Polaris

Fantasy Series 3790

Beberapa ekor pari-pari Sylphy sedang gembira bermain dikawasan tasik Cresent.Mereka beterbangan di atas pokok-pokok teratai sambil menaburkan fairy dust keatas bunga teratai yang terdapat ditasik itu.Ajaibnya bunga teratai tersebut terapung diudara lalu mengeluarkan sinar cahaya yang cukup indah.

Pari-pari sylphy itu terbang dengan riang lalu menghadiahkan sekuntum teratai yang indah mekar kepada seorang budak perempuan yang berusia 7 tahun ditepi pinggir tasik tersebut.Budak perempuan itu begitu gembira sekali ketika menerima pemberian dari pari-pari sylphy itu.Dia menari-nari dengan memegang bunga teratai itu sambil melompat keatas daun-daun teratai yang besar ditengah-tengah tasik.Senyuman budak perempuan itu begitu comel.

Beberapa ekor ikan duyung muncul dari dalam tasik tersebut lalu mengelilinginya.Duyung-duyung itu menyanyikan untuknya melodi-melodi yang cukup indah.Dia tertawa riang dikelilingi oleh makhluk-makhluk mistik tersebut.Seekor daripada duyung itu telah membawanya ke tebing tasik semula.Dia menghadiahkan satu pelukan kepada duyung itu.

"Pari-pari sylphy,tahukah kamu kemanakah abang beta pergi?Seharian beta tidak bertemu dengannya."Budak perempuan itu bertanya kepada makhluk mistik itu.

"Ampunkan patik tuanku puteri.Patik tidak mengetahui keberadaan tuanku putera saat ini.Baginda telah keluar dari istana sebelum matahari terbit lagi."Pari-pari sylphy itu bersuara.

Budak perempuan itu hanya termenung sambil memikirkan sesuatu.Beberapa ketika,dia tersenyum.'Aku rasa aku tahu dimana abang berada disaat ini.'

"Pari-pari sylphy,terbangkan beta ke puncak gunung Strauss.Beta pasti abang beta berada disana."Titah budak perempuan itu.

"Menjunjung perintah tuanku."Serentak itu,kesemua pari-pari sylphy menggunakan kuasa mereka untuk menerbangkan puteri kecil itu ke puncak pergunungan Strauss sepantas angin.

Dari kejauhan puteri kecil itu dapat melihat abangnya yang tekun berlatih pedang dan menguasai kuasa magis daripada bayang-bayang Kota Nil (kosong).Dia tersenyum lalu dia terjun dari sfera kuasa pari-pari sylphy dan menjunam dengan laju menuju kearah abangnya.Kehadiran puteri itu telah dapat dikesan oleh putera itu.Dia segera menghayunkan tangannya untuk mencipta magis angin dan menolak tubuh adiknya dan pari-pari sylphy dari menghampirinya.Terpelanting mereka akibat pukulan dari angin kencang yang dihasilkan oleh putera itu.

"Aduhh..Sakitnya!"Puteri kecil itu mengaduh kesakitan apabila dia tercampak disebatang pokok kayu sehingga pokok itu patah.Dia mengosok-gosok pinggangnya yang agak sakit itu.Manakala pari-pari sylphy telah tercampak entah kemana disebabkan tubuh pari-pari itu yang kecil seperti ibu jari.

"Lia!Dah berapa kali abang cakap jangan hampiri abang seperti itu.Kenapa Lia degil sangat nie?"Soal putera itu dengan tegas terhadap adiknya.Dia hanya menggelengkan kepalanya melihat adik perempuannya itu kesakitan.

"Lia rindukan abang.Lia cari abang tapi tak jumpa pun kat istana.Sebab tu Lia datang kesini.Abang tak sayangkan Lia ke?Abang selalu tinggalkan Lia sorang-sorang."Puteri kecil itu bertanya dengan linangan airmata.Abangnya itu sentiasa cuba mengelak daripada selalu bertemu dengannya.Apatah lagi untuk mereka berdua berada dalam jarak yang berdekatan.

Putera itu hanya mengeluh.Sikap adiknya yang manja itu hanya akan menyakiti hati dan perasaannya.Bukan dia tidak menyayangi adiknya itu,tetapi dia terpaksa.Demi keselamatan adiknya dan juga makhluk lain yang berada disekelilingnya.Dia perlu menimbangkan harga sebuah nyawa didalam setiap hembusan nafasnya.

"Lia..Jangan cakap macam tu,sayang.Abang sayangkan Lia.Terlalu sayang hinggakan abang tidak sanggup untuk melihat Lia terseksa dalam kesakitan.Lia pun tahu kan akibatnya jikalau abang mungkin terlupa untuk menilai sebuah nyawa nanti....."Kata-kata putera itu terhenti setakat itu.Ada air jernih yang bertakung ditubir matanya.

Tanpa mempedulikan kata-kata daripada abangnya,puteri kecil itu berlari lalu memeluk erat tubuh abang kembarnya itu.Dia tahu apa yang dimaksudkan oleh abangnya.Dia tahu risiko buat dirinya jika dia berdegil seperti itu.Tak semena-mena puteri kecil itu menjerit kesakitan.Tubuhnya yang putih itu diselaputi oleh urat-urat hitam yang menjalar disaat dia memeluk abangnya.Pun begitu,sang puteri masih lagi mengemaskan pelukannya.

Putera Iman Adam begitu terkejut sekali dengan tindakan adik kembarnya itu.Dia cuba meleraikan pelukan tersebut namun gagal.Airmatanya menitis melihat kesengsaraan yang dialami oleh adiknya.

"Lia!Hentikan semua nie!Abang rayu,jangan buat abang terlupa tentang nilai sebuah nyawa!Abang sayangkan Lia!Abang janji takkan tinggalkan Lia sorang-sorang lagi dekat istana.Tolong sayang."Bergetar nada suara putera itu disaat memohon agar kembarnya itu meleraikan pelukan mereka.Dia menyayangi adiknya dengan sepenuh hatinya.Namun,sumpahan yang dikenakan keatas dirinya itulah yang menyebabkan dia menjauhkan diri daripada semua makhluk mistik didunia Polaris.

Sumpahan Putera Iman Adam ialah dia tidak boleh dihampiri oleh mana-mana makhluk yang bernyawa.Setiap benda yang disentuhnya pasti akan mereput lalu menjadi debu.Jika dia terlupa tentang nilai sebuah nyawa,seluruh kawasan disekitarnya akan mulai mati termasuklah mana-mana makhluk mahupun pokok yang berada disitu.Disebabkan itulah dia tidak mahu Puteri Emerald Amelia Asmara berada begitu hampir dengannya.Nyawa adiknya itu terlalu bernilai dan dia tidak mahu sesekali terlupa nilai tentangnya.

Puteri kecil itu meleraikan pelukannya.Urat-urat hitam beracun itu telah menjalar ke segenap tubuhnya.Putera itu dengan pantas menolak kembarnya supaya jarak mereka jauh terpisah.Sebaik sahaja Amelia berada berjauhan dari Adam,tubuhnya kembali pulih dan urat beracun itu serta merta hilang.Menitis airmatanya disaat memandang kearah abang kembarnya.

"Maafkan abang telah melukakan hati Lia selama nie.Abang terpaksa.Demi nyawa insan yang abang kasihi."Putera Iman Adam bersuara.Wajahnya ditundukkan dari menatap sepasang mata biru milik adiknya.Dia tak sanggup menatap mata itu yang sentiasa terpancar sinar ketabahan dan kasih sayang terhadap dirinya.Namun,daripada sinar sepasang mata biru itulah yang memberinya kekuatan dan ketabahannya dalam meneruskan hidup bersama-sama dengan adiknya itu.

"Abang..berjanjilah dengan Lia yang abang akan selalu berada disisi Lia.Tak banyak yang Lia pinta,cuma kasih sayang dari abang yang Lia inginkan."Puteri Emerald Amelia Asmara menangis sambil memeluk lututnya.Dia terlalu kesunyian meskipun dia sentiasa dikelilingi oleh makhluk-makhluk mistik yang lain namun ianya tidak sama seperti kasih sayang dari seorang abang.

Putera Iman Adam hanya melihat kembarnya yang sedang menangis itu dari jauh.Airmatanya turut menitis.Dalam sekelip mata,dia muncul dihadapan adik kembarnya itu lalu memeluknya dengan erat.Pedulikan dengan sumpahan yang ditanggung oleh mereka berdua.Dia tidak mahu adik kesayangannya kesepian lagi.

Dengan pelukan tersebut,urat-urat hitam yang berapi terus menjalar ke segenap tubuh puteri comel itu.Amelia mengerang kesakitan.Dari mulutnya keluar darah yang berwarna putih namun dia masih lagi mampu untuk tersenyum.Inilah yang dia inginkan.Pelukan hangat dari seorang abang yang dia selalu rindui.

"Abang,janganlah menangis.Lia takkan biarkan abang mengasingkan diri seperti ini lagi.Lia tahu abang sunyi.Tiada sebarang makhluk bernyawa yang boleh menghampiri abang.Tapi Lia boleh.Kesakitan yang Lia rasai ini tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan kerinduan dihati Lia buat abang."Amelia bersuara sambil mengesat airmata yang mengalir dari sepasang mata unggu milik abangnya itu.Tubuh putih salju itu kian berubah rupa menjadi kehitam-hitaman.Dari tubuhnya keluar api yang membara.

Putera Iman Adam melihat sayu wajah adiknya itu.Hatinya terseksa melihat sumpahan yang kini sedang memakan diri Amelia.Dia tidak tahu mengapa setiap kali Amelia cuba untuk mendapatkan kasih sayang darinya,bagaikan ada satu sumpahan didalam diri kembarnya itu yang cuba menghalang mereka daripada merasai kasih sayang tersebut.

Rambut kembarnya yang panjang dan cantik itu dielusnya lembut.Darah kian banyak yang mengalir daripada mulut Amelia.Kini,kembarnya itu terkulai tidak sedarkan diri akibat menanggung kesakitan yang tidak mampu untuk ditanggung oleh tubuh kecilnya itu.

Putera Iman Adam mengangkat tubuh kembar kesayangannya itu.Suasana disekitar pergunungan Strauss itu bercahaya.Sepasang sayap putih yang cukup besar dan indah muncul daripada belakang tubuhnya.Putera itu mengembangkan sayap suci miliknya lalu terbang dengan kelajuan cahaya menuju ke Istana Kristal.Kesemua makhluk mistik didunia itu tunduk dan berlutut sebaik sahaja Pemerintah mereka itu terbang di angkasa.

Polaris,sebuah dunia yang begitu indah.Semua makhluk mistik yang tidak pernah terlihat oleh penduduk langit mahupun penduduk dunia kegelapan berada disini.Tempat dimana segala magis berkumpul.Langitnya dipenuhi dengan sinaran dari cahaya bintang-bintang suci.Oleh itu,Polaris juga bermaksud bintang-bintang utara.Putera Iman Adam merupakan pemerintah Polaris dan juga pemerintah kepada 7 dunia yang lain di alam semesta ini.Segala makhluk dan isi didalam dunia tersebut semuanya milik pemerintah bersayap itu.

Sepantas kilat,Putera Iman Adam tiba di Istana Kristal miliknya.Dia membaringkan adik kembarnya itu diatas katil.Diselimutkan tubuh Amelia yang hampir terbakar itu angkara sumpahan mereka.Menitis airmatanya.Tak sanggup melihat penderitaan Amelia.Dia segera terbang keluar dari kamar adiknya itu.Disaat ini,dia perlu menjauhkan diri daripada berada terlalu dekat dengan Amelia untuk menghalang adiknya itu dari terus terseksa.Putera kecil itu meluncur laju membelah ruang angkasa Polaris.Dalam tangisan,dia tertanya-tanya mengapa mereka berdua ditakdirkan untuk hidup sebegini?Mengapa mereka tidak boleh untuk merasai kebahagiaan?Sumpahan apakah ini?Dia benar-benar tertekan.Dia menjerit sekuat hatinya untuk melepaskan beban yang begitu berat untuk ditanggungnya.

Berada berjauhan dari abang kembarnya itu,sumpahan didalam diri Amelia terhenti.Tubuhnya kembali seperti sediakala.Tiada lagi kesan terbakar diseluruh tubuhnya.Puteri kecil itu tidak mengetahui tentang sumpahan didalam dirinya itu.Dia tidak boleh dikasihi atau dicintai oleh mana-mana makhluk.Jika dia melanggar sumpahannya,tubuhnya akan terseksa dan perlahan-lahan jiwanya akan mati.Kerana itulah dia tidak boleh berada begitu hampir dengan Putera Iman Adam kerana ikatan kasih sayang mereka sebagai adik beradik kembar melebihi batasan berbanding kasih sayang dari makhluk yang lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience