BAB 5: PENGAJARAN

Horror & Thriller Completed 1861

"Jadi itulah cerita ketiga tiga kisah yang paling orang kata apa? Menariklah untuk ditauladankan."
"Nauzubillahiminzalik. Memang keempat empat arwah tu memang antara orang yang bernasib malanglah kerana pintu taubat masih lagi terbuka luas. Tapi mereka tidak merebut peluang itu. Masya-Allah."
"Sebab tulah Haleejah dah selalu sangat pesan kat abang yang Allah tu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dia pasti akan mengampunkan umat umatnya walaupun ketika dia masih lagi dalam keadaan tak sedar. Sebab tulah kita ni jangan bongkak, jangan jadi munafik dan sebagainya. Nanti akan diberikan balasan yang setimpalnya di hari akhirat nanti."
"Apa apa pun Halim, kamu kena faham yang tak semua manusia ini boleh terlepas dari kesilapan dia dan takde sorang pun yang tak buat silap. Aku ni pun ada salah silapnya ataupun terkasar bahasa sampai mengguris hati orang lain. Aku akan minta maaf sebelum terlambat."
"Saya rasa lega sangat dengar cerita daripada Pak Samad dan Haleejah. Cerita tu tadi memang best walaupun kedengarannya agak takut juga tapi itu dah cukup untuk buka mata saya yang sepet ni untuk perbetulkan balik kesilapan saya. Bukan sahaja memaafkan dan meminta maaf dari abang saya tapi untuk jadi hamba yang soleh untuk saham akhirat nanti Insya-Allah."
"Disebabkan itu, kamu kenalah sekurang kurangnya telefon abang kamu untuk bagitau hal yang sebenarnya."
"Tak perlu pun. Saya dah ada kat sini."
"Abang, bila masa abang sampai?"
"Baru je tengah hari tadi, abang sebenarnya nak minta maaf kat kau sebab dah banyak sakitkan hati kau. Aku tahu kau terasa hati sangat dengan apa yang aku dah buat kat kau. Aku rendah rendahkan kau dan aku langsung tak hormat kau sebagai adik aku. Aku minta maaf sangat sangat sebab aku dah banyak buat silap dengan kau. Lepas ni aku janji aku takkan sakitkan hati kau lagi."
"Dahlah tu bang. Aku dah lama maafkan kau. Aku pun salah juga sebab terlalu ikutkan perasaan. Kalaulah aku tak merajuk lama lama mesti kau takkan buat macam ni. Tak balik beraya, bercuti sekali sekala dengan aku. Aku pun minta maaf ya."
"Syukur Alhamdulillah kerana akhirnya korang berdua dah berbaik semula. Lepas ni tak payah nak gaduh gaduh lagi."
"Terima kasih banyak Pak Samad."
"Sama sama."


Begitulah kisah kisah yang diperdengarkan oleh Halim sebentar tadi. Benar benar membuat dia membuka matanya supaya segera bertaubat dan menghapuskan dosa dosa yang lalu. Dan tidak sangka pula dengan berakhirnya kisah kisah menarik yang diceritakan oleh Pak Samad Halim sudah berbaik semula dengan abangnya. Satu keajaiban yang Allah berikan kepada mereka agar tidak mudah berputus asa untuk melakukan oerkara yang baik. Semoga kisah kisah ini dapat membuka mata anda dan kepada diri saya sendiri kerana hidup hanyalah sekali dan mati juga hanyalah sekali. Terima kasih kerana sudi membaca. Assalamualaikum.


SEKIAN

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience