BAB 3: SYIRIK

Horror & Thriller Completed 1861

Kisah seterusnya, mengenai seorang bomoh yang terhandal di kampung sebelah. Ramai orang yang datang dari jauh semata mata untuk berubat dengan bomoh tersebut. Bahkan ramai orang khususnya dari bandar menginginkan perkhidmatannya dalam mendapatkan susuk dan juga menyantau mana mana yang dikehendaki. Baru baru ini ada orang yang datang untuk mendapatkan pendamping bagi merapatkan kembali rumah tangganya. Tak dapat dinafikan lagi bahawa Wak Doyot ini adalah seorang dukun atau pawang yang paling mujarab di kampung itu. Disebabkan oleh kehebatannya dalam menyelesaikan masalah mistik yang berlaku dalam kalangan masyarakat, dia menjadi sombong dan lupa kepada Pencipta bahawa ilmu yang dipelajarinya itu adalah syirik. Ramai orang orang beriman berbuih buih mulut mereka menasihatinya agar meninggalkan perbuatan yang menduakan Allah itu. Tetapi tidak diendahkan Wak Doyot apabila godaan syaitan tidak dapat ditepisnya lagi. Wak Doyot pada suatu hari didatangi oleh saka dan juga makhluk halus yang menyerangnya kerana telah menganggu ketenteraman mereka. Dia dengan angkuhnya berkata bahawa dia akan hapuskan mereka sekali gus dengan kuasa sakti yang dia ada tetapi kata kata tersebut tidak benar belaka apabila makhluk tersebut menyerangnya habis habisan. Akhirnya dengan serangan mereka, Wak Doyot menemui ajalnya pada hari itu. Keesokan harinya, Pak Samad dan Haleejah menziarahi jenazah yang dikatakan masih lagi bernyawa. Ketika mereka tiba di rumah Wak Doyot, mereka dapati pelawat ketakutan melihatkan arwah telah meracau dan hampir mencederakan pelawat yang hadir. Suara Wak Doyot berubah menjadi lebih kasar daripada biasa kerana dia dimasuki oleh syaitan.

"Wahai makhluk yang terlaknat, keluarlah kau dari jasad jenazah itu!"
"Kau siapa untuk halang aku? Aku takkan berganjak dari tubuh manusia ini!"
"Jika kau masih berdegil dengan sikapmu, aku tidak akan teragak agak untuk desak kau keluar dari tubuhnya."
"Jangan mimpilah! Manusia ini telahku pesong akan akidahnya untuk jauhkan dirinya dari Allah. Aku telah berjaya menggodanya supaya mensyirikkanNya hinggalah ke akhir hayatnya. Dia sudah ditempatkan di neraka, untuk apa lagi kau ingin pertahankan dia?"
"Aku tidak pertahankan dia! Tetapi aku mohon dengan sebaik baiknya, keluarlah dari jasad si mati itu. Jika kau keluar dari jasadnya, engkau tidak akan beroleh kesakitan."
"Kau fikir kau siapa? Dia adalah hamba yang amat teruk di sisiNya."
"Itu kerana perbuatan busuk kau!"
"Itu memang tugas aku. Tapi dia yang memilih untuk mengikut jejak aku. Bukannya aku paksa dia untuk ikut aku tapi atas sebab kerelaannya."
"Jadi kau masih lagi berdegil tidak mahu keluar dari tubuhnya?"
"Kau nak buat apa kat aku? Kau nak halau aku?"


Pak Samad dengan yakinnya membacakan doa dan juga ayat ayat mujarab untuk keluarkan Iblis Laknatullah tersebut keluar dari jasad Wak Doyot. Namun ada pergelutan yang harus ditempuhinya apabila kekuatan iblis itu mula dikeluarkan dan ditambahkan oleh iblis tersebut supaya dia tidak akan melepaskan jasad itu daripada dikebumikan. Namun Pak Samad tetap tidak akan mengalah. Dia telah menggunakan kesemua kekuatannya untuk menentang iblis tersebut sehinggalah iblis itu tidak dapat menahan kepanasannya apabila telinganya telah dibingitkan dengan ayat suci Al-Quran. Dengan mudahnya Pak Samad mengeluarkan iblis tersebut dari jasad Wak Doyot. Pelawat yang hadir menyaksikannya dengan kegerunan. Setelah iblis tersebut keluar, jasad Wak Doyot terus berbau seperti bangkai dan wajahnya sudah mula kelihatan mengerikan. Kulitnya ditumbuhi nanah dan kuping yang mengerikan tatkala bila mereka hendak memandikan jenazah, rata rata menonjolkan muka yang kurang selesa. Ada yang sampai termuntah dan tidak dapat memandikam jenazah kerana tidak dapat menahan bau busuk tersebut.

THROWBACK: Wak Doyot sedang berjalan pulang ke rumahnya, tiba tiba dia didatangi oleh seorang ustaz yang mengajar di surau kampung tersebut. Ustaz tersebut menegur Wak Doyot.

"Assalamualaikum Wak Doyot. Wak nilah yang dikatakan bomoh paling mujarab kat kampung ni ya."
"Memanglah. Aku ni kan ada ilmu yang dapat menghapuskan makhluk mistik. Aku ni telah diturunkan oleh keturunan aku dengan ilmu sakti yang dah dipelajari nenek moyang aku dulu. Tak perlu lagi nak berubat dengan dukun lain."
"Yelah. Tapi kuasa Allah kan mutlak. Takkanlah orang yang datang berubat dengan wak tak ikhtiar dengan mana mana ustaz ke untuk diubati?"
"Buat apa? Leceh tau tak! Lagipun kalau semua datang jumpa aku mestilah makhluk tu semua akan lari bila aku serang diorang."
"Astaghfirullahalazim. Itukan syirik namanya. Tak baik menduakan Allah. Lagipun kita ni sebagai hambaNya bukanlah sempurna sepertiNya."
"Dahlah ustaz. Aku nak balik dulu. Bercakap dengan kau ni sampai esok pun takkan habis. Apa apa pun terima kasih atas nasihat engkau tu."


Ketika Pak Samad hendak menutup kain kafan muka Wak Doyot, muka arwah terus menjadi hitam dan berkudis. Pelawat yang menyaksikannya turut menutup hidung dan berasa takut dengan apa yang disaksikan. Pak Samad di dalam hatinya berkata inilah kuasa Allah SWT. Jika dia ingin menginsafkan hambaNya semestinya dia akan menggunakan pelbagai cara supaya manusia membuka mata mereka seluasnya. Baru sahaja melihatkan keadaan itu dia terus menutup muka jenazah dan membawanya ke van jenazah. Setibanya di tanah kubur, rata rata yang meletakkan mayat ke dalam liang lahad terpaksa menahan kesakitan apabila jenazah tiba tiba menjadi berat dan sukar untuk diletakkan. Setelah itu jenazah dikebumikan dengan sempurna dan selesai membaca doa dan sebagainya semua yang hadir meninggalkan pusara Wak Doyot. Apabila Pak Samad menoleh kembali pusara tersebut, tiba tiba pusara itu berasap dan dikelilingi oleh ular sawa yang berbisa. Pak Samad tidak putus putus mengucap istighfar dan mendoakan supaya jenazah diringankan azabnya atas apa yang telah dilakukan oleh arwah di muka bumi ini. Setelah itu Pak Samad pergi meninggalkan tanah kubur dan pulang bersama dengan Haleejah.

"Kenapa ni abah?"
"Abah rasa sedih sangat atas kematian arwah. Dia mati dalam keadaan dosanya tidak terhapus dan dia diazab dengan teruknya. Tadi masa abah nak keluar, abah tengok kuburnya berasap dan ada seekor ular sawa duduk atas kuburnya."
"Itu bermakna Allah nak tunjukkan kepada kita yang berhati hatilah dengan dunia. Sebab kalau kita leka dengan keduniaan semata mata kita akan terpesong dari jalan yang lurus."
"Nauzubillahiminzalik."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience