BERGELAR MAYAT YANG SUDAH PASTI

Poetry Series 376

Kau kaya,
Pakai baju lawa dan mahal,
Pakai jam berjenama,
Nama dato dan datin akan bertukar mayat akhirnya.

Kau miskin,
Pakai baju koyak-rabak dan berbau,
Tangan tanpa sebarang perhiasan,
Kaki dan badan tanpa barang berjenama,
Gelaran mayat akan menggantikan miskin.

Kau sederhana,
Semua cukup sahaja,
Badan selalu berganti baju yang biasa,
Mayat akhirnya gelaran mu.

Kau femes sebab youtube dan tik tok,
Kau femes sebab cantik dan hensem,
Kau femes sebab banyak duit untuk beli barang berjenama,
Kau pun akan femes bila sudah menjadi mayat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience