Ku pulas butang penaik suara,
Irama lagu mula kedengaran,
Irama yang lembut,
Membuatku tenang.
Ku tekan butang seterusnya,
Irama bertukar rancak,
Kepala ku mengikut rentak irama,
Segala masalah bagaikan hilang mengikut rentak anggukan.
Irama kini ingin membuat ku menari,
Ku pusingkan lagi butang suara,
Mula berdiri dan bergerak kecil,
Dipertengahan irama ku menari mengikut rentak.
Irama daripada alat tradisional kini berputar,
Ku buka langkah zapin, inang dan joget,
Termasuk gerakan tarian india,
Tarian cina juga tidak ketinggalan.
Sekali dengan gerakkan silat,
Share this novel