BAB 3: MILIK YANG TIDAK RELA

Mature Content Series 1084

Sijil itu nipis, tetapi beratnya seperti batu nisan yang baru dipahat.

Puan Sabrina Knight.

Nama itu tertulis di sebelah Zalganor Knight dengan dakwat hitam yang belum sempat kering. Sabrina memegang hujung kertas itu di dalam kereta, dan jarinya kebas. Bukan kerana dingin. Kerana dia baru sahaja mengikat dirinya dengan syaitan untuk menyelamatkan orang lain.

Zalganor tidak bercakap sepanjang perjalanan pulang ke Toorak. Dia duduk di sebelah Sabrina, tubuhnya diam, tetapi Sabrina dapat rasa haba daripadanya. Lima tahun lelaki ini menahan diri. Lima tahun dia menjadi bayang yang memungut setiap cebis hidup Sabrina yang retak. Malam ini, bayang itu tidak bersembunyi lagi.

'Kau milik aku sekarang.'

Dia tidak lafazkan. Tetapi seluruh ruang dalam kereta itu menjerit ayat yang sama.

---

Rumah agam itu menyala seperti ada kenduri, tetapi sunyi. Candelier di ruang legar memantulkan cahaya ke lantai marmar, dan bau lily putih menyambut Sabrina sebaik sahaja dia melangkah masuk. Bau yang sama di apartmentnya. Bau yang sama di kereta malam kemalangan itu. Bau yang Zalganor gunakan untuk menanda kawasan jajahannya.

Butler tua menunduk. “Selamat kembali, Tuan. Puan.”

Puan. Perkataan itu menikam telinga Sabrina. Dia mahu menyuruh lelaki itu telan semula kata-kata itu, tetapi suaranya hilang.

Zalganor menanggalkan kot dan menyerahkan tanpa menoleh.

“Makan malam di bilik. Jangan ganggu.”

“Baik, Tuan.”

Makan malam di bilik. Sabrina terasa perutnya bergulung. Dia ingat pesan Sarah. 'Dia benci warna merah'. Dia ingat ugutan Zalganor. 'Pakai mutiara tu malam ni'. Semua arahan itu ibarat dia seorang pelacur yang kena bersiap sedia.

Zalganor mula menaiki tangga. Dia tidak menoleh untuk memastikan Sabrina ikut. Dia tahu. Dia sentiasa tahu.

Sabrina memejam mata seketika. Dia dengar suara Lauren menangis. Dia dengar suara Marie menjerit. Dia dengar nama Greg yang tergantung di hujung tali. Dia ada sebab untuk berada di sini. 'Ada sebab. Ada sebab. Ada sebab.'

Dia melangkah. Tangga itu berkarpet tebal, menelan bunyi tapak kaki, dan semakin mereka naik, semakin kuat bau lily itu.

Di koridor tingkat atas, dinding penuh dengan bingkai gambar, tetapi semua bingkai itu hanya ada satu wajah milik Zalganor. Bayi, budak, remaja, dewasa. Tidak ada ibu. Tidak ada bapa. Tidak ada sesiapa yang tersenyum di sisinya.

'Patutlah dia begini,' bisik suara dalam kepala Sabrina. 'Tiada siapa ajar dia cara meminta. Hanya cara merampas.'

Zalganor berhenti di depan pintu kayu yang besar di hujung koridor. Dia tidak terus buka. Dia berpaling, dan buat pertama kali malam ini, dia memandang Sabrina dengan betul.

“Tiada siapa pernah masuk bilik ini kecuali aku,” katanya perlahan. Suaranya rendah, tetapi setiap patah kata itu jatuh seperti hukuman.

“Bukan Sarah. Bukan ayah aku.”

Sabrina menelan liur. 'Kenapa kau beritahu aku?'

“Sebab mulai malam ini, bilik ini milik kau juga.”

Dia memulas tombol dan menolak pintu.

Bilik itu luas. Katilnya besar dengan cadar putih yang tegang. Lampu tidur menyala malap. Di atas meja sisi, ada kotak baldu hitam yang Sabrina kenal. Di sebelahnya, pasu lily putih yang kelopaknya kembang sehingga hampir menyentuh siling.

Bilik pengantin yang tidak pernah diminta.

Sabrina melangkah masuk, dan pintu ditutup di belakangnya.

Zalganor berjalan ke tengah bilik dan mula membuka butang pada lengan kemejanya. Satu demi satu. Perlahan. Dia tidak tergesa-gesa. Dia ada sepanjang malam. Dia sudah menunggu lima tahun, tiga bulan, empat hari. Dia boleh menunggu lima minit lagi untuk melihat Sabrina hancur.

“Awak nak apa?” Suara Sabrina keluar lebih berani daripada perasaannya.

Zalganor mengangkat wajah.

“Kau rasa aku nak apa, Puan Knight?”

Gelaran itu membuat segala bulu roma Sabrina menaik. Dia menelan air liur.

“Jangan dekat,” kata Sabrina.

“Aku tidak,” balas Zalganor.

Tetapi dia melangkah juga setapak. Jarak antara mereka kini hanya seinci. Sabrina boleh bau minyak wangi dia, boleh bau ubat tahan sakit yang dia telan setiap malam kerana parut itu.

“Kau kahwin dengan aku untuk selamatkan mereka,” kata Zalganor.

“Marie. Greg. Daniel. Kau sanggup jadi wira. Tetapi wira selalu mati dahulu.”

Sabrina mengangkat dagu.

“Jadi awak nak saya buat apa? Baring dan tunggu?”

Zalganor tunduk sedikit, dan Sabrina terpaksa mendongak untuk menentang matanya.

“Aku mahu kau faham. Setiap kali kau lawan aku, ada orang yang terluka. Hari ini kerja Marie. Esok mungkin kaki Greg. Lusa mungkin nyawa Lauren.”

“Awak jangan ganggu mereka, Zalganor!” Sabrina menjerit dengan lutut yang bergegar.

“Jerit la. Tak ada siapa dengar. Tak ada siapa selamatkan kau. Sebab kau aku punya.” Zalganor ketawa perlahan.

Dia menolak Sabrina di atas katil sehingga katil itu melantun dan nafas Sabrina putus sekejap. Zalganor terus naik sebelah lutut atas tilam. Dia tak hempap. Dia condong ke depan. Bayangan bahunya menelan lampu siling. Bayangan itu jatuh tepat di atas dada Sabrina yang turun naik laju.

“Lawan lagi. Aku suka tengok kau melawan. Sebab bila kau penat nanti... lagi sedap.”

Sabrina meronta. Lutut dia kena bingkai katil. Gaun terangkat sampai paha. Sejuk aircond mengenai kulit. Malu membakar muka. Takut membuatnya tak boleh menjerit.

Zalganor pandang ke bawah. Halkum dia naik turun. Dia menelan air liur, tapi tekaknya kering. Urat kat lehernya mula timbul, berdenyut. Matanya tak alih seinci pun dari paha putih mulus milik Sabrina.

“Elak dari aku, Sabrina.” Suaranya mula retak dan kasar.

Jarinya menyentuh lutut Sabrina. Tak gerak ke atas. Tak turun ke bawah. Cuma tapak tangannya terletak di situ sahaja.

Lutut Sabrina tersentak. Kulitnya kejang seperti terkena renjatan.

“Saya benci awak,” Sabrina akhirnya meluah. Air matanya mula menitis tanpa dipinta.

“Aku tahu,” Zalganor senyum. Senyum patah. “Benci aku. Makilah. Ludahlah. Tapi malam ni, benci kau tu tak cukup nak halang aku.”

Hidung Zalganor lalu di leher Sabrina. Tak sentuh. Tapi bulu roma Sabrina naik serentak. Nafasnya panas. Bau mint hancur sebab marah dia lagi kuat. Bau kulit dia, bau ubat, bau malam-malam sunyi yang dia habiskan dengan nama Sabrina dalam kepala. Bau lelaki yang dah tak sanggup menjadi lelaki baik lagi.

Sabrina tutup mata. Tapi tutup mata tak padam rasa nafas tu kat nadi dia. Tak padam hakikat yang malam ni, dia dalam kandang singa yang dah tak makan seminggu.

Ini Zalganor Knight. Raja Dosa. Lelaki yang menahan diri sebab 'kau cakap jangan, kau sangkut sampai mati'.

“Zalganor... please,” suara Sabrina hancur.

Dia benci perkataan please tu. Dia tak pernah merayu. Tapi malam ni dia merayu.

“Kalau awak teruskan... saya bunuh diri. Saya sumpah.”

Dunia berhenti.

Nafas Zalganor di leher Sabrina tersekat. Dadanya tidak bergerak. Jarinya di atas lutut Sabrina yang tadi panas sekarang menjadi sejuk dan membatu.

“Kau sanggup mati, daripada aku sentuh kau?”

Sabrina tak menjawab. Dia tak pandang. Dia cuma angguk sekali bersama air mata yang menitis di tepi pipinya.

Tak lama selepas itu, Zalganor berundur daripada tubuh badan Sabrina, dengan kemeja yang sudah butangnya dibuka semua. Dia bangun dari katil dengan dengusan nafas yang berat dan wajah yang tegang. Lelaki itu berjalan ke arah tingkap, membelakangi Sabrina.

“Keluar,”

Sabrina tak bergerak. Dia tak faham sebenarnya.

“KELUAR DARI BILIK AKU!” Zalganor menjerit tanpa menoleh.

Sabrina bangun. Kakinya lembik seperti agar-agar. Dia hanya mampu berdiri di tepi katil memandang belakang sasa lelaki itu.

Zalganor masih tak menoleh. Hanya nampak tubuhnya menarik bernafas dengan laju. Entah kenapa Sabrina seperti rasa bersalah sedangkan dia patut benci lelaki itu.

“Aku tak paksa kau,” dia luahkan dan berhenti sejenak.

“Demi Tuhan, Sabrina. Aku nak. Setiap darah dalam badan aku merasuk fikiran aku suruh hempas kau kat katil tu. Suruh buat kau lupa nama semua jantan dalam dunia ni kecuali aku. Tapi kalau kau mati sebab aku... kalau kau benci aku sampai sanggup mati... aku nak kau untuk apa?”

Sabrina berfikir sejenak. Dia perlahan-lahan mendekati lelaki itu.

“Sebenarnya, awak buat semuanya sebab nak selamatkan kawan-kawan saya, kan? Awak pecat Marie. Awak ugut Daniel. Awak perangkap Greg. Semua sebab awak nakkan saya.”

Zalganor tidak menjawab. Dia tidak mampu.

“Jadi sekarang,” sambung Sabrina, dan dia rapatkan badannya sedikit, cukup untuk Zalganor rasa nafasnya di belakang lehernya.

“Saya yang letak syarat.”

Bahu Zalganor menegang sekali lagi. Dia berpaling sedikit, cukup untuk memandang Sabrina dari sisi, dan matanya terbeliak dan terkejut. Raja Dosa tidak pernah disyaratkan. Dia yang memberi syarat.

“Cakap,” suara Zalganor keluar serak.

Sabrina menelan liur. Jantungnya berdegup kuat, tetapi dia tidak undur.

“Awak kata awak buat semua ni untuk saya. Untuk selamatkan saya, selamatkan mereka. Baik.”

Dia menekan tapak tangannya sedikit di belakang Zalganor, dan dia rasa lelaki itu menggeletar.

“Kalau betul untuk saya,” kata Sabrina lagi.

“Mulai malam ini, awak berhenti menyakiti orang untuk dapatkan saya. Awak nak saya? Awak kena belajar minta dan tunggu. Awak kena belajar jadi manusia.”

Zalganor berpaling sepenuhnya sekarang. Matanya suram, mulutnya terbuka sedikit seperti dia tidak percaya apa yang dia dengar. Sabrina seperti baru sahaja mengacukan pisau ke lehernya, dan dia tidak pakai tangan. Dia pakai dengan kata-katanya.

“Kau… beri aku syarat?” suara Zalganor perlahan, tidak percaya.

Sabrina mengangguk.

“Awak boleh kunci saya dalam rumah ini. Awak boleh paksa dunia panggil saya dengan nama awak. Awak boleh buat semua orang percaya saya milik awak.”

Sabrina menahan nafas, cuba mengawal suara yang mula bergetar.

“Tapi awak jangan sentuh saya kalau saya tidak izinkan.”

Dia memandang tepat ke mata Zalganor, kali ini tanpa mengalihkan pandangan.

“Dan jangan gunakan saya sebagai alasan untuk hancurkan orang lain.”

Senyuman di bibir Zalganor perlahan-lahan hilang.

“Sebab kalau awak buat lagi… mungkin saya masih berdiri di sebelah awak. Tapi awak dah kehilangan saya.”

Bilik itu senyap.

Zalganor memandang Sabrina seperti dia melihat hantu. Dia tidak pernah fikir Sabrina akan lawan dengan cara ini. Dia jangka tangisan. Dia jangka makian. Dia jangka lutut yang menggeletar. Dia tidak jangka perempuan ini akan sentuh belakangnya, tempat paling rapuh, dan kemudian tikam dia dengan maruah.

Kemudian Zalganor ketawa perlahan.

“Kau bijak,” bisiknya.

“Lima tahun aku kumpul kuasa untuk kurung kau. Rupanya kau cuma perlu lima minit untuk kurung aku.”

Dia angkat muka, dan matanya merah kerana rasa kagum.

“Aku buat semua ni untuk kau,” kata Zalganor akhirnya, dan suaranya jujur sehingga Sabrina sakit dengar.

“Aku pecat Marie sebab dia akan hasut kau lari, dan kalau kau lari, musuh aku akan bunuh kau. Aku ugut Daniel sebab ayah aku mahu kau mati, dan aku perlu tunjuk yang aku kawal kau sebelum dia kawal kau. Aku kurung Greg dengan tawaran sebab aku tahu kau akan mati kalau dia mati.”

Dia melangkah ke depan, dan kali ini Sabrina tidak undur.

“Aku raja dosa, Sabrina,” bisiknya.

“Tetapi untuk kau, aku sanggup jadi anjing. Asal kau hidup. Asal kau di sini. Walaupun kau benci aku setiap hari.”

Dia tunduk, dan dahinya menyentuh dahi Sabrina. Tidak cium. Tidak paksa. Cuma dahi ke dahi, nafas ke nafas. Intim yang lebih menakutkan daripada ranjang.

“Aku terima syarat kau,” kata Zalganor.

“Aku tidak akan sentuh kau. Aku tidak akan sentuh mereka. Selagi kau di sini, dengan aku, dengan rela.”

Sabrina memejam mata. Dahi Zalganor sejuk, tetapi nafasnya panas. Dan buat pertama kali, dia rasa lelaki ini bukan iblis. Dia lelaki yang rosak, yang menyayangi dengan cara yang rosak.

“Awak janji?” bisik Sabrina.

“Aku bersumpah atas parut yang kau bagi,” balas Zalganor.

Dia berundur, dan dia berjalan ke arah katil. Dia tidak pandang Sabrina lagi. Dia cuma duduk di birai katil, membelakangi Sabrina, dan dia buka satu lagi butang bajunya.

“Katil ini milik kau,” katanya tanpa menoleh.

“Aku ambil lantai. Itu juga syarat aku. Aku tidur di bilik yang sama. Sebab kalau kau mimpi buruk, aku nak ada di situ.”

Sabrina berdiri di situ dengan mutiara masih di dalam kotak, dengan rasa dahi Zalganor masih di dahinya. Dia menang. Dia letak syarat, dan Raja Dosa tunduk.

Dia berjalan ke sofa, tetapi dia tidak duduk. Dia ambil selimut, dan dia campak ke arah katil. Ia jatuh di kaki Zalganor.

“Sejuk,” kata Sabrina perlahan.

“Kalau kau demam, siapa nak uruskan kawan-kawan aku?”

Zalganor berpaling, terkejut. Sabrina tidak memandangnya. Dia sudah memandang ke tingkap. Tetapi Zalganor faham. Sabrina bukan menyerah. Dia cuma memilih untuk meletakkan senjata buat sementara waktu.

Dan buat pertama kali dalam lima tahun, Zalganor Knight tidur dengan nyenyak. Kerana perempuan yang dia kurung, baru sahaja mengurungnya kembali.

Dengan sentuhan di belakang, dan syarat yang dia tidak sangka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience