Bab 2: Kisah Duka

Romance Series 3627

"Maira, Cikgu Lee panggil ko dekat bilik guru"

"Kenapa Azam?" Maira memandang ke arah Azam yang baru duduk di kerusinya. Azam merupakan ketua tingkatan bagi kelas 6 Atas di SMK Toh Puan Fatimah.

"Entah, aku pun tak sure lah. Ko pergi je lah"
Maira melangkah ke bilik guru dengan perasaan yang berdebar. Dia berasa gementar kerana petang nanti dia dan rakan-rakannya akan menjawab peperiksaan Pengajian Perniagaan untuk kertas yang terakhir bagi semester 3 iaitu semester terakhir untuk mereka bergelar pelajar sekolah.

"Assalamualaikum Cikgu Lee, Cikgu Sarah. kenapa cikgu panggil saya?" Maira memulakan bicara setelah dia mengetuk pintu bilik Cikgu Lee yang merupakan guru tingkatan 6 Atas. Kelihatan Cikgu Sarah juga berada di dalam bilik tersebut. Dia berasa sangat gementar kerana tidak tahu tujuan dia di panggil ke bilik guru.

"Maira, kamu dah habis study semua topik untuk Pengajian Perniagaan ke?" tanya Cikgu Lee sambil memandang sayu ke arahnya.

"Alhamdulillah, sudah cikgu". ujar Maira seraya tersenyum nipis.

"Baiklah. Sebenarnya cikgu ada something nak beritahu ni. Cikgu harap kamu boleh terima benda ni dengan tenang". ujar Cikgu Sarah sambil memeluk bahu Maira.

"Kenapa tu Cikgu?" tanya Maira. Dia sudah tidak ketahuan berdiri di hadapan kedua gurunya itu.

"Maira, ibu Maira baru saja menghembuskan nafasnya yang terakhir".

"No! Cikgu tipuu! Ibu Maira ada, dia cuma sakit. Dia tunggu Maira. Dia janji nak sihat macam duluuu!" raung Maira.

..... ..... ....
Flashback.

Maira meletakkan mangkuk bubur di atas meja bersebelahan katil ibunya sebelum menggerakkan ibunya bangun untuk makan.

"Ibu, ni Maira ada masakkan bubur kesukaan ibu. Ibu kena makan banyak barulah ibu gemuk macam Maira. Barulah ayah sedap pelukk. Gebu gitu!"

"Wah, sedapnya. Jarang-jarang anak ibu ni rajin masak. Selalunya anak ibu ni suka makan je."

"Ibu jangan pandang Maira sebelah mata" cebikk Maira. Maira tahu dia memang jarang ke dapur kerana dia memang tidak suka untuk memasak. Adiknya iaitu Asha Al Zahra yang kerap membantu ibunya di dapur dan mengemas rumah manakala dia hanya gemar duduk di dalam dan membaca buku.

"Ibu tahu anak ibu ni pandai masak cuma dia rajin tu ada sikit je kena. Maira lepasni Maira kena rajin-rajin masak tau. Nanti Maira kena buat semua sorang-sorang". Khalisah mengusap kepala anaknya itu. Dia tahu masanya sudah tidak akan lama lagi tapi dia berusaha untuk menunjukkan dia sudah sihat dan kuat di hadapan anak gadisnya itu kerana Maira sedang berada dalam minggu peperiksaannya. Dia tidak menyangka kanser payudaranya itu kembali menyerang setelah 5 tahun pembedahan pembuangan kedua-dua belah payudaranya itu.

"Apa ibu ni, Maira kan ada ibu. Ibu kenalahh sihat cepat² ye. Maira nak peluk ibu, nak cium ibu hari²" Maira terus mencium pipi ibunya bertalu².

Mengekek ketawa Khalisah kerana diserang ciuman yang diberikan oleh Maira. "Ish Maira ni, dah besar pun manja lagi. Kemas bekas-bekas ni, pergi balik study. Esok last paper kan? Ibu doakan anak ibu ni diterangkan hati untuk menjawab dan dipermudahkan segala urusan." Maira mencium dahi anaknya itu sambil berdoa di dalam hati.

"Ibu, doakan Maira dapat 4 flat sem ni ye. Maira sayang ibu. Maira balik dulu tau." Maira memeluk ibunya dan ibunya seolah tidak mahu melepaskan pelukan itu.

End of flashback.

......... ........... ......

"Maira, jom ikut cikgu, exam dah nak start. Maira tak solat zohor lagi" Cikgu Sarah menepuk bahu Maira yang dilihat berkhayal di hadapan kubur ibunya. Dia berasa kasihan melihat pelajarnya itu yang kehilangan ibu semasa hari peperiksaannya.

"Haah. Yaa baik cikgu" Maira bangun sambil mengelap air matanya. Aku kena kuat, Ibu, Maira balik dulu ye. Maira sayang Ibu. getus Maira dalam hati.

"Maira kuatkan semangat, fokus untuk jawab exam nanti. Ayah doakan yang terbaik untuk Maira". Maira hanya mengangguk dan menyalam tangan Ayahnya, Faizol Khan yang berdiri di tepi kubur ibunya dan bergerak mengikut gurunya itu untuk ke sekolah.

..... ....... ..... ...... ......

6 bulan kemudian

Harini merupakan hari tamat rekrut Jayden namun Maira tidak dapat menghadirinya kerana esok dia perlu ke sekolah untuk mengambil result STPMnya.

Dia mengusap usap gambar Jayden yang berada di atas meja studynya. Dia sangat merindui kekasihnya itu kerana mereka tidak dapat berhubung selama 6 bulan.

This is my kingdom come. this is my kingdom come..

Lagu yang berkumandang menyebabkan Maira tersentak lantas bangun menjawab panggilan telefon.

"Hello, Maira. Ni Jayden"

"Hello Abanggg! Tahniah dah jadi askar! Abang apa khabar? Bila abang balik? Maira rindu abangg. Maira banyak benda nak cerita dekat abang". ujar Maira dengan suara yang excited.

"Maira, Jayden nak ucapkan terima kasih ye sebab dah banyak bantu Jayden. Jayden juga nak minta maaf sebab tak dapat tunaikan janji Jayden nak meminang Maira selepas tamat rekrut. Jayden nak kukuhkan ekonomi Jayden dulu ye."

"Alahh, takpe abangg. Maira sanggup menunggumu walau seribu tahun lagi". ujar Maira sambil menyanyi.

"Jayden dah kena letak phone ni. Bye Maira"

klikk..

Aik, aku tak sempat cakap dah tutup. hmmm.

Mohon tinggalkan komen supaya saya dapat improve gaya penulisan. Thanks in advance.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience