Bab 4 : Move On

Romance Series 3627

Meeza merenung ke arah Maira yang sedang terbaring di atas katil. Dia tahu gadis tu berada dalam fasa kecewa kerana ditinggalkan oleh Jayden. Namun dia takkan sesekali memaksa Maira untuk kuat kerana bagi dia tak salah untuk menangis melepaskan segala kekecewaan.

"Maira, dah lah tu. Hang dah gaya mayat hidup wei. 2 minggu dah hang dok melayan perasaan. Seminggu gak hang tak p kelas. Jenuh aku nak sign kat hang saja. Harini jom kita p lepak rusa nak?" Meeza cuba menarik perhatian Maira dan menarik tangan kawannya agar bangun.

"Hmm. Aku frustlah Meeza. Dia janji nak meminang aku tapi kenapa dia nak kahwin dengan orang lain?" Maira menghulurkan phonenya kepada Meeza.

"Bacalah, nombor tu sejak minggu lepas dok chat aku. Aku rasa macam nombor Jayden. Tapi dia kan dah nak kahwin kenapa macam tak move on pula."

Jerung besar kau tangkap, patut kau tak frust langsung selepas clash.

Kau memang tak malu ke berdating dengan lelaki tu dekat kafe palapes tu?

Hey perempuan. Kau bisu ke tak boleh jawab ha? Kau murah sangat kan lepas kena tinggal terus ada jantan lain.

Mentang-mentang kau dapat orang kaya, kau sombong ye.

"Biaq p kat dia Maira oii. Nanti hg p laa kenduri dia tayangg mamat hensem tu. Biaq nganga luaih mulut tu. Ee geram aku aih!"

Maira hanya mendiamkan diri. Dia masih cuba untuk mencari semangatnya yang hilang.

"Maira, hang kena sedaq diri takkan selamanya hang nk down lagu ni. Satgi pelajaran hang kemana, cinta hang kemana. Hang yang rugi Maira oi si Jayden tu dah bahagia mana hala dah. Dasar tak kenang budi!"

"Aku rasa kan nak ajak si Syahrul tu lah teman aku p kenduri si Jayden tu. Biaq nganga luaih mulut dia" balas Maira sambil memikirkan Syahrul, teman sekelasnya. Mereka sering ke kafe bersama, melepak, study dan kadang kala menjadi pembantu assignmentsnya.

"Oh hang kalau marah boleh pun cakap utaghaa nohh"
Akhirnya ketawa tercetus antara mereka berdua.

.. ... .... ... .... ... ... .... ...

"Maira, hang dah ajak si Syahrul tu ka? Satgi kita nak gerak dah p KL. Esok kan kenduri si Jebon tu." tanya Meeza sambil menyedut air laici di kafe hantu.

"Tak. Aku tak ajak dia pun sebab aku tak nak bagi harapan dekat Syahrul lah." Maira melemparkan pandangan ke arah kaunter air sambil meletakkan kepalanya di atas meja. Dia melepaskan keluhan kerana dia berasa tidak bersemangat untuk ke majlis perkahwinan Jayden pada esok hari.

"Yela Maira. Ikut suka hang lahh. Hang tunggu sat kat sini. Aku nak p kat Sofea sat nak pass assignments group ni. Cuti midsem ni aku dah tak mau pikiaq assignments aku nak berjalan" Meeza terus bangun dan bergerak ke arah kawannya.

"Hai Manis. Jauh termenungg. Dah sampai mana tu?" usik Khezzy sambil mencuit batang hidung Maira. Dia yang baru saja berjumpa dengan business partnernya iaitu Prof. Dr. Abdul Manaf itu terus melangkah ke kafe hantu untuk mencari air bagi membasahkan tekaknya yang kering. Namun langkahnya terus terpaku apabila melihat wajah gadis yang selalu menjadi igauannya itu.

"Eh, encik maaf. Saya tak perasan. Duduklah" pelawa Maira sambil membetulkan tudungnya. Dia tidak menyangka akan bertemu kembali dengan jejaka itu.

"Terima kasih Al Humaira Zania" ucap Khezzy sambil menyedut air minuman Maira di hadapannya.

"Ee tu air saya lahhh. Pergilah beli lain!" marah Maira sambil mencubit lengan Khezzy.

"Wow. Macam pengantin baru pulak kongsi ayaq pastu main cubit2. hahahaha" ujar Meeza sambil duduk bersebelahan Maira.

"Auch! Aduh ketam mana sesat kat perut aku ni?"
Meeza menjeling ke arah Maira.

Khezzy hanya tergelak melihat dua orang sahabat baik itu.

"Okaylah Khezzy, kami minta diri dulu ye." Maira cuba untuk pulang kerana dia berasa tidak selesa direnungi oleh Khezzy.

"Encik Khezzy, nak ikut kami dak? Kami nak p keyyel ni kenduri ex Maira" ajak Meeza sambil mengenyit mata ke arah Khezzy.

Pap!

"Aduh! Hang ni lah tadi kutey aku ni hang tampaq pulak" Meeza mengerling Maira dengan perasaan geram.

"Jom pergi dengan aku. Aku follow belakang korang, tinggal kereta dekat rumah then ambil barang naik dengan aku" arah Khezzy kepada Maira dan Meeza.

"Ish tak yah lah Encik, kami boleh pergi sendirilah. Jom Meeza" Maira terus bangun dan menarik Meeza untuk bergerak.

"Its Okay, aku follow." jawab Khezzy sambil tersenyum.

Mohon tinggalkan komen supaya saya dapat improve gaya penulisan. Thanks in advance.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience