Putera Kembar Diraja

Fantasy Series 3790

Tanpa sedar,400 tahun telah pun berlalu.Kerajaan Langit masih lagi teguh berdiri setelah diserang oleh bala tentera Demon suatu ketika dahulu.Kisah duka penuh lara pembuangan putera dan puteri sulung Kerajaan Langit itu tetap kekal sebagai rahsia terbesar yang disimpan oleh penduduk langit dengan ketat demi melindungi nyawa kembar diraja tersebut daripada sampai ke pengetahuan Pemerintah Kerajaan Dunia Kegelapan.Para Angel meneruskan kehidupan mereka tanpa sesekali mengungkit tentang peristiwa hitam tersebut.Mereka beterbangan bebas dilangit sambil memerhatikan urusan dunia penduduk bumi.

Di Elcrys,suasana agak kecoh dengan adegan kejar mengejar daripada dua orang putera kembar yang kini semakin meningkat remaja.Mereka mengepakkan sayap putih mereka selaju yang mungkin sambil bertelagah.

"Riel..!Berhentiii..!!Abang tak habis cakap lagi!"Seorang daripada putera tersebut menjerit sambil mengejar adiknya.Dia pantas mengelak daripada terlanggar tiang apabila kembarnya itu tiba-tiba sahaja meluncur tinggi keatas altar.

"Hahaha!!Riel taknak.Riel nak khabarkan berita nie kepada Bonda dan Ayahanda.Mesti mereka gembira mendengarnya!"Putera itu mentertawakan abang kembarnya.Apa yang dia tahu sekarang ini hanya untuk bertemu dengan Bonda dan Ayahandanya secepat yang mungkin.

"Kalau Riel bagitau,abang pecahkan rahsia Riel di depan Bonda nanti!"Putera itu memberikan amaran pada adiknya.

"Kalau abang berani beritahulah pada Bonda.Riel tak heran!Hahaha!"Tanpa mempedulikan amaran daripada abangnya,dia dengan pantas meluncur menuju ke singgahsana agung kerajaannya dimana Bonda dan Ayahandanya itu berada.

Kedua-dua putera itu memasuki gerbang yang menempatkan kedua-dua pemerintah langit itu bersemayam.Hampir kesemua pengawal diraja yang berkawal disitu tercampak akibat libasan angin kuat daripada dua pasang sayap gagah putera kembar tersebut.

"Bonda!Ayahanda!Riel ada berita gembira nak beritahu!Pasal abang Ariel!"Putera tersebut melaung dengan agak kuat ketika dia memasuki gerbang tersebut.

"Riel!Abang tumbuk muka kau nanti kalau kau berani bukak mulut!"Dia memberi amaran kepada adik kembarnya itu.

Raja Luqman dan Permaisuri Layla terus terbangun dari singgahsana mereka sebaik sahaja kedua-dua putera kembar itu masuk kesitu dalam keadaan yang mengejut.Tambahan pula mereka seperti tengah bertekak.Kedua pasangan diraja itu menggelengkan kepala melihat telatah putera kembar mereka.

"Putera Iman Ariel!Putera Iman Airiel!Kenapa dengan anakanda berdua nie?Tak habis-habis asyik nak bergaduh aje sesama sendiri!"Raja Luqman menegur kedua-dua puteranya itu.

Sebaik sahaja tiba dihadapan dua pemerintah itu,mereka mendarat lalu merafak sembah pada bonda dan ayahanda mereka tanda hormat.Raja Luqman menggelengkan kepala.'Haisy,budak-budak nie!Dah semakin membesar pun masih lagi terserlah sifat keanak-anakan mereka.'Desis hati Raja Luqman.

Kedua-dua putera itu hanya tersengih mendengar teguran daripada ayahanda mereka.Permaisuri Layla bangun dari singgahsananya lalu menghampiri kearah putera kembarnya.

"Khabarkan kepada Bonda,apa yang menyebabkan anakanda Bonda ni bertelagah sesama sendiri?"Soal Permaisuri Layla sambil mengusap manja kepala kedua puteranya itu.

"Riel ni haa Bonda!Mulut dia macam tempayan!Tak boleh nak simpan rahsia langsung!"Putera Iman Ariel bersuara dengan agak keras sambil memandang kearah kembarnya dengan pandangan yang cukup tajam.

"Eihh,biarlah..Riel cuma nak kongsikan berita gembira pasal abang aje pada Bonda.Takkan tu pun salah?"Balas Putera Iman Airiel sambil tersengih kearah abangnya.

Putera Iman Ariel semakin bengang mendengar bicara daripada adiknya.Takkan benda seperti itu pun sudah nak dihebohnya dihadapan Ayahanda dan juga Bondanya.Simpan la kejap rahsia terbesarnya itu buat seketika.

"Berita gembira apa pula ni,Riel?"Soal Raja Luqman.Gelagat kedua-dua puteranya itu menarik minat ingin tahunya.

"Yela,Bonda juga tertanya-tanya.Cuba beritahu betul-betul supaya Bonda dan Ayahanda faham."Kata Permaisuri Layla.Hairan dengan sikap puteranya itu.

"Abang kan......."Belum sempat untuk Putera Iman Airiel meneruskan ayatnya,mulutnya segera ditutup oleh Putera Iman Ariel dengan pantas.Jika dibiarkan,rahsianya pasti terbongkar didepan Bonda dan Ayahandanya.

Putera Iman Airiel menepis tangan abangnya dari terus menghalangnya daripada meneruskan kata-katanya.Setelah berhasil melepaskan dirinya daripada dihalang oleh Putera Iman Ariel,dia segera meneruskan ayatnya yang tergantung tadi.

"Abang Ariel bercinta dengan Kak Carlissa!"Ucap Putera Iman Airiel dengan pantas dan jelas sebelum abang kembarnya itu menghalangnya sekali lagi.

Berderau darah Putera Iman Ariel sebaik sahaja rahsianya dipecahkan dihadapan Bonda dan Ayahandanya itu.Seakan degupan jantung didalam tubuhnya bagaikan terhenti.Lidahnya kelu tanpa ada bicara yang mampu untuk diucap.Matanya merenung tepat kearah adiknya yang sedang tersengih-sengih kemenangan.

Wajah kedua pemerintah itu nyata sekali terkejut sebaik sahaja mendengar perkhabaran itu sebentar tadi.Putera mereka sudah mulai bercinta?Bagaimana mereka tidak pernah mengetahuinya?Raja Luqman dan Permaisuri Layla berpandangan sesama sendiri.Bagaikan tidak percaya dengan berita yang disampaikan oleh putera bongsu mereka itu.

"Ariel dah mula bercinta?"Permaisuri Layla menyoal puteranya.Baginda menginginkan sebuah kepastian dan jawapan daripada mulut Putera Iman Ariel sendiri.Wajah puteranya itu ditatap penuh kasih.

Putera Iman Ariel menundukkan wajahnya.Takut jika percintaanya dengan Angelic yang bernama Carlissa itu menimbulkan kemurkaan Ayahanda dan Bondanya.

Permaisuri Layla menghampiri Putera Iman Ariel dan menyentuh lembut tangan puteranya.Putera itu mengangkat wajah dan menatap wajah Bonda yang dikasihi.

"Katakan pada Bonda Ariel,benarkah apa yang dikhabarkan oleh anakanda Airiel sebentar tadi?"Permaisuri Layla menyoal.

"Ya.Airiel ber..cakap be..benar."

Dengan gugupnya Putera Iman Ariel menjawab pertanyaan Bondanya.

"Carlissa yang dimaksudkan oleh Airiel itu adakah anak kepada Menteri Abdullah,iaitu menteri pertahanan kerajaan kita?"Soal Raja Luqman menginginkan kepastian daripada puteranya.

"Benar Ayahanda.Maafkan anakanda sekiranya menimbulkan kemurkaan Paduka berdua."Riak wajahnya nyata sekali ketakutan.

Sebaik sahaja mendengar jawapan daripada Putera Iman Ariel,Permaisuri Layla tersenyum sambil memandang kearah Raja Luqman.Terselit kegembiraan yang tidak terluah sama sekali untuk digambarkannya saat ini.Raja Luqman juga kelihatannya seperti berpuas hati dan pantas merapati kearah Permaisuri Layla dan Putera Iman Ariel.

"Ternyata perancangan yang kita rancangkan selama ini telah dipercepatkan dengan sendirinya,Dinda.Putera kita telah memulakan langkahnya sendiri tanpa perlukan bantuan daripada kita."Ucap Raja Luqman disertai dengan senyuman.

"Benar Kanda,Dinda juga tidak menyangka secepat ini perancangan kita berdua dipermudahkan.Dinda gembira sekali mendengarnya."Balas Permaisuri Layla sambil memeluk Raja Luqman dengan linangan airmata kegembiraan.

Putera Iman Ariel dan Putera Iman Airiel hanya tercengang menyaksikan situasi yang nyata sekali gagal untuk mereka berdua fahami ketika ini.Mereka berpandangan sesama sendiri.Kebingungan.Perancangan apakah yang dimaksudkan oleh Paduka Ayahanda dan Bondanya?

"Bonda,maafkan anakanda sekiranya anakanda bertanya.Bonda tidak marah jika anakanda bercinta?Dan perancangan apakah yang dimaksudkan oleh Bonda dan juga Ayahanda?"Soal Putera Iman Ariel.

Raja Luqman dan Permaisuri Layla hanya tersenyum mendengar pertanyaan daripada puteranya itu.

"Tidak,anakanda.Kami tidak marah malah tidak terlintas langsung untuk menghalang percintaan Ariel dan Carlissa.Malah itu sememangnya telah menjadi perancangan awal Bonda dan juga Ayahanda untuk menjodohkan Ariel dengan Carlissa."Balas Permaisuri Layla sambil tersenyum.

"Ayahanda cuma tidak menjangka bahawa secepat ini perancangan kami bakal menjadi kenyataan kerana Ariel telah memulakan langkah dahulu lebih cepat daripada Ayahanda."Kata Raja Luqman sambil menepuk bahu putera yang dikasihinya itu.

"Namun,Ayahanda ingin bertanya kepada anakanda tentang satu perkara.Ikhlaskah anakanda mencintai Carlissa?"Soal Raja Luqman sambil merenung tepat kedalam anak mata unggu puteranya.

"Ya,Ayahanda.Anakanda terlalu mencintai dan mengasihi Carlissa sepenuh hati anakanda.Bagi anakanda,Carlissa adalah Angelic yang terhebat kerana kesantunannya ketika berbicara,ketangkasannya dalam bermain senjata dan bijak menjaga maruah diri."Jujur Putera Iman Ariel menyuarakan rasa hatinya disaat itu.

Tersenyum Raja Luqman mendengarnya.

"Baguslah jika begitu.Namun hal ini masih lagi belum selesai kerana Ayahanda perlu meminta keizinan dan jawapan daripada Menteri Abdullah untuk menyunting Carlissa buat anakanda.Menteri Abdullah,bagaimanakah dengan pendapat menteri tentang hubungan anakanda kita berdua?"Soal Raja Luqman.

Terangkat wajah Putera Iman Ariel sebaik sahaja mendengar pertanyaan itu.Pantas matanya mengitari keadaan sekeliling didalam balairung seri itu.'Oh,tidakkkkkkkk..!!!Kenapa aku boleh tak perasan yang ketika ini balairung seri dipenuhi oleh semua pembesar Elcrys??!!Malunyaaaaaa..!!'Jerit Putera Iman Ariel didalam hati.Malunya tidak dapat digambarkan apatah lagi Menteri Abdullah juga turut berada disitu.Mukanya merah menahan malu kerana telah meluahkan isi hatinya dihadapan semua yang berada disitu.

Menteri Abdullah bangun lalu merafak sembah pada baginda Raja Luqman.

"Ampunkan patik tuanku.Jika itu yang telah dirancang dan diperkenankan oleh tuanku berdua,patik hanya menurut dan bersetuju untuk kebahagiaan Putera Iman Ariel bersama anak patik,Carlissa.Maafkan patik juga kerana tidak pernah mengetahui tentang percintaan mereka berdua selama ini,tuanku."Menteri Abdullah menyusun kata dengan penuh tertib dihadapan pemerintahnya itu.

"Tak mengapa,Menteri.Beta yang sepatutnya memohon maaf diatas keterlanjuran putera beta mencintai puteri Menteri.Beta gembira diatas persetujuan yang telah diberikan Menteri sebentar tadi."Kata Raja Luqman.

"Jika begitu,eloklah kiranya kita tunangkan anakanda kita berdua dalam tempoh 400 tahun.Genap umur mereka 800 tahun,kita terus langsungkan majlis perkahwinan Diraja di Elcrys.Bagaimana pendapat Menteri tentang usul yang beta kemukakan ini?"Soal baginda terhadap menteri yang telah banyak berjasa terhadap pertahanan dan keselamatan kerajaannya itu.

"Apa yang dirasakan baik bagi tuanku,maka baik jugalah bagi patik.Ingin patik katakan bahawa Carlissa juga mempunyai banyak kekurangan didalam dirinya.Patik berharap tuanku Putera Iman Ariel dapat menyempurnakan segala kekurangan didalam diri Carlissa."Balas Menteri Abdullah.

"Beta yakin anakanda beta,Putera Iman Ariel dan juga Carlissa akan saling melengkapi dan menyempurnai setiap kekurangan mereka berdua nanti.Genap 7 purnama ini,kita langsungkan pertunangan mereka."Titah Raja Luqman.Baginda terlalu gembira untuk menyambut kehadiran menantu sulung didalam keluarganya.Permaisuri Layla memeluk suaminya.Berkongsi kegembiraan yang turut sama dirasainya.

"Titah dijunjung,tuanku."Ucap Menteri Abdullah.

Putera Iman Airiel menepuk bahu abang kembarnya sambil tersengih lalu memeluk Putera Iman Ariel.Gembira dengan berita pertunangan abangnya itu yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

"Tahniah,abang.Riel tumpang gembira dengan pertunangan abang dan kak Carlissa.Beruntung abang dapat memiliki Angelic sesempurna kak Carlissa."Ucap Putera Iman Airiel ketika memeluk abangnya.

"Terima kasih,Riel.Tak sangka hubungan abang direstui oleh Ayahanda dan Bonda.Riel pun apa kurangnya,dimiliki oleh Angelic sejelita Arianna.Riel ingat abang tak tahu ke yang Riel tengah hangat bercinta dengan anak Perdana Menteri Ahmad."Balas Putera Iman Ariel terhadap adiknya itu.

"Haha..Laa,ingatkan abang tak tahu.Jadi inilah rupanya rahsia yang abang nak pecahkan sangat pada Bonda dan Ayahanda tadi."Putera Iman Airiel ketawa mendengar bicara dari abangnya.

"Riel nak ke abang pecahkan rahsia Riel seperti yang Riel buat kat abang tadi?"Soal Putera Iman Ariel.

"Rasanya tak perlu lagi.Sebab Riel baru saja dalam proses cuba memikat Arianna.Abang pun tahu kan Arianna macam mana?"Balas Putera Iman Airiel.

"Mestilah abang tahu.Berusahalah Riel.Jika perlukan bantuan daripada abang dan kak Carlissa,beritahu ya."Putera Iman Ariel menepuk bahu adik kembarnya itu sambil tersenyum.

"Terima kasih atas sokongan abang.Riel sayang abang."Dia tersenyum.Wajah jelita Arianna terlayar dipandangan mata unggu miliknya.Hanya Arianna yang menjadi pujaannya disaat ini.Satu-satunya Angelic yang bisa membawa cinta dan kebahagiaan didalam hidupnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience