Kerajaan Langit

Fantasy Series 3790

Langit yang membiru kelihatan begitu cerah sekali.Awan putih yang gebu berarak bebas memayungi alam semesta.Nun dikejauhan diatas sana,berdiri megahnya Kerajaan Langit yang tak terlihat oleh pandangan mata manusia biasa.Kerajaan yang dihuni oleh para bidadari dan bidadara dunia.Makhluk suci yang tidak terucap keindahan rupa mereka.Bersayap putih yang tidak ternoda oleh sebarang dosa,mereka tidak pernah turun kebumi apatah lagi untuk menjejakkan kaki disana.Manusia menggelar mereka sebagai Angel (bidadara) dan Angelic (bidadari) didalam mitos kuno mereka dan mempercayai tentang kewujudan makhluk suci ini.

Dipuncak tertinggi kerajaan ini,terletaknya istana dan mahligai pemerintah kerajaan langit iaitu Elcrys.Kesemua keturunan diraja tinggal di Elcrys.Disaat ini,kesemua Angel dan Angelic datang ke istana untuk memeriahkan majlis kesyukuran kerana keluarga diraja itu bakal menyambut kelahiran putera dan puteri mereka tidak lama lagi.Suasana di Elcrys begitu meriah sekali dengan tebaran dari sayap-sayap para Angel dan Angelic.

Kesemua keluarga diraja itu berada diatas altar.Raja Luqman bersama dengan Permaisuri Layla duduk diatas singgahsana mereka yang diperbuat daripada emas dan bertatahkan batu permata yang indah.Kandungan Permaisuri Layla sudah berusia 9 bulan dan hanya menunggu hari sahaja untuk melahirkan putera dan puteri kembarnya itu.

Raja Luqman bangkit dari singgahsananya.Dia memandang kearah sekalian rakyatnya yang memenuhi perkarangan istananya itu.Kesemua Angel dan Angelic tunduk merafak sembah terhadap raja mereka.Raja Luqman tersenyum.Memiliki kerajaan yang hebat dan rakyat yang baik merupakan satu anugerah buat dirinya.

"Bangunlah wahai sekalian rakyat beta.Sesungguhnya hari ini merupakan hari yang cukup bahagia buat beta dan keluarga beta.Tidak lama lagi akan lahirnya putera dan puteri yang akan menyinari kerajaan beta."Raja Luqman berucap dihadapan rakyatnya.

"Sudah sekian lamanya beta dan tuanku permaisuri menantikan kehadiran zuriat ini.Akhirnya,penantian kami telah berakhir.Legasi pemerintahan beta akan diteruskan oleh putera dan puteri beta dimasa akan datang."Wajah Raja Luqman bercahaya.Betapa dia begitu gembira sekali untuk menyambut kelahiran anak-anaknya itu.

Raja Luqman menghampiri kearah Permaisuri Layla yang berada diatas singgahsananya.Dia mengenggam erat tangan permaisurinya itu.Sebelah tangannya lagi mengusap lembut perut permaisurinya yang memboyot dengan kandungan.

"Beta berharap,putera dan puteri beta ini menjadi anak-anak yang baik,bakal pemerintah yang adil dan menyayangi rakyat.Moga kerajaan kita menjadi aman dan makmur dibawah pemerintahan mereka nanti.Beta pinta kepada sekalian rakyat,bantu dan bimbinglah anakanda beta untuk menjadi pemerintah yang berjiwa rakyat.Pemerintah yang mengerti tentang nilai kasih sayang.Sesungguhnya kamu semua adalah rakyat kesayangan beta.Harta beta yang terlalu bernilai."Ucap Raja Luqman.Permaisuri Layla tersenyum sambil tangannya juga turut mengusap lembut perutnya.Tidak sabar untuk menyambut kelahiran putera dan puterinya itu.

Kesemua rakyat kerajaan langit bersorak gembira.Mereka juga tidak sabar untuk menyambut kelahiran sulung putera dan puteri kerajaan mereka itu.Titah dari pemerintah mereka itu dijunjung dengan penuh hormat.Mereka akan mengasihi dan berusaha untuk menjadi rakyat yang baik buat bakal pemerintah mereka itu nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience