MIMPI

Poetry Series 376

Senyum manis terukir dibibir,
Insan yang dicintai berada disisi,
Tangan saling berpautan,
Begitu indah jalan hidup.

Selera makan bertambah,
Kerana ada tangan yang supakan,
Minuman satu cawan dua batang sedutan,
Tabah meniti perjalanan yang seterusnya.

Berjalan dengan langkah kaki yang sama,
Sambil gelak tawa masing-masing kedengaran,
Bahu dan dadanya menjadi tempat lena,
Semakin membara api cinta.

Celik sang mata,
Lihat ke sisi,
Hanya ada bantal yang tidak berpenghuni,
Begitulah mimpi hidupku.

27/9/2020

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience