Series
1084
“Awak sakit.”
"Aku sakit sebab kau.”
Jari jemarinya naik ke rahang Sabrina, bukan tampar tapi usapan perlahan yang menuntut, yang merayap ibarat tangan seorang suami yang akhirnya dapat balik isterinya yang lari lima tahun, seorang isteri yang dia dah cop nama, dah merantai di dalam dadanya, dan dia sanggup bunuh dunia kalau ada jantan lain berani pandang isterinya walaupun sebelah mata.
“Lima tahun aku tahan. Kau balas dengan bagi lelaki lain tidur atas sofa kau. Kau balas dengan lari.”
“Awak nak apa?”
Nafasnya panas melekap di pipi Sabrina tanpa sentuhan di bibir, cuma dibiarkan berlegar di situ seperti asap candu yang dia sengaja lepas untuk cop wilayahnya, untuk pastikan tiap liang roma Sabrina sedut masuk namanya dan faham yang tempat ini, muka ini, perempuan ini, takkan ada lelaki lain berani pandang lagi.
“Aku nak kau kahwin dengan aku. Hari ini. Sekarang. Sebelum matahari terbenam.”
Marie meraung dari belakang.
“Kau gila?!”
Zalganor tak berkelip.
“Supaya aku tak perlu bunuh orang lagi. Supaya Greg terus jadi doktor. Supaya Marie buka tiga cawangan esok. Supaya Daniel anak Lauren naik pangkat, bukan hilang kerja. Satu tandatangan kau. Semua orang selamat.”
Dia melepaskan rahang Sabrina untuk tunduk menikmati pipi itu, tak cium tetapi menanda wilayah, lima tahun tiga bulan empat hari dia simpan dan dilepaskan dalam satu sentuhan sampaikan lutut Sabrina rebah kerana kulitnya tak pernah lupa siapa pemiliknya siapa.
“Kalau aku tak nak?”
Telefon dipusing skrin dan dihalakan ke muka Sabrina. Daniel jalan ke kereta kereta hitam meluru skrin gelap sebelum rempuh. Lauren melutut tersedu kerana dia faham siapa yang pegang nyawa anaknya sekarang.
“Dia tak mati,” kata Zalganor.
“Belum. Pukul 11 pagi ni, kalau nama kau tak ada sebelah nama aku, video tu ada sambungan.”
“Zalganor. Tolong.” Nama itu terasa seperti kaca pecah di dalam mulut.
Jari lelaki itu merayap ke telinga kosong Sabrina sampaikan kulit itu terasa seperti dibakar.
“Kahwin dengan aku, pakai mutiara tu malam ni, semua orang selamat,” bibir dia singgah lagi di pipi Sabrina.
“Jadi isteri aku, Sabrina, dan aku akan jadi syaitan atau Tuhan janji kau hidup sebab kau hak aku.”
Marie diseret keluar.
“Pampasan tak boleh beli maruah! Rina, jangan!”
Pintu ditutup kuat.
“Di mana?” Suara Sabrina tanpa roh di dalamnya.
“Kereta di luar. Pejabat pendaftaran lima minit. Kita sempat.” Zalganor tersenyum lega, senyumannya terpalit satu misteri.
Dia menghulurkan tangan. Tetapi Sabrina tidak menyambut tapak tangan lebar itu. Sebelum masuk, dia pandang Lauren.
“Beritahu Daniel… dia akan dapat kerja balik esok.” Kemudian dia masuk ke dalam kereta.
Dalam kereta tangan Zalganor terus mencari tangan Sabrina. Sabrina mengelak tetapi lelaki itu menggenggam balik, dan ianya tidak sakit. Cuma cukup kuat untuk memberiahu bahawa yang tangan itu sudah menjadi hak miliknya dan dia takkan lepas lagi.
“Jangan,” bisik Sabrina.
“Aku takkan lepaskan kau lagi. Sejam lagi kau milik aku, Sabrina. Secara sah. Jadi biasakan.”
Depan pejabat pendaftaran dia menghulurkan tangan lagi dan kali ni Sabrina sambut. Bukan rela tetapi perlu dan terpaksa sebab nyawa orang lain dalam genggaman dia. Semasa berjalan masuk dia tunduk mengucup pipi yang sama untuk kali ketiga.
“Mulai hari ini,” bisik dia, “...kau Sabrina Knight.”
Share this novel