BAB 4

Romance Completed 460

"Baiklah ayah."

"Vroommm....." Bunyi kereta ayah yang berlalu pergi meninggalkanku.

Sebaik sahaja mereka beredar meninggalkanku, tanpa berlengah aku
langsung saja pergi ke kawasan Wisma Pentadbiran untuk mendaftar bagi
semester yang baru. Aku pun berjalan perlahan-lahan menuju ke bangunan
wisma. Tiba-tiba datang seseorang menerpaku daripada belakang dengan
memanggil-manggil namaku:

"Aisyah... Aisyah... Tunggu saya Aisyah." Sergah Hakimi.

"Oh, Hakimi rupanya." Bicara hatiku.

"Aisyah, awak baca tak mesej yang saya bagi tu?" Tanya Hakimi. Namun,
aku hanya mendiamkan diri sambil menundukkan kepala.

"Macam mana? Saya nak tahu jawapan dari awak." Sambungnya lagi.

"Mungkin inilah masanya." Desis hatiku sekali lagi.

"Awak... Awak dengar tak?" Soal Hakimi.

"Awak, saya minta maaf. Tapi saya tak boleh terima cinta awak. Maaf
sangat-sangat. Assalamualaikum." Kataku sambil memulakan langkah untuk
sambung berjalan.

"Kejap... Kejap... Tapi kenapa? Apa kurangnya saya?" Kata Hakimi pula
sambil menghalang diriku yang mula mahu beredar dari situ. Aku mahu
segera pergi dari situ kerana tidak mahu membuat kekecohan di tempat
tersebut. Apatahlagi, ramai yang sedang memperhatikan tindak tanduk kami
berdua ketika itu.

"Awak takda kurang apa. Cuma saya tak boleh terima buat masa sekarang
ni. Maaf sekali lagi." Jelasku lagi.

"Kalau saya takda kekurangan apa-apa, kenapa awak susah nak terima? Atau
awak dah ada yang punya?" Katanya sinis.

"Memang!!" Kataku yang mula meninggikan suara sambil memandang tajam
kearah matanya.

"Huh, saya dah agak dah. So, siapa dia tu?" Tanya Hakimi sambil melipat
kedua tangannya didada.

"Memang! Memang saya dah berpunya! Saya punyanya Dia. Awak juga punyanya
Dia. Dia tu Allah!! Allah yang mempunyai kita berdua. Sedang syariatNya
lah sebagai penghalang dan batasan antara kita berdua. Saya cintakan
Allah, dan saya takut melanggar perintahNya yang menyuruh kita supaya
jangan mendekati zina. Saya takut hubungan kita bakal membawa kita dekat
kepada zina sekaligus menjauhkan kita dari Allah. Awak kena faham, ini
bukan masanya untuk bercinta. Sekarang ni masanya adalah untuk belajar
kerana Dia dan juga kerana ibu ayah kita. Kalau awak nak jugak cinta
dari saya, awak kena sabar. So, nanti-nanti saja kalau ada jodoh!!
InsyaAllah." Sebaik mengucapkan itu, aku langsung saja pergi
meninggalkan Hakimi yang masih lagi terpinga-pinga kehairanan.
Barangkali dia tidak menyangka akan jawapan yang aku berikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience