BAB 2: DEJAVU HABIL DAN QABIL

Horror & Thriller Completed 1861

Kisah ini menceritakan tentang dua beradik iaitu Zamir dan juga Zamri. Mereka berdua pada dahulunya amat rapat dan menjadi teman sepermainan yang setia. Namun apabila menginjak ke usia dewasa, datangnya seorang gadis yang manis dan sopan santun bernama Leuniey. Mereka berdua terpikat dan masing masing jatuh cinta dengannya. Disebabkan itu mereka bergaduh kerana masing masing ingin Leuniey menjadi pasangan hidup mereka. Namun jauh di sudut hati Leuniey, dia terasa amat berat untuk memutuskan antara salah seorang dari mereka. Dua duanya tidak mahu mengalah dan dua duanya sanggup berbuat apa sahaja kerana cinta itu buta. Hari mereka berdua meninggal dunia, Pak Samad dan Haleejah datang dan melawat waris jenazah sebelum dikebumikan. Mereka berdua melihat raut wajah dua beradik itu sangat keruh dan tidak sejernih air. Mereka berdua juga melihat ibu bapa dan Leuniey amat bersedih dengan pemergian mereka.

"Sabarlah tuan puan. Allah sangat menyayangi anak anak kalian. Saya harap sebagai seorang hamba Allah yang lemah dan kerdil, banyakkan bersabar."
"Macam mana saya nak bersabar Pak Samad? Dua orang ni langsung taknak mengalah. Masing masing nakkan benda yang sama. Dan apa yang paling mengecewakan saya, mereka sanggup membunuh demi mengejar cinta mereka."
"Macam nilah puan. Seeloknya kalau ada benda yang nak dibincangkan, baik kita uruskan jenazah dulu. Tak baik aibkan mereka di khalayak ramai."

THROWBACK: Sebelum mereka meninggal dunia, mereka pernah bergaduh besar di rumah. Mereka sepertinya tidak puas hati dengan apa yang cuba dilakukan. Zamir sudah berjanji dengan Leuniey untuk makan malam bersama tetapi dia menolak kerana memberitahu bahawa dia sudah berjanji dengan Zamri untuk keluar pada malam itu. Zamir mestilah mengamuk mendengarkan alasan yang diberikan oleh Leuniey kerana dia juga mahu keluar bersama pada malam itu.

"Zamri, kau ni apa masalah kau sebenarnya? Kau memang sengajakan nak cari pasal dengan aku?"
"Apahal pula kau ni! Aku keluar makan je dengan dia. Apa salahnya?"
"Kau ni tak faham ke buat buat tak faham? Kan dari dulu lagi aku dah bagitau kau yang Leuniey tu milik aku."
"Mana boleh! Walau macam mana pun dia tetap akan jadi milik aku!"
"Kau nak cari pasal dengan aku!"
"Kau tak puas hati? Kau nak lawan aku kan? Lawanlah! Apa lagi!"
"Zamir! Zamri! Apa bising bising ni?"
"Takdelah ayah. Zamri ni kurang ajar sangat dengan Zamir. Zamir nak ajak Leuniey keluar makan malam ni. Dia boleh pula ajak Leuniey keluar dengan dia malam ni."
"Sekurang kurangnya aku yang ajak dia dulu dari kau. Kau apa yang boleh buat!"
"Sudah sudahlah korang bergaduh tu. Tak malu ke nanti jiran dengar? Pasal pompuan pun nak bergaduh. Sampai bilalah korang nak matang?"
"Abang nilah paranoid. Padahal orang saja je nak ajak kakak ipar keluar makan."
"Takde maknanya. Kau sengaja nak sakitkan hati aku kan."
"Sudahlah! Pergi masuk tidur."

°°°°°°°°°°°°°°

Keesokan harinya, Zamir bertemu Leuniey di sebuah taman. Mereka sepertinya kelihatan amat mesra dengan masing masing tersenyum lebar. Tatkala duduk di atas kerusi pun tidak renggang. Sungguh bahagia mereka ibarat berada di atas pelamin namun siapa sangka yang sebenarnya untuk sampai ke tahap itu sukar kerana mereka berdua harus menghapuskan pihak ketiga antara mereka. Zamri dari jauh memerhati kemesraan mereka itu. Hatinya berasa amat panas sehingga terbakar melihatkan kemesraan mereka berdua.


Setelah Zamir berangkat pulang daripada pertemuan mereka, tiba tiba Zamri datang dan menyergah Leuniey untuk memberitahu sesuatu. Macam macam benda yang Zamri aibkan Zamir di hadapan Leuniey. Dia berkata bahawa Zamir adalah kasanova dan dia bercinta dengan Leuniey hanya kerana nafsu semata mata dan bukannya atas dasar cinta sejati. Namun Leuniey sudah lama boleh meneka niat Zamri yang sebenarnya berkata begitu. Leuniey langsung tidak percaya dengan kata kata Zamri itu kerana dia percaya bahawa Zamir tidak akan melakukan perkara yang tidak senonoh. Dia juga memberitahu bahawa itu memang taktik Zamri kerana dia cemburu dengan Zamir.

Tambahan pula, Leuniey langsung tidak melayan kerenah Zamri itu disebabkan oleh peristiwa di mana dia pernah mengapa apakan Leuniey. Zamri amat marah dengan penolakan Leuniey mempercayainya kerana baginya itu amatlah mencalarkan maruahnya sehingga tidak ada sedikit pun rasa kasihan. Biarpun apa apa cara yang Zamri lakukan untuk musnahkan hubungan mereka berdua, tetap tidak akan menjadi. Akhirnya, dia putuskan untuk membuat rancangan jahat terhadap Zamir.

°°°°°°°°°°°°°°

"Abang, aku sebenarnya nak minta maaf tau sebab aku dah rosakkan hubungan korang."
"Kau ni dah buang tebiat ke apa? Atau kau sebenarnya nak umpan aku supaya Leuniey tu benci kat aku."
"Takkanlah aku nak buat macam tu kat kau. Sebenarnya aku tahu yang selama ni aku takkan dapat cinta Leuniey tu macam mana yang kau dah buat kat dia untuk dapatkan cinta dia."
"Yang kau cakap macam ni kat aku sebenarnya kau nak apa?"
"Aku sebenarnya nak ajak kau keluar makan malam esok. Aku belanja kau okey."
"Betul ke ni kau nak belanja aku. Selalunya kau bab bab belanja orang ni keret nak mampus."
"Mestilah. Kan aku nak jadi adik yang baik untuk kau. Aku harap kau maafkan aku erk."
"Ya. Aku maafkan kau. Kau janji yang kau takkan buat lagi macam tu."
"Aku janji."
"Ya Allah, aku bersyukur sangat kerana Kau telah memulihkan hubungan diorang tu. Seandainya satu hari nanti Kau ambillah nyawa aku dan suami aku, aku tak tahu apa yang akan jadi pada budak budak tu. Mujurlah Kau panjangkan umur kami untuk memadamkan api yang marak ketika mereka sedang leka bergaduh. Dan aku lagi bersyukur kerana api itu tidak berani lagi kerana ada air yang melindungi mereka."

°°°°°°°°°°°°°°°°°


Keesokan malamnya, Zamri membawa Zamir ke satu kedai yang sangat ramai orang datang. Mereka sampai kalut ribut mencari tempat duduk sehingga mereka tidak sempat untuk memilih mana satu tempat yang sesuai. Ketika itu mereka memesan makanan dan pada masa yang sama juga, Zamir ingin ke tandas. Agak lama juga Zamir ke tandas sehingga air sampai ke meja. Inilah kesempatan Zamri untuk memasukkan ubat tidur ke dalam minuman Zamir. Setelah itu Zamir kembali sesudah ubat itu larut di dalam minumannya. Dia terus minum minumannya sehingga habis kerana dia amat kehausan. Zamri mencadangkan supaya Zamir memesan kembali airnya namun dia tidak mahu. Tiba tiba Zamir berasa pening kepala dan mengantuk dan setelah itu Zamir tertidur. Zamri terus membawanya ke satu tempat bersama dengan seorang wanita yang diupah olehnya. Dia juga membuka butang baju Zamir dan wanita itu membuka pakaiannya dan tidur sekatil. Zamri mengambil gambar mereka berdua berasmara seperti yang dirancangkan olehnya. Setelah itu dia terus menghantar gambar tersebut kepada Leuniey berserta alamat tempat yang mereka berada sekarang ini. Keesokan harinya...

"Seronok berdua duaan kat belakang aku? Aku tak sangka kau sejahat ni Zamir! Patutlah Zamri selalu aibkan kau depan aku. Rupa rupanya apa yang dia cakap tu memang betullah! Kau sukakan ramai pompuan hanya untuk memuaskan nafsu kau!"
"Leuniey, ini bukanlah macam apa yang awak sangkakan. Sebenarnya ini semua salah faham. Si Zamri ni memang sengaja perangkap saya supaya kita tak bersama. Leuniey!"
"Game over!"
"Kurang ajar kau Zamri! Kau nak main kotor dengan aku kan. Kau tunggulah nanti! Cara yang terbaik untuk sedarkan kau adalah dengan cara bunuh kau!"

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°


Setelah apa yang terjadi pada Zamir, dia telah memukul dan mencederakan Zamri atas sebab telah menipu dan mengkhianati abangnya sendiri. Dia juga telah menyebabkan kaki Zamri patah dan tidak mampu untuk melawannya. Ketika itulah pisau dihunuskan dan Zamri cuba untuk mengelak daripada ditikam. Mereka bergelut dan selepas itu pisau tertusuk ke perut Zamir dan dengan cepatnya Zamir menusuk pisau ke perut Zamri. Masing masing merasai kesakitan dan pada hari yang sama mereka disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

°°°°°°°°°°°°°°°°

"Ada sesiapa waris yang nak iringi jenazah?"
"Takpelah. Pak Samad jalan dulu kami ikut dari belakang."

Setelah itu, van Pak Samad berjalan menuju ke tanah perkuburan. Ketika dalam perjalanan dia terdengar jeritan aneh dalam vannya. Suara lelaki yang amat kuat meminta pertolongan sehingga dia meraung kesakitan. Pak Samad walaupun dia seorang yang beriman tetapi semangatnya lemah jika berada dalam situasi tersebut. Dia masih lagi membiarkan jeritan itu meraung dan hampir saja memecahkan tingkap vannya. Selang beberapa minit, dia sudah tidak tahan lagi dengan suara itu. Dia membaca doa banyak banyak sehinggalah suara itu pergi dari vannya. Akhirnya dia sampai dan jenazah selamat dikebumikan. Namun ketika dia hendak keluar dari tanah kubur, dia dan Haleejah terdengar lagi jeritan itu. Sepertinya roh sedang diazab dalam kubur sekuat kuatnya. Mereka terus berjalan dan meninggalkan pusara itu dengan hati yang amat dukacitanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience