BAB 2

Romance Completed 460

Burung-burung kelihatan beterbangan kearah matahari yang semakin mahu
melabuhkan tirainya. Manakala, anak-anak kecil yang berkeliaran di
sekitar kawasan perumahan tempat tinggalku pula sedang beransur-ansur
pulang kerumah masing-masing. Memandangkan waktu maghrib bakal
menjelang, aku segera menggerakkan langkah untuk menutup kesemua jendela
yang terbuka. Sejurus menutup jendela, aku langsung saja bersiap-siap
untuk menunaikan solat Fardhu Maghrib secara berjamaah bersama keluarga.

Sememangnya sudah menjadi kelaziman kami sekeluarga untuk meluangkan
masa bersama-sama bagi menunaikan solat Fardhu Maghrib dan Isyak secara
berjamaah. Lagi pula pada waktu itu aku sedang cuti semester, sudah
pasti masa yang ada tidak harus dibazirkan begitu saja sebaliknya
perlulah diisi dengan sebaik mungkin bersama keluarga.

"Assalamualaikum Warahmatullah...." Lafaz yang diakhiri dengan salam
terakhir itu menunjukkan solat Isyak secara berjamaah selesai ditunaikan
oleh kami sekeluarga.

Seusai solat yang disusuli tasbih, tahmid, tahlil dan takbir serta doa
itu, kami sekeluarga lalu saling bersalaman antara satu sama lain.
Sebaik sahaja selesai bersalaman, tiba-tiba ayah memulakan bicara seraya
bertanya:

"Aisyah, esok ayah cuti. Jadi ayah ingat nak hantar Aisyah balik ke
kampus. Pukul berapa esok Aisyah nak balik?" Tanya ayah kepadaku.

"Tak tahu lagi ayah,maybe sebelah pagi kot." Balasku.

"Habistu, barang-barang Aisyah dah siap ke?" Tanya ayah lagi.

"Sudah ayah." Jawapku ringkas.

"Bagaimana dengan duit perbelanjaan Aisyah? Masih cukup ke? Kalau tak
cukup, ayah boleh tolong tambahkan."

"Takpa, ayah. Duit biasiswa masih ada lagi. Ayah tak payahlah
susah-susah ye." Kataku pada ayah sambil melipat telekung dan sejadah
yang telah digunakan.

"Kalau Aisyah dah kata macam tu takpelah. Tapi kalau ada masalah apa-apa
nanti jangan lupa telefon ayah ok." Kata ayah pula sambil tersenyum padaku.

"Yelah, ayah."

Selesai bicara itu, ayah lalu beredar menuju ke ruang tamu, sementara
aku pula bergerak menuju ke ampaian kecil yang berada disudut bilik
solat bagi meletakkan telekung dan sejadah yang dilipat tadi. Lalu aku
terus mengekori ayah dari belakang menuju ke meja yang berada diruang
tamu. Diatas meja tersebut terdapat komputer riba milikku, maka aku pun
mendekati komputer riba itu. Setelah itu, aku langsung saja membuka
komputer riba tersebut dan seterusnya melayariFac. Sebaik sahaja
log masuk akaunFac, aku lalu melihat terdapat sekurang-kurangnya
tiganotificationsdan satu pesanan diruangan peti masuk. Aku kemudian
klik pada ruanganinbox bagi melihat pesanan yang masuk.

Hakimi:

"Hai ukhti Aisyah, uhibbuki fillah. Hihi ^_^"

5 minutes ago.

Tatkala aku membaca mesej tersebut hatiku seolah bercampur baur.

"Eh, kenapa dengan dia ni? Mengarut saja." Desis hatiku kehairanan.

Selepas itu, aku lantas menaip mesej untuk dihantar kembali kepada Hakimi.

"Awak ni kenapa? Awakonlinewaktu macam ni, awak dah solat ke belum?
Saya dekat sini baru selesai solat berjamaah bersama keluarga, takkan
awak dekat sana dah balik dari solat Isyak dekat surau?"

"Isshhh, awak ni!! Banyak betul soalannya, mana satu yang saya nak
jawab?" Balas Hakimi seminit kemudian.

"Yang mana-mana ajelah!!" Balasku ringkas.

"Okay, sabar-sabar. Awak nirelakslah, janganlah salah sangka.
"Uhibukki fillah" tu saya maksudkan, saya sayang awak sebagai kawan
kerana DIA(Allah). Hehe." Balas Hakimi pula.

"Saya tak peduli. Awak masih tak jawab soalan saya, awak dah solat ke
belum?" Tanyaku lagi

"Oklah, saya belum solat. Saya tak solat berjamaah di surau tadi sebab
saya balik lewat dari kelas. So, tak sempat." Jelasnya.

"Ok, kalau macam tu pergi solat. Awak tahu kan tak boleh
melengah-lengahkan solat, dalam surah al maun ayat 4-5 dijelaskan,
"kecelakaanlah bagi mereka yang lalai dalam sembahyang." Saad Bin Abi
Waqqas r.a pernah bertanyakan kepada Rasulullah tentang maksud "orang
lalai dalam sembahyang." Baginda saw menyatakan bahawa yang dimaksudkan
itu ialah mereka yang melambat-lambatkan sembahyang daripada waktunya."
Jelasku pula.

"Ok, baiklah ustazah!! Cepat balik ye ustazah, saya rindu dekat awak ni.
Hehe. Assalamualaikum." Balas Hakimi lagi disamping meletakkan
simbolsmiley.

"Waalaikumusalam." Jawapku ringkas.

*"Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,**dan mereka
pula berpesan-pesan dengan kebenaran..**..."(ayat 3 Surah Al Asr)*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience