BAB 5

Romance Completed 460

Walau langkah kakiku pantas meninggalkan Hakimi, namun aku masih sempat
lagi mendengar satu suara yang berkata-kata,

"Kenapa Hakimi? Alah, kau tak payah layanlah minah bajet bagus tu. Bunga
bukan sekuntum." Suara itu kudengari dari tempat tadi. Berkemungkinan
itu adalah suara rakan Hakimi. Pun begitu, tidak pula aku mendengar
suara dari Hakimi. Tanpa mempedulikan kata-kata itu, aku lantas
meneruskan langkahku.

Dan semenjak dari hari itu aku tidak lagi berbicara dengan Hakimi. Ada
juga beberapa kali aku terserempak dengannya, namun kami hanya mengambil
haluan masing-masing dan tidak lagi bertegur sapa.
*
**"Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,**dan mereka
pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan
kesabaran**"(ayat 3 Surah Al Asr),*

"Maafkan aku Hakimi. Aku bukan tidak mahu menerima cinta kau. Aku hanya
lebih cintakan Allah dan RasulNya..."

"Maafkan aku Hakimi. Aku bukan tidak mahu menjalin hubungan cinta dengan
kau. Tapi aku tidak mahu engkau lebih mencintai aku dari Allah dan
RasulNya..."

"Maafkan aku Hakimi. Aku bukan tidak mahu berkasih mesra dengan kau. Aku
hanya tidak mahu kau dan aku melanggar batas-batas yang Allah tetapkan."

"Namun, kalau kau tetap mahu memaksa nescaya akanku pilih Allah dan
RasulNya. Dan kalau kau memandang rendah akan pendirian yang diambilku
ini nescaya apalah dayaku melainkan hanya bersabar."

*"Demi Masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.**Kecuali
orang-orang yang beriman dan beramal soleh,**dan mereka pula
berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan
kesabaran**"(ayat Surah Al Asr),*

Sekian.... Tamat...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience