BAB 3

Romance Completed 460

*Pada keesokan harinya.......

Matahari mula meninggi dan menampakkan sinarnya dari ufuk timur. Ayam
pula sudah mula berkokok memecah keheningan pada pagi itu. Warna langit
yang tadinya kekuningan sudah semakin cerah kebiru-biruan. Pada ketika
itu, aku masih lagi berada didalam rumah untuk memastikan semua
barang-barang milikku cukup untuk dibawa pulang ke kampus. Manakala ayah
dan ibu tetap sabar menanti aku diluar halaman rumah kami.

"Aisyah.... Aisyah..... Cepat enjin kereta ayah dah panas dah ni." Sahut
ibuku dari luar halaman rumah.

"Ye..... ye... Aisyah datang ibu." Teriakku pula. Sebaik sahaja
mendengar sahutan ibu aku langsung saja bergegas keluar dari rumah.

"Wah! Cantiknya anak ibu pagi ni." Ajuk ibuku.

"Alah, ada-ada jelah ibu ni." Pintasku lembut.

Pada pagi itu, aku mengenakan pakaian serba kemerah-merahan. Tudung
labuh bundarkoshibo warna merah jambu menjadi pilihanku ketika itu,
manakala baju yang dipakaiku pula adalah dari T-Shirt Muslimah Moden
berwarna merah dan bercorak bunga.

"Dah boleh berangkat sekarang ke?" Soal ayah kepadaku.

"Dah boleh, ayah." Ucapku pula.

Sejurus selepas itu, kami sekeluarga pun memulakan perjalanan ke kampus
iaitu tempat aku menuntut ilmu. Perjalanan kami mengambil masa lebih
kurang selama tiga jam. Sepanjang perjalanan tiga jam itu aku menikmati
pemandangan yang cukup indah yang dipenuhi dengan kehijauan alam
semulajadi ciptaan Tuhan Rabbul Aalamin. Keasyikan pemandangan alam
semulajadi ciptaan Tuhan itu sekaligus mengingatkan aku akan satu hadis
yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.anhumaa, bahawa Rasulullah saw bersabda:

Tafakkaru Fi Kholqillah Wala Tafakkaru Fi Dzatillah

"Berfikirlah akan perkara yang diciptakan Allah, dan janganlah berfikir
akan perkara DzatNya Allah"(Hadis berstatus hasan, disebut dalam Sahih
al Jami' oleh Syaikh Al Albani Rahimahullah no 2979)

Tujuan hadis ini diucapkan adalah bagi mengajak kita sekalian manusia
untuk lebih memikirkan akan apa-apa sahaja yang diciptakan Allah
berbanding sibuk memikirkan dzat Allah itu sendiri. Hal ini kerana
dengan memikirkan apa-apa yang diciptakan Allah itu akan membawa kita
lebih dekat kepada sang Pencipta selain menjadikan kita bertambah takjub
akan segala kebesaranNya. Adapun, seandainya kita lebih menyibukkan diri
memikirkan tentang dzat Allah maka hal yang demikian akan lebih membawa
kita kepada persoalan yang tidak berkesudahan. Dengan kata lain, dzat
Tuhan itu sulit untuk dijangkau dengan akal manusia yang terbatas.
Justeru, alam ciptaanNya inilah sebagai wakil untuk manusia agar terus
menerus merenung hakikat keberadaanNya. Berkata Al Imam Asy Syafie'
Rahimahullahu Taala:

"Jadikanlah makhluk itu sebagai bukti atas kekuasaan Allah, dan
janganlah kamu memaksa-maksa diri kamu untuk mengetahui hal-hal yang
tidak dapat dicapai oleh akalmu"

Tatkala aku asyik merenung dan menghayati alam semulajadi ciptaan Tuhan,
tiba-tiba sampai satu mesej dari Hakimi:

"Salam, Aisyah. Hari ni saya nak luahkan sesuatu pada awak. Dah lama
saya pendam, namun semakin lama saya pendam semakin membuatkan saya
resah. Saya tak mampu nak tahan lagi isi hati saya. Aisyah, saya
cintakan awak. Saya sangat berharap yang awak sudi menjadi kekasih hati
saya. Kita jumpa kat kolej nanti ye, saya nak tahu jawapan awak.- Hakimi."

Begitulah mesej yang aku terima dari Hakimi semasa perjalanan pulang ke
kampus. Pada ketika itu, hatiku seolah-olah bergetaran manakala dalam
benak fikiranku pula timbul pelbagai persoalan.

"Kenapa dia kata macam ni? Kenapa terlalu cepat dia meluahkan? Perlu ke
aku terima dia atau tak perlu? Kalau aku tak terima, apa yang akan jadi
pula?" Ini antara beberapa persoalan yang bermain dalam fikiranku.

Namun, setelah beberapa waktu aku memikirkan dan bermuhasabah, akhirnya
aku menemui jawapan. Bukan sahaja jawapan malah pendirian yang bakal aku
ambil juga. Dan aku mengharapkan pendirian yang aku ambil ini adalah
pendirian yang terbaik bukan sahaja untuk aku tetapi untuk Hakimi juga.
Tidak lama kemudian, kami pun sampai ke destinasi yang dituju iaitu
kampus tempatku menuntut ilmu. Sejurus tiba aku langsung saja turun dari
kenderaan dan mengambil barang-barang dari bonet kereta. Selepas itu,
aku terus mendapatkan ibu dan ayahku kembali untuk bersalaman dengan mereka.

"Maafkan ibu ye sayang tak dapat nak tunggu Aisyah lama-lama." Ujar ibu
kepadaku.

"Takpa, ibu. Aisyah pun ada banyak kerja yang nak diselesaikan."

"Jaga diri dan belajar rajin-rajin ye Aisyah." Ujar ayah pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience