Panahan Cahaya Suci

Fantasy Series 3790

Berjuta-juta tentera Demon terbang dari dunia bawah tanah menuju ke atas langit dunia.Matlamat mereka hanya satu iaitu menghancurkan kerajaan langit untuk dipersembahkan kepada Lord Fireyarou.Kelahiran putera dan puteri itu perlu dihalang dengan apa cara sekalipun.

Kesemua makhluk bumi pengsan sebaik sahaja terlihat rupa berjuta Demon yang hodoh itu terbang keluar dari perut bumi.Sungguh,rupa Demon terlalu hodoh dan mengerikan.Demon-demon itu mengilai dan mentertawakan kebodohan makhluk bumi yang bernama manusia itu.Mereka berpesta dengan pesta darah sambil menuju ke langit.

Disaat demon-demon itu menghampiri didada langit,jutaan panah cahaya suci turun menghujani kearah mereka seperti kilat yang memancar.Beribu demon yang terbakar terkena panahan tersebut.Langit dunia bercahaya dengan panahan yang membunuh demon.Tidak ada seekor demon pun yang boleh terlepas daripada panahan tersebut.

Melihatkan bala tenteranya yang telah hangus terbakar dek panahan suci kerajaan langit,membuatkan kemarahan Lord Fireyarou semakin memuncak.Dia menggunakan kuasanya untuk mengawal demon yang telah mati agar terus terbang merempuh ke pintu gerbang kerajaan langit.Dia melibaskan ekor syaitannya untuk menepis panahan itu.Dia bertempik hebat untuk menaikkan semangat bala tenteranya supaya memperhebatkan lagi serangan.

Di Elcrys,Permaisuri Layla sedang bertarung nyawa untuk melahirkan putera dan puteri sulungnya.Keluarga diraja itu begitu bimbang melihatkan keadaan permaisuri yang hampir tenat itu.Tabib dan bidan diraja setia berada disisi Permaisuri Layla dan membantunya dalam usaha melahirkan anak kembar itu.

Berita tentang pencerobohan oleh para Demon di kerajaan langit telah sampai ke pengetahuan Raja Luqman.Baginda memerintahkan sekalian bala tenteranya supaya bersiap sedia untuk berperang dengan bala tentera Demon yang kini kian menghampiri ke kerajaan mereka.Baginda memperketatkan kawalan keselamatan di Elcrys untuk melindungi permaisuri dan anak-anaknya yang bakal lahir pada bila-bila masa itu.

Raja Luqman telah bersedia dengan pakaian perangnya dan memimpin sekalian Angel untuk turun kedada langit bagi mematahkan serangan tentera Lord Fireyarou.Kesemua Angel mengibarkan sayap mereka yang putih bersih itu dan terbang dengan kelajuan cahaya lalu merempuh tentera-tentera Demon yang kian menghampiri gerbang kerajaan mereka.Pertarungan yang hebat telah berlaku diantara kedua-dua pihak.

Angel-angel yang bergerak laju seperti cahaya itu melibaskan pedang suci mereka yang bersinar berkilauan kearah demon-demon tersebut.Cahaya yang memancar dari tubuh dan pedang angel menyebabkan penglihatan demon terbatas dan terbakar dek cahaya suci yang mengelilingi mereka.Puluhan ribu demon mati dibunuh oleh bala tentera Raja Luqman.

Namun,demon-demon tersebut tidak mengalah dengan begitu mudah.Tentera Demon menusuk kedada tentera Angel dengan menggunakan tombak dan ekor mereka yang tajam seperti pedang itu.Ramai para Angel yang gugur diserang tanpa belas kasihan oleh para demon.Peperangan masih lagi tercetus tanpa menunjukkan tiada tanda-tanda akan berakhir.

Didalam kekalutan dan pertumpahan darah diantara kedua pihak itu,Raja Luqman dan Lord Fireyarou telah bertemu.Wajah kedua-dua pemerintah itu begitu bengis sekali.Libasan sayap dari mereka berdua menerbangkan tentera-tentera yang berada disekitar mereka.Suasana semakin tegang.

"Dah lama kita tak berjumpa,pemerintah Kerajaan Langit!Ternyata untuk aku sampai kesini bersama dengan bala tentera aku bukanlah mudah.Kau telah mengetatkan lagi kawalan dilangit daripada kami para Demon untuk menghampirinya."Lord Fireyarou bersuara dengan nada yang cukup sinis.Dia benci melihat pemerintah makhluk suci itu.

"Untuk apa kau dan bala tentera kau menceroboh kerajaan langit wahai pemerintah Kerajaan Dunia Kegelapan?Adalah menjadi tanggungjawab bagi aku untuk melindungi rahsia kerajaan langit dan segala isinya daripada pengetahuan Demon terkutuk seperti kau!Apa yang kau kejar hinggakan kau sanggup keluar dari perut bumi menuju kesini Fireyarou?!"Soal Raja Luqman.Keras dan tegas.

Mendengarkan kata-kata daripada Raja Luqman,Lord Fireyarou ketawa dengan penuh angkuh.Baginya Raja Luqman itu seperti sedang memperkecilkan kebolehan para Demon untuk mengetahui segala rahsia kerajaan langit.Setiap hari Demon akan terbang kelangit dan berusaha untuk mendengar segala rahsia yang terdapat diatas sana meskipun mereka akan mati dipanah oleh panahan suci para Angel.Namun tak semua demon akan mati apabila terkena panahan tersebut dan akan pulang ke perut bumi untuk mengkhabarkan segala rahsia yang berlaku diatas sana.Dan dari situlah Lord Fireyarou mengetahui tentang kehamilan Permaisuri Layla.

"Hahahaha!!Nampaknya kau masih tidak mengerti tentang peperangan yang aku cetuskan ini,Luqman!Aku kesini demi menyelamatkan seluruh kerajaanku!Kelahiran putera dan puterimu itu adalah satu ancaman bagiku!Akanku hapuskan mereka sebelum mereka sempat dilahirkan!Hahaha!!!"Dengan bongkak sekali Lord Fireyarou menjelaskan tujuan kedatangannya ke kerajaan langit ini.

Raja Luqman semakin berang setelah mengetahui tujuan Lord Fireyarou ke kerajaannya demi untuk membunuh anak-anak kembarnya itu.Baginda menghunuskan pedangnya kearah Lord Fireyarou.Hunusan pedangnya tepat mengenai kearah muka Lord Fireyarou.Darah hitam pekat yang membusuk mengalir melalui luka tersebut.Lord Fireyarou menjerit kesakitan disaat pedang suci itu melukainya.Dia pantas berundur ke belakang.

"Kau makhluk terkutuk yang hina!Takkan sesekali kubiarkan kau membunuh anak-anakku!Akan kupertahankan mereka hingga ke titisan darahku yang terakhir!"Jerit Raja Luqman akibat terlalu marah.

"Kau akan menyesal Luqman!Anak-anakmu akan kubunuh dan seluruh kerajaanmu akan kumusnahkan!"Tempelak Lord Fireyarou.Serentak itu,dia mengibarkan sayapnya dan menyerang Raja Luqman dengan pantas.

Pertarungan diantara kedua-dua pemerintah itu begitu sengit.Masing-masing mempunyai kekuatan dan kehebatan yang tersendiri.Pertempuran diantara tentera Angel dan Demon juga tidak kurang hebatnya.Tapi keadaan lebih memihak kepada tentera Angel kerana bilangan tentera Demon semakin berkurangan akibat dipanah oleh cahaya suci dari langit.

Melihatkan ramai tenteranya yang semakin gugur,Lord Fireyarou semakin marah.Dia melibas Raja Luqman dengan ekor syaitannya yang tajam hingga baginda raja tersebut terpelanting jauh.Kesempatan ini digunakan oleh Lord Fireyarou untuk menembusi ke gerbang langit dan menuju ke mahligai Raja Luqman,Elcrys yang menempatkan baginda Permaisuri Layla yang sedang gering bersalin.

Pasukan tentera elit Angel yang berkawal di Elcrys cuba untuk menghalang pencerobohan oleh Lord Fireyarou namun gagal setelah diserang dengan sekali serangan.Mereka bukan tandingan bagi pemerintah dunia kegelapan itu.

Lord Fireyarou kini telah berada di Elcrys.Dia mengepakkan sayap kelawarnya itu sebelum menghampiri kearah Permaisuri Layla.Lord Fireyarou mengangkat tubuh permaisuri tersebut dengan menggunakan kuasanya.Permaisuri Layla terapung diudara dalam keadaan yang cukup lemah.Pemerintah kerajaan kegelapan itu nampaknya begitu gembira sekali disaat terlihat perut sang permaisuri yang sarat dengan kandungan itu.

"Layla..Tak sangka kau akan melahirkan zuriat yang mampu mengancam seluruh kerajaanku!Kau sepatutnya dah kubunuh sewaktu kau keluar dari gerbang langit dahulu!Namun,kecantikkanmu mematahkan niatku ketika itu.Kau adalah makhluk suci pertama yang aku cintai!Kenapa kau lebih memilih Luqman berbanding aku?!Aku juga boleh memberikan kau bahagia Layla!"Suara Lord Fireyarou bergema memecahkan keamanan kerajaan langit.Mata Lord Fireyarou yang merah menyala itu masih lagi menatap wajah jelita Permaisuri Layla yang pucat itu.

Permaisuri Layla memandang kearah Lord Fireyarou,musuh utama kerajaannya.

"Kau tidak akan dapat membunuh zuriatku,Fireyarou!Akan kupertaruhkan nyawaku untuk menyelamatkan mereka.Kau terlupa tentang hukum alam!Kita tidak boleh bersatu!Alam ini menentangnya!Kau lupa Fireyarou bahawa Demon tidak boleh bersahabat dengan Angel!Ibarat mencampurkan minyak dan air,kita takkan pernah akan bersatu!!"Jerit Permaisuri Layla.Baginda permaisuri menggunakan segenap kekuatan yang dia miliki untuk bertarung dengan Lord Fireyarou.Permaisuri Layla menghayunkan magis dari tangannya hingga menyebabkan pemerintah dunia kegelapan itu tercampak jauh ke gunung yang berhadapan dengan Elcrys.Berkecai gunung tersebut menjadi debu akibat rempuhan oleh Lord Fireyarou.

Tiba-tiba,sejalur cahaya yang cukup terang menghampiri Elcrys.Raja Luqman kini berdiri disisi permaisurinya.Dia memapah Permaisuri Layla keatas altar.Keadaan permaisurinya itu semakin tenat.Kandungannya perlu segera dilahirkan.Tapi dalam keadaan sebegini,manakan mungkin untuk Layla melahirkan zuriat mereka.

Lord Fireyarou terbang menghampiri kedua pasangan diraja tersebut.Dia melemparkan bebola api kearah permaisuri.Raja Luqman melindungi Permaisuri Layla dengan sayapnya yang besar dan lebar dari serangan Demon terkutuk itu.

"Tak guna kau Luqman!Kau sedang menghancurkan rancangan aku!".Dia menyambar Raja Luqman dengan laju dan mencampakkannya keluar dari Elcrys.

"Hari ini kau akan mati ditangan aku,Layla!Zuriatmu perlu kuhapuskan!"Lord Fireyarou berkata sambil tangannya mengeluarkan satu cahaya hitam untuk membunuh Permaisuri tersebut.Permaisuri Layla semakin lemah.Dia tidak dapat untuk berbuat apa-apa demi melindungi diri dan juga zuriatnya.Airmatanya mengalir disaat Lord Fireyarou kian menghampirinya.

Bagaikan kilat,Raja Luqman menarik Fireyarou dan menyerangnya denga segenap kuasa yang dimilikinya.Lord Fireyarou nyata sekali tidak dapat untuk menahan serangan demi serangan dari Raja Luqman.Setiap serangan yang dilakukan oleh Raja Luqman semakin melemahkan tubuhnya.Darah hitam pekat mengalir keluar dari segenap tubuhnya yang luka-luka.

Lord Fireyarou hampir kehabisan kuasanya.Jika keadaan ini berterusan,dia tidak akan dapat untuk membunuh Permaisuri Layla dan zuriat didalam kandungannya.Lord Fireyarou mencetuskan satu letupan asap hitam yang beracun dan menyebabkan Raja Luqman tercampak agak jauh darinya.

Dia memandang kearah Permaisuri Layla.Dia menghasilkan satu pedang yang diperbuat daripada racun berbisa dan mencampakkan pedang tersebut kearah perut Permaisuri Layla.Pedang tersebut meluncur laju kearah perutnya namun secara tiba-tiba,seluruh kerajaan langit bercahaya dengan cahaya putih yang cukup terang.Pedang beracun itu terhenti dihadapan perut Permaisuri Layla lalu lenyap dari pandangan.

Lord Fireyarou begitu terkejut apabila pedang beracunnya itu lenyap dari pandangan.Dia memandang kearah perut Permaisuri Layla yang bercahaya itu,wajahnya nyata sekali ketakutan.

"Tak mungkin!Ini tak sepatutnya berlaku!"Jerit Lord Fireyarou dengan marahnya.

Dia terbang menghampiri permaisuri tersebut dengan pedang yang terhunus ditangannya dengan laju.Namun tindakannya dihalang oleh Raja Luqman.Dengan sekali panahan cahaya suci dari busur Raja Luqman,membuatkan Lord Fireyarou meraung kesakitan.Panahan tersebut tepat mengenai dadanya.Dia terbang dihadapan Elcrys bersaksikan Raja Luqman dan Permaisuri Layla,dalam keadaannya yang cedera parah Lord Fireyarou telah menyumpah zuriat Raja Luqman.

"Luqman!Layla!Aku bersumpah aku akan membalas dendam diatas penghinaan ini!Aku bersumpah zuriat kau akan mati!Jikalau zuriatmu hidup sekalipun,aku haramkan tidak ada walau setitis susu pun yang akan mengalir didalam mulutnya!Setiap sentuhan mereka akan menjadi debu!Tidak akan ada kasih sayang yang mampu menyelamatkan mereka!Tiada cinta didunia yang dapat melindunginya!Kasih sayang yang kau berikan pada mereka hanya akan membunuh mereka tanpa kau sedar!Mereka akan terperangkap selamanya didalam kegelapan!Tidak ada penawar didunia ini yang dapat menghilangkan sumpahan ini buat selama-lamanya!Sebagai pertukaran sumpahan syaitan ini,nyawa zuriatmu yang menjadi taruhan!Kau ingat sumpahan ini sampai bila-bila!!Kerajaan langit pasti akan musnah!Hahahahahaha!!!"Lord Fireyarou ketawa dengan angkuh setelah menyumpah zuriat pemerintah kerajaan langit itu.Dengan pantas dia terbang ke gerbang langit dan melarikan diri ke perut bumi.

Raja Luqman dan Permaisuri Layla menangis terkenangkan nasib anak-anak mereka yang disumpah oleh makhluk terhina itu.Dalam keadaan yang semakin tenat,Layla perlu melahirkan zuriatnya secepat mungkin.12 Angel pelindung datang dan membina perisai cahaya untuk melindungi permaisuri mereka.Dalam keterpaksaan,Raja Luqman terpaksa mengambil keputusan untuk mengeluarkan zuriatnya dari perut Permaisuri Layla dengan menggunakan magis eternal light keturunan mereka.

Permaisuri Layla dibaringkan.Dengan menggunakan magis eternal light tersebut,Raja Luqman membelah perut permaisurinya dan mengeluarkan putera dan puterinya.Layla menahan kesakitan.Airmata Raja Luqman tumpah disaat terlihat zuriat yang dinantikannya selama ini itu berada dalam keadaan yang cukup mengerikan.Dia tidak sanggup melihat dengan apa yang disaksikannya sekarang ini.

Dua orang daripada zuriatnya itu terbelenggu dengan rantai yang terbuat daripada besi yang membara,sambil melindungi dua orang lagi kembar mereka daripada terkena belenggu besi yang panas itu.Cahaya emas berkilauan terpancar daripada pelukan erat putera dan puteri itu yang melindungi kedua-dua adik putera kembar mereka itu dari turut terkena sumpahan Lord Fireyarou.

Permaisuri Layla menangis saat terlihat putera dan puterinya yang telah disumpah itu.Raja Luqman menghulurkan kedua-dua tangannya seolah-olah sedang menanti anak-anaknya itu datang kedalam pelukannya.Anehnya apabila hanya dua sahaja putera kembarnya yang terapung kedalam dakapannya.Airmata Permaisuri Layla mengalir apabila dilihatnya putera dan puteri kembarnya yang terbelenggu dengan rantai besi membara itu hanya terapung diatas perutnya.Sedikit pun mereka tidak berganjak kedalam dakapan Raja Luqman. Kedua-dua bayinya itu seakan tersiksa dengan kehangatan besi yang melilit tubuh mereka.

Raja Luqman cuba untuk menyentuh mereka namun besi-besi itu semakin melilit tubuh bayi-bayinya.Permaisuri Layla menjerit dan meraung apabila melihat bayinya diseksa sebegitu.Bayi-bayi itu seperti diseksa oleh kasih sayang baginda berdua.

"Kanda!Bayi dinda..."Permaisuri Layla meraung.Raja Luqman menenangkan permaisurinya.Sesungguhnya dia juga begitu sedih terkenangkan nasib anak-anaknya itu.

"Sabarlah dinda.Kanda akan cari penawar untuk membebaskan putera dan puteri kira dari sumpahan Fireyarou."Linangan airmata baginda tumpah kepipi permaisurinya.Kedua putera kembarnya yang terselamat daripada sumpahan itu dibawa oleh Angel pelindung ke menara suci yang terletak dipuncak Elcrys.

Raja Luqman perlu membebaskan putera dan puterinya daripada belenggu rantai sumpahan itu dengan segera.Nyawa anak-anaknya yang bakal jadi taruhan dalam sumpahan syaitan ini.Baginda menyeru mentera pusaka milik keturunan kerajaan langit,Magis Bintang Suci untuk meleraikan rantai besi tersebut.

"Suara dari syurga,bukalah syurga.Bintang dari segenap alam semesta,tunjukkan dirimu padaku dengan seluruh kekuasaanmu.Tetrabiblos,aku adalah pemerintah bintang.Aspekku adalah kesempurnaan.Bukalah gerbang suci.88 bintang syurga,bukalah!!Urano Meteora!!!"Mentera diseru oleh Raja Luqman untuk menyelamatkan nyawa putera dan puteri kembarnya itu.Seluruh kerajaan langit dipenuhi dengan bintang.Kesemua bintang tersebut mengelilingi tubuh bayi kecil itu dengan cahaya putih dan emas yang berkilauan.

Sedikit demi sedikit rantai besi yang melilit tubuh putera dan puteri itu kian lebur dan lenyap.Kedua-dua bayi itu diselimuti oleh cahaya dari Magis Bintang Suci lalu mendarat diatas awan yang tercipta dari magis tersebut.Permaisuri Layla cuba untuk menyentuh bayi-bayinya namun seakan ada satu kuasa yang menghalangnya dari berbuat demikian.Dia menangis tersedu-sedu dalam pelukan Raja Luqman.

Sumpahan dari Lord Fireyarou masih terngiang-ngiang lagi ditelinga mereka.Tiada kasih sayang dalam dunia ini yang mampu menyelamatkan mereka.Tiada cinta didunia ini yang mampu melindungi mereka buat selamanya.Kedua-dua bayi itu ditatap penuh kasih namun kasih sayang itu semakin ingin membunuh nyawa bayi-bayinya.Raja Luqman mengunci kuasa abadi yang terkurung dalam tubuh putera dan puterinya itu demi keselamatan mereka.

Dengan hati yang amat berat,baginda Raja Luqman dan Permaisuri Layla mengambil keputusan untuk membuang putera dan puterinya itu jauh dari kerajaan langit.Mereka terpaksa melakukan ini semua demi menyelamatkan nyawa anak-anak mereka yang dikasihi.Cahaya dari magis pusaka keturunan mereka itu telah membawa kedua-dua bayi tersebut keluar dari gerbang kerajaan langit menuju ke sebuah dunia yang terasing daripada penduduk langit,penduduk bumi dan juga penduduk dunia kegelapan.Ditempat yang bernama Polaris kedua bayi diraja itu akan membesar.

Bersama airmata,Raja Luqman dan Permaisuri Layla melepaskan bayi mereka untuk dibawa oleh magis bintang menuju ke Polaris.

"Maafkan Bonda,anakanda berdua.Bonda doakan anakanda berdua sentiasa selamat berada didalam lindungan magis bintang pusaka keturunan kita.Jika ditakdirkan kita bertemu kembali,Bonda ingin sekali memeluk dan mencium anakanda berdua.Bonda tidak berupaya untuk memberikan kasih sayang Bonda demi keselamatan anakanda.Tapi percayalah,didalam hati Bonda betapa kasihnya cinta Bonda pada anakanda berdua."Dalam sedu tangisan,Permaisuri Layla meluahkan isi hatinya pada kedua putera dan puterinya.

Raja Luqman memeluk permaisurinya.Terasa dadanya bagaikan hendak pecah menahan gelora kesedihan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada putera dan puteri sulungnya itu.Namun,takdir tidak menyebelahi mereka.

"Selamat tinggal anakandaku,Putera Iman Adam dan Puteri Emerald Amelia Asmara."Dengan kata-kata tersebut,magis pusaka kerajaan langit membawa kedua putera dan puteri buangan tersebut ketempat yang cukup jauh dari mana-mana makhluk.Permaisuri Layla pengsan sebaik sahaja anakandanya itu hilang dari pandangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience