BAB 4: AKIBAT MUNAFIK

Horror & Thriller Completed 1861

Kisah yang terakhir pada bab ini ialah kisah seorang hamba Allah yang berpura pura mengakui dan menzahirkan rasa cintanya kpd agama Islam. Namun sebenarnya dalam hati mengatakan benci kepada Islam sekeras kerasnya. Seorang lelaki yang bernama Murad ini merupakan seorang lelaki yang sering berfoya foya di kelab malam. Sedangkan apabila dia ditanya oleh ibunya, mesti dia akan berkata dia baru sahaja keluar ke masjid. Kadang kadang ibunya langsung tidak percayakan Murad itu kerana sejak akhir akhir ini dia sering ternampak anaknya berjudi di pangkin rumah yang lama terbiar. Dari situ lagilah dia sudah mula berasa sangsi dan ragu ragu dengan kelakuan Murad.

Sesetengah orang kampung juga sudah mula berkata bahawa Murad ini sudah mula menunjukkan sifat sifat munafiknya itu. Ada ketika satu masa dia terjumpa dengan mana mana orang warak dia mesti akan berlakon buat buat dia menegur rakannya yang leka bermain judi hanya semata mata untuk mengakui dirinya itu seorang yang baik dan tidak pernah melakukan dosa besar. Orang orang kampung sudah muak melihatkan sikap kepura puraan Murad itu.

Satu hari, dia ingin keluar rumah pada malam hari. Tiba tiba ibunya datang dan bertanya ke mana Murad ingin pergi. Jawapan yang sama diberikan oleh Murad adalah untuk ke masjid kononnya ingin menunaikan solat sunat di sana. Tetapi ibunya tidak percaya langsung dia menuduh Murad bahawa Murad akan pergi ke kelab malam untuk berseronok. Dari situ mereka sudah mula bergaduh sampailah terkeluar dari mulut Murad bahawa dia pernah berseronok dengan mana mana perempuan sehingga hamil. Dengan kuatnya ibu menampar pipinya kerana perbuatan Murad yang tidak bermaruah itu.


Murad menentang lagi ibunya dengan mengungkit kisah arwah ayahnya memaksanya untuk menyambung pengajian di sekolah pondok disebabkan oleh cita citanya ingin menjadi penyanyi rock. Ayahnya tidak berkenan dengan impian itu dan disebabkan itulah dia dimasuk ke sekolah agama bagi mempelajari ilmu Islam supaya Murad menjadi seorang ustaz. Namun hasrat abahnya untuk melihat anaknya menjadi seperti itu tidak kesampaian apabila dia kembali ke rahmatullah buat selamanya.


Setelah ayahnya meninggal, Murad sudah menjadi semakin melampau apabila dia berpura pura ke masjid menunaikan solat fardu. Padahal yang sebenarnya dia berjudi dengan rakannya. Pada malam hari, dia keluar dengan izin ibunya atas alasan hendak mendengar tazkirah dan solat Isyak di sana walhal dia ke kelab malam dan juga telah memperkosa wanita yang datang ke kelab malam itu. Ibunya sangat terkejut mendengarkan kebenaran yang terungkap oleh Murad itu.


Ketika Murad melangkahkan kakinya keluar dari rumah, ibunya menahan Murad daripada keluar namun ditolak sekerasnya. Ibunya terjatuh dan apabila dia pantas meninggalkan rumah, dadanya sesak dan dia meraung kesakitan yang amat. Hingga ke siang hari dia sudah berada dalam keadaan yang nazak. Semua org kampung hadir tatkala Haleejah dan Pak Samad turut hadir ke rumah mereka. Semua yang hadir menyaksikan keadaan Murad yang sekarang ini meracau dan juga menggelupur ibarat cacing kepanasan.

"Macam mana Murad boleh jadi macam ni?"
"Saya tak tahu. Semalam dia nak keluar, tiba tiba kitorang bergaduh. Lepas pada tu dia sakit dada dan sampai sekarang dia masih lagi macam ni."
"Kenapa kamu bergaduh dengan anak kamu?"
"Saya geram dengan dia. Dia boleh ungkit kisah arwah ayah dia. Dia memberontak sebab dia tak dapat capai impian dia. Ayah dia suruh dia jadi pendakwah tapi dia nak jadi penyanyi rock."
"Astaghfirullahalazim. Tak elok anak beranak bergaduh pasal orang yang dah lama meninggal."
"Entahlah Pak Samad. Saya pun dah taknak kata apa lagi dah. Sekarang ni Murad dah jadi macam ni. Saya cuma harapkan dia insaf je dan tinggal benda benda yang tak senonoh tu."
"Dahlah tu. Tak elok cerita benda benda begini depan orang ramai."
"Panas! Aku panaslah! Kenapa rasa panas sangat ni? Siapa yang percik api?"
"Apa benda yang kamu merepek ni?"
"Panas! Aku haus! Panas!"
"Ya Allah kenapa dengan kamu ni Murad?"
"Tolong! Jangan pukul aku! Pergi kau dari sini! Pergi! Aduh! Sakit!"
"Pak Samad, kenapa dengan Murad ni? Tolong anak saya ni Pak Samad."
"Murad, banyakkan istighfar. Banyak banyak mengucap. Itu semua permainan iblis semata mata. Kalau kamu mengucap nanti dia takkan berani kacau kamu."
"Apa yang kau merepek? Aku tak perlu mengucap pun. Sebenarnya aku munafik. Aku berpura pura zahirkan rasa cinta akan Islam. Yang sebenarnya Islam adalah satu beban yang besar buat aku!"
"Jangan kamu berkata begitu. Tarik balik kata kata kamu sebelum kamu akan mendapat bala nanti."
"Ah! Sakitnya! Pergi kau dari sini! Pergi! Arrgghhh!"
"Murad! Murad!"
"Innalillahiwainnailaihirajiun."


Murad disahkan meninggal dunia dalam keadaan dirinya tidak bertaubat. Disebabkan itu, ketika jenazah sedang dimandikan bau busuk yang semacam bangkai keluar dan menyinggah ke hidung orang yang memandikan jenazah. Ada kalanya tidak selesa dan ada kalanya hampir hampir saja termuntah. Namun Pak Samad tetap boleh meneruskan permandian jenazah kerana sebelum ini dia banyak kali melalui pengurusan yang pernah menjadi seperti ini. Bagi dirinya dia berfikiran bahawa keadaan ini sangat normal dan merupakan keadaan lazim yang berlaku sepanjang pengalamannya menguruskan jenazah.


Ketika jenazah telah dikafankan, muka Murad berubah menjadi buruk. Wajahnya tiba tiba membengkak dan pecah sehingga keluar bau seperti nanah. Orang yang menziarah juga melihat keadaan tersebut dan menutup hidung mereka. Ketakutan dan ketidakselesaaan selalu saja menjadi pengalaman mereka menziarahi jenazah. Ada yang tidak tahu bahawa senyap senyap mereka mengumpat jenazah dan mengaibkan jenazah setelah ia dikebumikan.


Tanpa teragak agak lagi Pak Samad menyuruh ahlinya mengangkat keranda dan membawanya ke van jenazah. Setibanya di tanah perkuburan, mereka membawa keranda ke liang lahad yang telah digali oleh orang kampung. Mereka terkejut melihat dua ekor ular berada dalam liang lahad tersebut. Orang sudah mula berasa gerun tetapi Pak Samadlah menjadi penyelamat keadaan. Dia membacakan doa yang akan menghindarkan perkara tersebut. Orang kampung juga turut menadah tangan dan berdoa supaya tiada perkara buruk terjadi.


Dengan kuasa Allah, ular tersebut hilang. Maka jenazah pun dikeluarkan dari keranda dan tanah dimasukkan kembali ke liang lahad yang digali oleh penduduk kampung. Waris jenazah yakni ibunya menitiskan air mata kerana dia berasa amat sedih akan anaknya yang tidak sempat bertaubat dengan dosa dosanya. Tahu tahu hari ini dia kembali ke rahmatullah dengan amalan kiri. Namun Pak Samad telah menenangkan dia dengan berkata bahawa setiap yang berlaku pasti akan ada hikmahnya. Dengan itu barulah dia faham kenapa manusia diciptakan berbeza beza. Pengebumian selesai dan semua yang sudi melawat sudah kembali ke rumah dan meredakan keadaan yang sekarang ini sedang bersugul.

"Abah tengah tengok apa tu?"
"Abah cuma sedih memikirkan nasib hamba hamba Allah yang tak sempat nak bertaubat."
"Kenapa abah cakap macam tu?"
"Mereka tidak sedar bahawa dunia ini adalah satu penipuan yang amat besar dalam hidup. Mereka telah tertipu oleh keseronokan dunia seolah olah mereka berseronok dalam syurga. Apalah nasib umat Islam kita pada hari ini."
"Macam nilah abah. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Itu Jah tahu tapi setiap org kan mempunyai hati yang berbeza. Sesetengah dari mereka asalnya dari tanah liat. Ada yang lain daripada tanah yang tak liat. Itu maknanya lain orang lain hatinya. Kita sememangnya diwajib untuk menegur apa yang patut tapi kalau dia sendiri taknak dengar nasihat kita terpulang pada dia. Yang penting kita tak salah sebab kita dah bagi dia amaran sebelum ni."
"Semoga roh roh yang sedang diazab sekarang ini akan diringankan azabnya melalui doa orang yang soleh dan juga yang paling disayangi dalam kalangan warisnya."
"Amin. Dahlah tu ayah. Jomlah kita masuk dalam. Dah malam buta dah ni."
"Yelah."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience