Bab 1 : Jayden

Romance Series 3627

Maira melemparkan senyuman ketika matanya bertembung dengan mata helang si pujaan hatinya.

"Abang, nak yong tau fu RM10 kuah sos extra kasih sayang ye" ujar Maira sambil mengenyitkan matanya ke arah Jayden atau nama sebenarnya Jaballah Denial.

Jayden tersenyum melihat kenakalan gadis pujaannya yang selalu mencuit hatinya. Dia sangat menyayangi gadis itu kerana gadis itulah satu satunya gadis yang sanggup menerimanya seorang penjual yong tau fu di pasar malam. Al Humaira Zaina gadis yang sentiasa menarik perhatian, manja dan sangat ringan tulang. Tatkala semua orang memandang sinis ke arahnya kerana dianggap tiada masa depan namun gadis ini sering memberikan sinar kebahagiaan. Dia benar-benar bersyukur kerana memiliki Maira.

"Yong tau fu siap! Nak kasih sayang lebih meh tolong bungkuskan order customer ni" Jayden mencuit hidung Maira. Maira hanya ketawa lantas membantu Jayden menyiapkan pesanan pelanggan. Maira sering ke pasar malam untuk membantu Jayden walaupun Jayden mempunyai seorang pekerja tetapi kehadiran Maira tetap diperlukan sebagai pelaris jualannya. Jayden tahu pelanggan nya selalu melirikkan pandangan mereka kepada Maira yang mempunyai senyuman yang manis berserta lesung pipit yang dalam di pipi kirinya itu. Alis matanya yang menawan itu sering memikat hati sesiapa yang memandangnya buat kali pertama.

"Hahhhh berangan je! Tu tangan tak bergerak kenapa? Eeee tak sweet langsung. Kita dah depan mata pun still nak berangan jauh lagi." sergah Maira. Jayden terkebil-kebil memandang Maira lalu meneruskan kerjanya yang terhenti sebentar tadi.

"Maira, tolong belikan air dekat abang boleh, ni duit belikan dekat Maira dan Paklah sekali ye" Jayden menghulurkan duit ke arah Maira.

"Okay boss, kejap yaa kanda. Dinda nak pergi mengorat abang ayaq nyoq tu sat nohh" Maira terus mengorak langkah untuk mencari air.

"Ada² jaa awek ko tu Jayden, pening aku tengok" ujar Paklah sambil menggelengkan kepalanya.

"Pening tu lah yang menghiburkan aku" Jayden tersenyum kecil.

....... ........ .... ......... ............ .......... ......... ........ ....... .......

"Terima kasih kak, saya beli air ye" ujar Maira sambil mengambil air dari penjual dan terus memusingkan badannya tanpa melihat.

Bukkkk!

"Allah, maaf maafff. Ceq tak perasan pakcik" Maira menggelabah kerana telah terlanggar dada seseorang lelaki yang memakai cermin mata hitam di sebelah kanannya itu.

"Its okay, next time mata tu guna untuk melihat keadaan sekeliling bukannya guna untuk tengok air tu je" lelaki itu tersenyum sinis ke arah Maira.

"Terima kasih pakcik. Maira minta maaf nahhh. Maira tak sengaja" ujar Maira sambil tersenyum manis tanda memohon maaf.

Lelaki tersebut terpana melihat senyuman tersebut namun bibirnya mengumam, hishhh aku punya segak ni dia panggil pakcik. Apa nampak tua sangat ke aku ni?

........... ........... .....

"Beli air ke buat air? Sampai pengsan dah Paklah tunggu Maira beli air" ujar Jayden sambil menyambut huluran air daripada Maira.

"Tu lah Maira, nampak ni aku baru bangun ni. Tadi terpengsan sebab badan tak cukup air tunggu kau pergi beli" usik Paklah.

"Tak buat air lah, Maira pergi mengorat abang ayaq nyoq tu jeeee" sengih Maira.

"Ohh, gatal niii. Ada hati panggil Pak Abu tu abang yeeee" Jayden menarik pipi gebu Maira kerana geram dengan mulut gadis itu yang sentiasa ada akal untuk menjawab.

"Eh, abang. Sebelum terlupa, ni surat panggilan rekrut abang" Maira menghulurkan surat yang di simpan di dalam beg sandangnya kepada Jayden.

"Tahniah abang, tak sia2 usaha kita selama ni. Lepasni abang boleh buktikan kepada semua yang abang pun boleh berjaya macam yang lain"

"Eh Jayden, kau dapat apa tu? Kau dah tak nak berniaga ke? Aku macam mana?" Paklah memandang Jayden untuk meminta kepastian.

"Paklah, aku pun tak sangka aku boleh dapat ni. Actually, Maira yang banyak tolong aku dari awal lagi aku dah serahkan semua dekat dia. Aku pun tak berharap sangat. Kalau aku serahkan business aku ni dekat kau boleh?" Jayden memandang lemah ke arah Paklah. Berat hatinya untuk melepaskan business turun temurun keluarganya itu.

"Tarikh abang daftar rekrut 2 minggu lagi, sempatlah kita cari barang semua. Paklah ko jangan risau, aku kan ada. Kalau aku cuti sem aku datanglah teman ko niaga. Aku yakin ko boleh teruskan business ni".

......... ....... ............ .......... .....

"Sayangg, tunggu abang ye. Habis rekrut nanti abang akan masuk meminang okay? Janji tau Maira akan sentiasa tunggu abang" Jayden memandang Maira dan berharap agar kekasihnya itu tetap akan setia dengan cinta mereka.

"Ye abang, Maira janji. Abang kuatkan semangat dan jaga diri bebaik ye. Maira doakan abang berjaya lalui semua ni dengan mudah dan tenang" Maira memberikan senyuman yang paling manis untuk Jayden sebelum mereka berpisah selama 6 bulan.

this is my first novel so do leave a comment. so that i can improve my storyline. tq guys

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience