Bab 3 : Putus

Romance Series 3627

"Maira, hang ni suka termenung dari sem 1 sampai lani dah sem 4. Termenung tu hobi ye?" tegur Meeza. Mereka merupakan coursemate di UUM course Public Management.

"Meeza, aku nak tanya pendapat ko ni. Kalau bf ko selalu bagi reason busy and contact sebulan sekali ko still percaya lg ke?" Maira merenung muka kawannya itu.

"Ni mesti pasai Jayden kan? Hang ni punya beratoq orang nak kat hang, hang dok kalut dengan mat terap tu. Hensem lagi si Syahrul tu aku tengok." Meeza menilik wajah cantik kawannya itu. Dia tahu Maira seorang yang setia. Ramai classmate mereka yang cuba mengayat Maira namun seorang pun dia tak layan.

"Ko ni kan. Malas laa layan. Jom beli Tealive dekat bangunan Sefb tu lagi bagus" Maira bangun lantas keluar dari kelas meninggalkan Meeza.

.... .... ....

Kedebukkkk.

"Aduhh sakit juboq akuu" Maira jatuh terduduk setelah melanggar lembaga berkot hitam di hadapannya.

"Maaf cik." Suara garau menyapa telinga Maira lantas mendongak ke atas dan melihat lelaki berkaca mata hitam dan berkot hitam tu menghulurkan tangan kepadanya.

"Maaf nohhh. Kawan saya ni memang loqlaq sikit. Dia ni suka letak mata kat kepala lutut" dari belakang Maira mendengar suara Meeza lantas Meeza membantu Maira untuk bangun.

"Its Okay, just be careful next time ye" ujar lelaki itu sambil menjatuhkan tangannya semula.

"Terima kasih encik dan maafkan Maira" Maira menundukkan kepalanya sedikit dan melemparkan senyuman manis.

Khezzy terpana melihat senyuman dan mata itu. Mata yang sering menjadi peneman mimpinya setiap malam sejak 2 tahun lepas.

"Haa tu laa daulat sebab hang tinggai ja aku tadi. Tapi ensem nohh mamat tu" Meeza mencubit lengan Maira kerana geram.

"Ee mulut ko. Sempat ko usyar eh. Gatal!" Mereka berdua kemudian ketawa mengekek dan menyambung perjalanan untuk membeli tealive.

...... ........ ....... .......

"Mairaaaaa...." panggil Jayden. Dia telah menghantar whatsapp memberitahu Maira agar mereka bertemu di Kafe Palapes. Dia bertugas untuk menjadi jurulatih kepada pasukan palapes darat di UUM pada minggu ini.

"Ye abangg. Abang nampak makin handsome lahh" Maira merenung Jayden yang sangat dirinduinya itu. Dia masih menanti janji Jayden untuk meminang dirinya. Dia berharap agar dia dapat menjadi suri hati Jayden kerana dia terlalu menyayangi Jayden.

"Maira, Jayden ada benda nak cakap ni... Sebenarnya Jayden dah bertunang dan next month Jayden akan berkahwin. Maafkan Jayden. Jayden sayang Maira macam adik Jayden sendiri. Ni kad Jayden, datanglah bawa partner Maira. Terima kasih sebab banyak tolong Jayden selama ni". Jayden bangun dan bergerak meninggalkan Maira.

Maira mengambil kad kahwin yang ditinggalkan atas meja. Yaa dia tidak menangis dia hanya tersenyum.

Jaballah Denial bin Haji Ismail dan pasangannya Fatin Nur Haliza binti Kamarul Hisham.

Maira mengetap bibir dan memejamkan matanya bagi mencari kekuatan untuk pulang ke biliknya. Dia tidak mempunyai semangat untuk ke library bagi menyiapkan assignmentsnya yang bersepah.
Patutlah Jayden selalu mengelak bila dia bertanya mengenai pertunangan dan selalu saja memberi alasan busy kepadanya.

Pap !

Maira tersentak kerana terkejut dengan bunyi tepukan meja di hadapannya lantas membuka matanya dan memandang ke hadapan.
Yaa, lelaki yang dilanggarnya ketika ingin membeli tealive. Adakah dia lecturer sini. Alamak, matilah aku. Getus Maira dalam hatinya.

"Nah tisu ni lap air mata tu dan minum air ni.." Khezzy menghulurkan tisu dan meletakkan 2 cawan gelas dan meninggalkan Maira.
Maira terkebil-kebil melihat lelaki itu dan mengelap air matanya yang menitis tanpa dia sedari.

"Ambil makan ni dan jangan banyak bunyi." Dua pinggan nasi yang berisi daging bakar, air asam dan ulam dipandang Maira. Dia tidak berasa ingin makan kerana seleranya sudah putus ketika membaca kad tadi.

"Aku dengar perut kau berkeroncong tu. Jangan malu anggap tu rezeki kau. Makan, tak baik termenung depan rezeki. Aku beli makanan tu jangan risau, aku tak letak apa-apa pun dalam makanan tu" Khezzy melemparkan senyuman kepada Maira.

Maira mengangguk seraya mengambil sudu lalu menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

"Woi Megat Khairy Zikry bin Megat Saifullah!" Dr. Khairul Haziq segera melangkah mendekati seniornya semasa belajar di UKM dulu.

Alamak Dr Haziq si singa jantan ni lah pulakk. Aduhai kenapalah dia berkawan dengan mamat ni.

"Wei Keon, uish makin membulat ko ye" Khezzy memeluk erat tubuh juniornya itu.

"Wow, ada marka. Tapi macam pernah ku lihat. Kamu repeat paper saya kan?" ujar Dr Haziq sambil melihat ke arah Maira.

"Errr yee Dr." angguk Maira sambil mengetap bibir. Hish orang tua ni. Tak payah la sebut pasal repeat paper. Malu la aku.

"Student kau ke Keon?"

"Ye, student aku. Cuma nama aku tak ingat. Apa nama kau?"

"Al Humaira Zaina, dr."

"Kau ni nak makan ke nak menganggu ketenteraman student. Btw aku kenalkan kau, ni bakal isteri aku."

"Hah!" Maira terkedu memandang ke arah Khezzy.

"Pucuk muda kau cari ye. Okaylah aku gerak dulu ada meeting dengan HEA.

Khezzy mengambil phone Maira dan mendail nombornya.

"Makan sampai habis nanti kita jumpa lagi. Aku gerak dulu. Bye Manis" Khezzy mengusap kepala Maira lalu melangkah keluar.

Maira termangu memandang Khezzy. Apa benda yang berlaku sekarang ni. Maira juga turut bangun dan melangkah keluar. Dia sudah pening dengan apa yang terjadi hari ini. Dia mahu baring dan tidur.

Patutlah dia tak hairan walaupun aku tak whatsapp, jarang call rupanya dah tangkap jerung besar tu. Getus Jayden sambil melihat Maira melangkah keluar dari kafe.

Mohon tinggalkan komen supaya saya dapat improve gaya penulisan. Thanks in advance.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience