JANJI

Poetry Series 376

Kata-kata yang keluar dari mulutnya,
Berwatakan palsu dan tidak membawa erti apa-apa,
Setiap masa yang dijanjikan,
Setiap masa itu dibazirkan.

Kata-kata yang terhasil daripada kotak suara itu,
Tiada membawa erti dalam kehidupanya,
Selepas madu sulung dihisap rakus,
Ditinggalkan dan dibiarkan air mataengalir.

Kata-kata yang diasahkan oleh lidah,
Hanyalah permainan untuk sang telinga,
Bila susah dan malapetaka hadir,
Sang pejanji hilang daripada radar hidup.

Kata-kata yang bersalutkan warna hitam,
Menjadi pujaan hati sang pendengar,
Hari demi hari dia mula mahu lari,
Kita selalu bertanyakan "bila mau bayar".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience