengan tuan nya..

"u cakap apa tadi??"spontan Faez berhenti jalan dan memandang ke arah aku..

"arghh....tak ada apa boss.."kecut perut bila tengok pandangan Faez dekat aku..

Sampai je aku dengan Faez di restoran ramai orang tengah makan...aku pon ikut faez duduk di hujung tepi tingkap di situ dapat lihat pemandangan orang sedap bersantai di tepi kolam renang...

"best kan dapat mandi.."

Faez hanya mengangguk dan buat muka..dia ralik melihat handfonnya...

"apa la dia nie tak de perasaan langsung ke"aku berkata perlahan takut dia dengar lagi..

Setelah selesai kami makan aku minta diri naik ke bilik..badan rasa letih dan mengantuk...sambil berjalan aku melihat keliling hotel cantik dan megah...

Keesokkan hari pagi² lagi aku sudah dapat mesej dari Faez..

Warda cepat siap kejap lagi kita turun breakfast dulu dan boleh pergi ke syarikat Indah Permai.
-En Faez

Baik boss..
-warda

Jangan lupa bawak terus proposal dan fail² penting.
-En Faez

Baik boss.
-Warda

Cepat² aku bangun dari katil dan berlari masuk bilik air mandi.setelah selesai aku pon keluar dari bilik, aku tengok En Faez pon tak keluar lagi dari bilik nya.. aku dail no En Faez..

"Assalamualaikum boss dah siap ke belum?"

"Waalaikumsalam kejap tunggu dah nak siap nie"

"Okay saya tunggu kat luar nie"

sambil tue aku pon belek beg yang aku ubuh fail takut terlupa bawak apa yang patut..okay semua aku dah bawak...

En Faez berjalan di hadapan aku pulak ikut dari belakang...Ya Allah sedap nya bau minyak wangi polo yang Faez pakai sampai pejam mata aku layan bau wangi...sampai aku tak sedar yang Faez berhanti mengejut didepan aku dan aku pon terlanggar belakangnya..

"Opocot mak kau wangi.. "aku terlanggar belakang Faez.

"Aduhh...Warda awak jalan tak pandang depan ke?"marah Faez

"Maaf boss tak sengaja...yang boss berenti mengejut nie kenapa?"aku pulak yang marah dia...muka aku masa tue dah merah malu...

"I berenti sebb i terlupa bawak handfon...lain kali jalan buka mata jangan tutup mata...kenapa u nampak hantu ke? "kata faez

"Tak la saya jalam buka mata la... "

"Dah awak pergi dulu ke lif nanti i datang"

"okay"cover malu...

Selama 3 jam mengadap meeting akhirnya En Faez dan Cik Nisa dapat kata putus..aku pon dah letih mendengar dan menaip segala isi penting yang perlu diletakkan dalam minit mesyuarat itu...En Faez bersalam dengan Cik Nisa dan kami pulang semula ke hotel...

.............................................................................................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience