Kenzarou Kaizer

Fantasy Series 3790

Pertempuran berlaku agak sengit di langit hitam Kerajaan Dunia Kegelapan.Berpuluh-puluh ekor tentera Demon tewas dan gugur ketanah akibat diserang oleh sesusuk figura makhluk yang nyata sekali jauh berbeza daripada mereka.Namun itu tidak mematahkan semangat juang beratus lagi tentera Demon yang masih gagah untuk menumpaskan makhluk itu.

Mereka menggunakan segala kuasa dan kekuatan mereka untuk menyerang makhluk itu tetapi ternyata gagal.Makhluk itu terlalu kuat untuk ditumpaskan dan serangan mereka dipatahkan hanya dengan sekali hembusan saja dari makhluk tersebut.

Makhluk itu kini berada berhadapan dengan tentera Demon.Figuranya saling tak tumpah seperti Angel dimana rupanya begitu indah dan kacak namun bertanduk seperti Demon yang lain.Memiliki sepasang sayap gagah seperti yang dimiliki oleh para Angel namun berwarna hitam dengan api yang menjulang-julang kepanasannya.Jika ada manusia yang berada dalam jarak 100000 km darinya,pasti meletup tubuh manusia tersebut akibat terseksa dengan kepanasan yang begitu menyeksakan dari sepasang sayap miliknya.Rupanya begitu berbeza sekali jika hendak dibandingkan dengan rupa Demon-demon lain yang begitu hodoh dan bersayap kelawar yang lemah itu.

Tentera Demon segera mengejarnya apabila makhluk itu melarikan diri dengan meluncur laju membelah langit hitam dunia kegelapan.Sekali lagi,dia diserang oleh tentera-tentera tersebut namun hasil serangan itu tidak sedikitpun menjejaskan tubuhnya.Agak sukar untuk tentera Demon yang bersayap kelawar itu untuk mengejar makhluk yang bersayap seperti Angel itu dimana kelajuannya hampir menyamai kelajuan cahaya.

Setelah bosan asyik dikejar dan diserang oleh tentera-tentera itu,makhluk itu mengubah haluannya dan mulai menyerang mereka.Dalam sekelip mata,kesemua tentera Demon itu mati dibunuhnya tanpa belas kasihan.Dia mengibarkan sayapnya sambil tersenyum melihat ratusan tentera Demon itu mati ditangannya dan gugur ketanah bagaikan bangkai.Sepantas kilat,dia meluncur laju menuju keatas langit dunia kegelapan menuju ke dunia manusia.

Sebaik sahaja dia hampir tiba didunia manusia,dia segera mengubah fizikal dirinya menjadi manusia dan menjadi sebahagian daripada mereka.Namun,rupanya yang kacak itu tetap tidak berubah melainkan tanduk dikepalanya kini telah lenyap buat seketika hasil daripada penyamarannya.

Dia kini berada disebuah bandar yang begitu sesak dengan penduduk yang begitu sibuk sekali menjalankan aktiviti harian mereka.Dia tersenyum lalu mengatur langkah menuju ke destinasi yang seringkali dikunjunginya setiap hari.Tidak sabar rasanya hendak segera tiba disitu.Dalam perjalanannya menuju kesana,dia memasuki ke sebuah kedai yang menjual bunga-bungaan segar.Beberapa kuntuman ros merah menarik perhatiannya.Diambilnya sekuntum ros itu lalu dihidunya.Wangi.Begitu mengasyikkan.Dia menguntum senyuman lalu membeli tiga kuntum ros merah itu sebelum meneruskan langkah menuju ke destinasinya.

Kini,dia telah tiba di destinasi yang ditujunya.Dihadapannya terletak sebuah pasar pagi yang dipenuhi dengan pengunjung yang datang untuk membeli segala barang keperluan.Dia meneruskan langkahnya memasuki ke dalam pasar tersebut.Sebuah gerai yang menjual nasi lemak dan kuih-muih itu menarik perhatiannya.Tidak,bukan gerai itu yang menarik perhatiannya tetapi gadis yang menjual makanan itulah yang seringkali menarik perhatiannya hinggakan dia sanggup kedunia manusia setiap hari tanpa jemu untuk bertemu dengannya.Gadis itu begitu sibuk sekali menyediakan makanan yang dipesan oleh pelanggannya yang semakin lama kian bertambah ramai itu.Pun begitu,gadis itu masih mampu untuk memberikan senyuman kepada setiap pelanggan yang datang ke gerainya.

Dia menghampiri ke gerai itu.Setelah hampir,dia menyapa gadis itu dengan begitu lembut sekali.

"Hai,Reen..Sibuknya awak pagi ini.Perlukan bantuan dari saya tak?"Dia menyapa gadis itu sambil tersenyum.

Gadis itu segera mengangkat wajahnya sebaik sahaja dia mendengar suara yang begitu biasa didengarnya setiap hari tanpa gagal.

"Hai Ken..Lewat awak sampai pagi ini.Terlewat bangun tidur ya?"Soal gadis yang bernama Reen itu kepadanya.

"Haha..Mana ada.Saya ada masalah sikit pagi ini Reen.Tapi awak jangan risau,semua masalah saya dah selesai sebelum saya kesini tadi."Jawab Ken sambil tersengih memandang kearah Reen.Apron telahpun disarung ketubuhnya dan dia segera membantu Reen menyiapkan pesanan pelanggan yang datang.

Jauh disudut hati Ken dia merasa sedikit bersalah kerana datang lewat ke pasar itu tadi.Selalunya setiap pagi dia pasti mendirikan payung dan meja jualan untuk gadis itu.Tetapi hari ini,dia terlewat akibat dikejar oleh tentera Demon di kerajaan Dunia Kegelapan dan membiarkan gadis kesayangannya itu melakukan kerja yang sepatutnya dilakukan olehnya.

Reen terhenti dari membuat kerjanya.Dia memandang kearah Ken yang begitu sibuk sekali menyiapkan pesanan pelanggan.Lelaki itu mengatakan bahawa dia mempunyai masalah?Masalah apa yang dihadapinya?Kerisauan mulai menguasai hatinya.Ken yang perasan dengan perubahan sikap Reen itu terus berpaling memandang ke arah gadis itu.Riak kerisauan jelas sekali terpamer diwajahnya yang ayu itu.

"Reen,awak janganlah risau sangat.Masalah saya tak besar manapun la.Lagipun sebelum saya kesini tadi,saya dah selesaikan semuanya.Awak janganlah bermuram macam nie.Senyum sikit untuk saya..."Pujuk Ken setelah dilihat wajah gadis pujaannya itu begitu muram sekali.

"Betul ke nie,Ken?"Soal Reen.

"Ya,betul sayang..Takkanlah saya nak tipu gadis secantik awak pulak kan.."Ken berkata sambil tersenyum manis memandang Reen.

Muka Reen mulai bertukar rona merah jambu.Malu apabila Ken memanggilnya dengan panggilan sayang dihadapan pelanggan mereka.Dia segera meneruskan kerjanya sambil menyembunyikan perasaannya yang kini sedang berbunga-bunga.Ken tersenyum melihat Reen yang tengah blushing.Begitu comel sekali pada pandangan matanya.

Dan pagi itu,mereka berdua begitu sibuk sekali berniaga dan menyiapkan pesanan daripada pelanggan yang tak henti-henti datang ke gerai mereka.Dan rezeki mereka juga,jualan mereka habis lebih awal daripada biasa.Reen begitu gembira sekali melihat jualannya habis terjual.Melihat wajah Reen segembira itu,membuatkan hati Ken tersentuh lalu tersenyum.

Ken juga turut sama membantu Reen mengemaskan barang-barang dan payung niaga kedalam van usang milik Reen.Ya,Reen bukanlah seorang gadis yang kaya.Dia datang dari keluarga yang miskin dimana ayahnya telah meninggal dunia ketika dia masih kecil dan dia dibesarkan oleh ibunya sehingga dia besar.Namun,kesihatan ibunya akhir-akhir ini tidak begitu baik malah semakin merosot.Dan sudah menjadi tanggungjawab Reen untuk menjaga ibunya pula dan mengambil alih perniagaan ibunya di pasar pagi pada setiap hari.Ketabahan dan kematangan Reen itulah yang menyebabkan Ken jatuh hati padanya dan kecantikan Reen pula hanyalah sebagai satu bonus buat Ken kerana dia tidak pernah memandang soal rupa paras selama ini.

Reen dilihatnya sedang menutup pintu belakang van setelah memeriksa kesemua barang miliknya telah disimpan dengan rapi kedalam van.Raut wajahnya jelas terpancar riak keletihan yang teramat sangat lalu dia menyandar di vannya.Ken bersimpati dengan gadis itu.Biarpun dia juga sesibuk Reen berniaga tadi,namun dia sedikitpun tidak merasa letih kerana dia bukanlah manusia seperti Reen yang boleh merasai erti penat atau lelah.Dia adalah Demon.Tiba-tiba,Ken tersenyum.Dia menghampiri Reen yang masih lagi menyandar di van usang itu sambil memejamkan matanya.Mungkin sedang menghilangkan lelahnya setelah penat berniaga bersamanya tadi.

"Reen.."Panggil Ken dengan nada yang cukup lembut.Reen membuka mata sebaik sahaja mendengar Ken memanggilnya.Alangkah terkejutnya Reen disaat dia membuka mata,Ken sudah pun berada dihadapannya.Tubuh lelaki itu begitu dekat sekali dengan dirinya.

"Err,Ken...Ada apa?"Soal Reen agak gugup setelah dilihatnya Ken semakin merapati kearah tubuhnya yang bersandar di van.

Ken tersenyum manis.Begitu kacak sekali wajahnya tatkala tersenyum seperti itu dan membuatkan hati Reen berdebar hebat.

"Pejamkan mata Reen untuk saya boleh?"Pinta Ken sambil menatap sepasang anak mata Reen yang berwarna coklat cerah itu.

Reen agak kehairanan sebaik sahaja mendengar permintaan daripada Ken.Wajahnya berkerut.Kenapa dengan lelaki itu?

"For what?"Soal Reen kembali kepada Ken.

"Adalahhhh.."Jawab Ken sambil tersenyum nakal.

"Ken,kenapa nie?"Reen menyoal lagi setelah Ken seakan berteka-teki dengannya ketika itu.

"Do you trust me?"Soal Ken sambil merenung wajah ayu milik Reen disertai dengan senyuman yang cukup menggoda.

Reen terkedu disaat Ken menyoal dirinya.Betapa tidak betahnya dia berada sehampir itu dengan Ken.Namun Ken seakan tidak memberinya ruang dan peluang untuk melepaskan diri kerana kedua-dua tangan Ken kini rapat ke van dan seolah-olah mengunci pergerakan tubuhnya.Dia begitu takut.Dan cemas.Lidahnya kelu.Reen hanya mampu untuk menganggukkan kepalanya sebagai jawapan kepada pertanyaan Ken sebentar tadi.

Melihatkan wajah Reen yang agak pucat itu menyebabkan Ken hampir ketawa.Takut benar Reen padanya saat ini.Namun dia masih tidak berpuas hati dengan anggukan oleh gadis itu.Dia ingin mendengar suara gadis yang dirinduinya itu hampir setiap malam dan dia bagaikan seakan sudah gila jika tidak dapat untuk mendengar suara gadis itu walaupun untuk sehari.

"I didn't hear your voice,Reen.Where your answer?Do you trust me?"Soal Ken lagi.Kali ini dia merapatkan tubuhnya kearah Reen.Wajahnya juga begitu hampir dengan Reen hinggakan hidung mereka berdua berlaga.Kini,nafas Ken dan juga Reen telah bersatu.Tubuh Reen menggeletar akibat debaran yang tak mampu ditanggungnya.Dalam kegugupannya itu,Reen menjawab pertanyaan Ken.

"Yes,yes I do!I trust you Ken!"Jawab Reen dan sepantas itu juga dia memejamkan matanya untuk Ken.'Comelnya diaa walaupun matanya terpejam begini'.Desis hati Ken sambil menatap keindahan wajah gadis yang telah berjaya membuatkan hidupnya tak tentu arah seperti ini.Tiba-tiba,tiga kuntum ros merah yang dibelinya sebentar tadi itu muncul ditangannya.Ros merah itu masih lagi mekar kuntumannya berhiaskan titisan embun yang begitu mendamaikan.Ken kini melutut dihadapan gadis yang dicintainya.

"Open your eyes,Reen."Arah Ken dalam nada suara yang mampu menggetarkan naluri Reen.

Reen membuka matanya.Alangkah terkejutnya Reen apabila melihat Ken sedang berlutut sambil memegang tiga kuntum ros merah ditangannya.

"Selamat hari lahir yang ke-19,Reen.Tiada apa yang mampu saya berikan pada Reen melainkan tiga kuntum ros merah sebagai mempersembahkan isi hati saya yang ikhlas ini kepada Reen.Sudikah Reen menerima pemberian ini?"Ucap Ken sambil menghadiahkan senyuman yang paling manis buat Reen.

Betapa terharunya Reen melihat Ken membuat kejutan yang sebegitu kepadanya.Airmatanya menitis.Tidak menyangka Ken masih lagi ingat tentang ulang tahun kelahirannya sedangkan dia sendiri sudah tidak mengingatnya lagi.Ken bangun apabila dia melihat Reen menangis.Diusapnya airmata hangat yang mengalir dipipi gadis kesayangannya.

"Reen..Jangan menangis sayang..Takkanlah birthday girl nak bersedih pula dihari lahirnya..Janji dengan saya,jangan menangis seperti ini lagi.Saya tak mahu melihat gadis yang saya sayangi menangis.Reen kena selalu happy walau apa jua yang berlaku dalam kehidupan Reen.Lagi satu,setiap kali bersama dengan saya berjanjilah yang Reen akan selalu berikan senyuman yang paling manis buat saya..Senyuman yang sentiasa buat saya tak boleh tidur malam.Senyuman yang akan selalu mengganggu hidup saya tiap saat..Boleh tak,sayang?"Pinta Ken sambil mengenggam erat tangan Reen.

Reen tertawa biarpun masih lagi dalam tangisan.Kata-kata Ken itu mencuit hatinya.Tak sangka lelaki sekacak Ken boleh meminta darinya senyuman yang boleh menganggu tidur dan hidupnya tiap saat.Terasa kelakar pula Ken pada hari ini.

"Haha..Ok,saya janji.Tapi tak apakah jika senyuman saya menganggu awak nanti?Mana tahu kalau-kalau awak rimas ke kannnn.."Ujar Reen dalam tawa yang masih bersisa.Kuntuman ros merah yang dihadiahkan oleh Ken disambut penuh gembira.Ken tersenyum melihat Reen kembali ceria.

"Tak rimas pun sayang...Saya lagi suka."Bisik Ken ditelinga Reen dengan penuh romantik.

"Mengadanya awak nie,Ken."Reen menampar manja kedada bidang Ken.Ken hanya ketawa melihat reaksi Reen yang semakin blushing.

================================

Sementara itu di Kerajaan Dunia Kegelapan,Lord Fireyarou semakin murka setelah mengetahui berita beratus tentera Demonnya mati dibunuh oleh putera mahkota tunggalnya itu.Matanya yang merah menyala itu berapi akibat menahan kemarahan yang semakin memuncak.

"Tak guna!!Bukankah beta sudah titahkan supaya Panglima menghantar angkatan tentera elit yang terbaik untuk menumpaskan anakanda beta?!!Kenapa masih lagi gagal untuk membawa putera beta supaya datang menghadap beta??!!!Apa yang Panglima fikirkan sehingga tentera kita terkorban?!!!"Jerit Lord Fireyarou dalam amukannya di istana.

Panglima tentera Demon itu hanya menundukkan wajahnya.Tubuhnya mengeletar ketakutan.

"Ampun,tuanku.Maafkan patik kerana gagal untuk membawa Putera Kenzarou Kaizer datang menghadap.Tuanku putera terlalu kuat untuk ditumpaskan.Dengan hanya satu hembusan,baginda putera telah menepis segala serangan yang dilancarkan oleh tentera elit kita Tuanku."Dengan ketakutan Panglima itu menutur bicaranya.

"Putera beta semakin melampau!!Semakin beta biarkannya semakin kuat dia memberontak!Kemanakah dia pergi setelah membunuh kesemua tentera kita?!!"Soal Lord Fireyarou dengan nada yang mengegarkan seluruh kerajaannya.

"Baginda Putera Mahkota menuju ke dunia manusia setelah menewaskan tentera kita."Jawab Panglima itu.

"Anak tak guna!!!Dalam apa cara sekalipun,bawa dan heret dia menghadap beta!!Pastikan kali ini kamu tidak gagal,Panglima!!!"Titah Lord Fireyarou dengan keras hinggakan halilintar turun membelah gunung berapi didunia kegelapan itu.Bersepai gunung itu keserata dunia tersebut.Beterbangan kesemua Demon akibat ketakutan.

Duchess Silvia hanya mendiamkan dirinya disaat melihat amukan oleh Lord Fireyarou.Suaminya itu tidak pernah berubah.Seringkali melayan putera tunggal mereka itu dengan kekerasan hinggakan hubungan diantara mereka berdua tidak begitu baik.

"Kanda!Dinda tidak menyukai dengan apa yang kanda lakukan!Kaizer bukannya kecil lagi untuk kanda layan dia sebegini!"Duchess Silvia meluahkan ketidakpuasan rasa hatinya terhadap Lord Fireyarou.Dia sudah lama bersabar dengan sikap suaminya itu yang seringkali bertengkar dengan puteranya.

Mendengarkan bicara yang semakin menambahkan kemarahan daripada Ratunya itu,membara tubuh Lord Fireyarou dengan api yang menjulang-julang.Serentak dengan itu,satu tamparan hinggap dipipi Duchess Silvia.Tercampak tubuh Ratu Kerajaan Dunia Kegelapan itu di lantai istana.

"Bicara dari Dinda itu menyakitkan hati Kanda!Kaizer perlu diasuh dengan kekerasan dan kekejaman!!Dia putera mahkota kerajaan kita Dinda!Kanda inginkan Kaizer musnahkan Kerajaan Langit diatas penghinaan makhluk suci itu terhadap Kanda dahulu!!"Tempik Lord Fireyarou kearah Ratunya.

Duchess Silvia tersenyum sinis mendengar bicara daripada Lord Fireyarou.Reaksi daripada Ratunya itu mengundang amarah daripada Pemerintah Dunia Kegelapan.

"Apa yang Dinda fikirkan hinggakan tersenyum sinis sebegitu?!"Soal Lord Fireyarou kepada Ratunya.

"Kasihan.Seorang pemerintah Kerajaan Dunia Kegelapan yang pernah berundur daripada peperangan yang dicetusnya sendiri di Kerajaan Langit 400 tahun yang lalu masih lagi tidak dapat untuk mengakui kekalahannya kepada para Angel.Dan kini baginda memaksa puteranya pula untuk meneruskan dendamnya yang tersimpan selama 400 tahun ini.Kanda seorang pemerintah yang kejam.Sanggup untuk mengorbankan satu-satunya putera tunggal yang kita miliki untuk memusnahkan Kerajaan Langit!Dinda takkan biarkan hal itu terjadi!!!"Balas Duchess Silvia dengan penuh sinis terhadap Lord Fireyarou lalu dengan pantas mengembangkan sayapnya dan berlalu pergi dari situ.

Mendengarkan bicara yang mengungkit kisah 400 tahun lalu itu daripada Ratunya,kemarahan Lord Fireyarou sudah tidak dapat untuk dikawal lagi.Baginda membunuh setiap Demon yang terlihat dipandangan matanya dengan penuh kejam.Betapa baginda melepaskan segala kemarahannya terhadap rakyatnya.

"Beta bersumpah Kerajaan Langit pasti musnah ditangan beta!!Dalam apa cara sekalipun,Kaizer akan beta paksa untuk teruskan dendam 400 tahun ini!!!!"Tempikannya menghuru-harakan Dunia Kegelapan yang semakin dilanda amukan Lord Fireyarou.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience