Series
1084
Hanya kerana menyelamatkan lelaki yang digeruni semua orang, Sabrina Dela Cruz terpaksa hidup dengan satu dosa yang tidak pernah dia minta. Lima tahun lalu, dia menarik Zalganor Knight keluar dari kereta yang terbakar. Semua orang menganggap dia penyelamat. Tetapi Sabrina tahu kebenarannya. Dia bukan menyelamatkan seorang lelaki. Dia menghidupkan semula seseorang yang sepatutnya mati. Kini, Zalganor kembali dengan satu kepercayaan yang tidak pernah berubah, nyawanya adalah milik Sabrina. Dengan parut di dadanya sebagai tanda malam yang mengikat mereka, Zalganor bukan lagi lelaki yang pernah diselamatkan Sabrina. Dia adalah dosa yang datang menuntut kembali sesuatu yang dia percaya sudah menjadi haknya. Dan Sabrina terpaksa berdepan satu persoalan yang selama ini dia cuba lupakan. Adakah dia benar-benar menyelamatkan Zalganor? Atau dia cuma membuka pintu untuk sesuatu yang sepatutnya dibiarkan mati?
Update 23 June 2026