BAB 1

Romance Completed 460

"I Love...
I Love Y...
I Love Yo...
I Love You..
I Love Yougurt... Hehe.."

Itu pesanan ringkas yang aku terima dari Hakimi pada petang itu. Selalu
saja Hakimi mengajukku dengan pesanan-pesanan sebegitu sebelum ini.
Namun, aku hanya mengabaikan saja tanpa memperdulikan. Bagi aku bercinta
sebelum bernikah itu hanyalah merugikan sebagaimana ruginya para 'abid
yang banyak melakukan amal ibadah tetapi tidak pandai menjaga lidah.
Alangkah sia-sianya amalan seseorang yang tidak menahan lidahnya
daripada kehinaan.

Dalam satu riwayat diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada
Muaz r.a sambil memegang lidah, “Tahanlah ini!” Mu’adz berkata, “Apakah
kami akan diseksa kerana apa yang kami ucapkan, wahai Rasulullah?”
“Ibumu akan kehilangan dirimu wahai Muadz. Tidaklah wajah orang-orang
itu dilemparkan ke dalam api neraka melainkan kerana hasil perbuatan
lidah mereka.“(Riwayat Imam At Tirmidzi dan Imam Ahmad Rahimahumallah.
Berkata Imam At Tirmidzi: "Hadis Hasan Sahih").

Begitu juga dengan mereka yang asyik menjalin hubungan cinta sebelum
nikah. Untuk apa menjalin hubungan cinta sebelum nikah sedangkan jalinan
hubungan suami isteri yang sah itu merupakan rahmat dan satu kenikmatan
yang tiada taranya? Ketahuilah, sesungguhnya kemesraan yang terjalin
sesudah bernikah itu merupakan kenikmatan yang besar disamping pahala
yang bakal diperolehi. Lalu untuk apa menjalin kemesraan sebelum ada
ikatan yang sah yang jelas satu kerugian dan sudah pasti bakal
mengundang kemurkaan Allah pula?

*"Demi Masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian." (Ayat 1 & 2 Surah
Al Asr)*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience