Bab 5: Tawar Hati

Romance Series 3627

"Awak okay?" Khezzy menyentuh bahu Maira yang kelihatan termenung jauh. Dia tahu mesti gadis itu sedang bersedih hati melihat kekasih hatinya menjadi milik orang lain. Raut wajah gadis itu sangat menggambarkan perasaannya ketika itu, hatinya terjentik perasaan halus yang sukar untuk digambarkan.

"Saya okay je, jangan risau" balas Maira sambil tersenyum manis ke arah Khezzy. Dia terasa sayu kerana impian untuk dia membina mahligai bersama Jayden telah hancur musnah dalam sekelip mata. Dia akur kerana dia tahu segala jodoh dan rezekinya di tangan Tuhan.

"Thanks sudi datang. Wahh dah ada pengganti rupanya. Dah dapat sugar daddy ye kau Maira" sinis Jayden. Dia berasa sakit hati melihat jejaka yang segak bergaya di sebelah Maira. Dia berasa kalah dengan lelaki tersebut. Entah kenapa dia masih tidak menyenangi apabila melihat Maira bersama atau dekat dengan lelaki lain walaupun kini dia sudah bergelar suami kepada orang lain. Dia akan pastikan Maira akan melutut kepadanya suatu hari nanti. Dia tidak mahu Maira jatuh ke tangan orang lain.

"Sorry bro, aku bakal suami Maira, inshaa Allah 3 bulan lagi kami akan langsungkan majlis. Nanti kami jemput" Khezzy menepuk bahu Jayden sambil membalas senyuman sini Jayden. Dia merasakan bahawa Jayden masih menyimpan perasaan terhadap Maira dan hatinya berasa tidak sedap kerana melihat pandangan Jayden itu.

"Haa hang jangan lupa mai plak Jayden, jangan jadi pengecut teluq tak mai kenduri Maira. Dah curang kan, habuan hang Maira dapat hat segak hang dapat hat berlemoihhh" juihh Meeza. Dia meluat melihat Jayden yang menuduh kawan baiknya itu mempunyai sugar daddy. Dasar jantan buaya tak dapat terima hakikat dia yang meninggalkan. Puihhh.

Maira hanya mendiamkan diri kerana dia tidak mempunyai daya untuk bersuara. Sungguh dia berasa sangat kecewa dengan perangai Jayden yang ternyata sangat berubah dari awal perkenalan mereka. Dia tidak menyangka Jayden akan menuduhnya sebegitu rupa. Maira tekad, dia harus melupakan Jayden.

"Okay bro, aku gerak dulu. Nanti aku kasi kau kad" Khezzy menarik tangan Maira dan memberi isyarat kepada Meeza untuk segera mengangkat kaki dari kenduri Jayden.

"Ko takkan dapat Maira sebab dia selamanya milik aku" ujar Jayden sambil mengerling Khezzy. Dengan aku pegang tangan pun tak boleh, dengan jantan kaya tu ko biar je ye. Dasar perempuan mata duitan, tunggu ko. Aku akan pastikan tiada sesiapa pun yang boleh dapatkan ko kecuali aku. Jayden melangkah pergi ke arah isterinya lalu memeluk erat pinggang wanita tersebut bagi mengusir perasaan marahnya melihat Maira di genggaman lelaki lain.

sorry sebab lambat update, lately sis quite busy. sis akan cuba update sekerap mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience