BAB 1: PERMULAAN

Horror & Thriller Completed 1861

Sebelum kita menyaksikan 3 kisah Misteri Jenazah, kita akan diperkenalkan dengan 2 orang pengurus jenazah iaitu Pak Samad dan juga anak perempuannya Haleejah. Mereka berdua sudah lama melakukan kerja mulia ini. Pada suatu hari, mereka berjumpa dengan seorang pemuda yang menetap lama di kampung mereka. Halim ialah salah seorang warga kampung mereka. Malah Pak Samad mengenali ibu bapanya yang kini sedang mengusahakan tanaman kelapa sawit. Halim merupakan seorang yang rajin bekerja akan tetapi adik beradiknya tinggal di Kuala Lumpur. Ketika itu Pak Samad datang melulu ketika dia sedang makan di warung.

"Halim, apa khabar?"
"Pak Samad. Saya sihat Alhamdulillah. Ni baru datang dari mana ni?"
"Aku ni baru je lepas uruskan jenazah kat kampung sebelah tu. Macam macam bendalah yang jadi sekarang ni."
"Pak Samad dengan Haleejah apa khabar?
"Kitorang Alhamdulillah sihat. Ni ayah kamu macam mana dia punya ladang?"
"Okeylah Pak Samad. Adalah keuntungan macam biasalah. Banyak hasil."
"Macam mana khabar adik beradik kamu kat KL?"
"Entahlah Pak Samad. Kitorang ni dah lama tak berhubung. Maklumlah orang senang. Kita kat sini ni dah tak peduli lagi. Entahlah Pak Samad, saya pun dah taknak ambil tahu pasal diorang tu."
"Tak baik bergaduh sesama adik beradik kamu sendiri. Sedangkan orang tua tua dulu dah berpesan air yang dicincang takkan putus. Walau macam mana pun dia tetap darah daging kamu. Sekembalinya nanti org tua kamu dah meninggal hubungan adik beradik tetap sama."
"Assalamualaikum abah. Tengah borak dengan siapa tu?"
"Ni Halim. Baru tengah nak ceramah dia pasal adik beradik."
"Masya-Allah. Cantik betul anak Pak Samad ni. Kalau saya nak masuk meminang nanti boleh tak."
"Abg boleh je nak pinang saya. Lagipun saya tak kisah nak kahwin dengan siapa pun asalkan abah setuju dan restu."
"Dan lagi satu, kalau kamu nak kahwin dengan Haleejah, kau kena bawa aku sekali sebab aku dengan dia tak boleh berpisah. Lagipun dia satu satunya anak tunggal aku."
"Eh boleh! Apa salahnya. Lagipun kalau ada Pak Samad lagi seronok. Macam satu team bola macam tu. Tapi untunglah jadi Haleejah. Takde adik beradik tak perlulah nak bergaduh sampai bermasam muka. Tapi Haleejah tak sunyi ke?"
"Taklah. Haleejah okey je. Lagipun Haleejah selalu berborak dgn abah sejak umi dah lama meninggal. Tapi korang tengah borak pasal adik beradik ni pasal apa?"
"Si Halim ni dah tak berhubung dengan abang dia kat Kuala Lumpur tu. Hanya kerana abang dia tu dah senang dan pandang rendah kat Halim ni dia macam dah taknak bercakap lagi dengan abang dia apatah lagi berjumpa masa balik kampung pun. Jadi Jah, aku nak kamu ni tolong nasihatkan sikit bakal suami kamu tu."
"Tak baiklah kalau bergaduh lama lama. Abg nak dengar tak kisah pasal dua beradik lelaki yang berebut sorang pompuan sampai sanggup bunuh adik beradik sendiri."
"Itukan cerita Habil dengan Qabil."
"Ya. Tapi ni dia punya dejavu."
"Bukan tu juga. Tapi Pak Samad ada dua kisah pasal bomoh yang melakukan syirik dan juga seorang hamba Allah yang bersifat munafik."
"Mestilah nak. Cerciter."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience