BAB 4

Romance Completed 6574

Lil kau kejam! Kau jahat! Kau tinggalkan aku sendiri tanpa kau dengar walau satu patah perkataan sayang dan cinta dari hatiku terhadapmu. Memang ini hukuman untuk aku ke?

Inikah cara kau balas dendam padaku Lil? Belum sempat aku hamparkan rasa sakit hatiku atas kehilangan kau, kau sudah menyeksa aku dengan satu hukuman yang maha dasyat ini!

Aku menangis dan meraung sekuat hatiku, entah berapa lama sudah aku di dalam tandas ini, aku penat dan letih untuk memangis namun sepertinya airmata ini semakin deras dan tiada sebarang tanda untuk berhenti.

Hatiku diserang rasa rindu yang memuncak tinggi namun beginilah rasanya bila kerinduan yang kau tanggung namun tidak dapat dilunaskan kerana orangnya sudah pergi meninggalkan dunia yang fana.

Tidak lama kemudian kedengaran suara Neira dari luar pintu bilik air memanggil-manggil namaku. Neira memujuk aku agar keluar dan akhirnya aku beralah kerana sungguh saat ini aku perlu pelukan dari seorang teman. Neira pastinya tahu lewat pengumuman tadi juga kan, rasanya satu kampus sudah tahu akan pemergian mendadak dan misteri Khalil ini.

Neira memelukku erat, dibawanya aku ke ruangan sinki dan berkali-kali dibilasnya wajahku yang sembab dengan air lalu dilapnya mukaku. Dia memimpinku keluar sambil mengatakan yang dia akan membawaku ke rumah arwah Khalil. Aku seperti hilang akal hanya menurut saja kata Neira.

Suasana perkarangan rumah Khalil semakin ramai dihujani kedatangan teman-teman kolej yang datang memberikan penghormatan terakhir buat Khalil. AKu menghampiri jenazah Khalil.

Sungguh memang Khalil yang berada di hadapanku ini, sekujur tubuh yang sudah tak lagi bernyawa.

“Khalil , kenapa kau pergi secepat ini, kenapa tinggalkan aku tanpa sebarang kata Lil? Kau janji takkan kecewakan dan tinggalkan aku, ternyata kau lagi kejam. Tinggalkan aku dan tak akan bertemu dengan aku lagi. Aku sayang kau Lil, bangunlah! Bangunlah Lil!” ujarku teresak-esak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience