BAB 3

Romance Completed 6583

Namun langkah kakiku mati sebaik sahaja sampai di hadapan kelas Khalil. Dah kenapa aku ni? Patutnya aku masuk saja dan mencarinya namun pada saat terakhir aku membuat keputusan untuk terus ke kelasku. Buat apa mencarinya sedangkan aku tahu yang dia belum datang. Relax Acia. Aku terus berlari ke kelasku.

Tenang Acia, fokus pada pelajran. Ya berkali-kali aku memujuk diri sendiri agar tenang menghadapi situasi yang serba aneh ini. Mata pelajaran pada hari ini adalah perakaunan.

Aku sepatutnya enjoy dengan subjek kegemaran ku ini namun fokusku seperti perahu yang terhuyung-hayang dipukul ombak laut. Sedar tak sedar sudah satu jam kelas perakaunan berlangsung dan aku sudah semakin tak sabar untuk menunggu waktu tamat agar segera aku pecut ke kelas Khalil.

Mungkin sekarang Khalil sudah berada di kelas. Yak au tunggu Khalil, tahulah macammana nasib kau di tangan aku nanti.

Tidak lama kemudia ada seorang pelajar dari kelas lain masuk ke kelas dan bercakap sesuatu dengan Miss Ernawati. Miss Erna nyata terkejut dan hanya mengagguk beberapa kali tanda faham.

Ini pasti pengumuman rumah sukan, kutipan duit derma atau juga aktiviti kokurikulum untuk mana-mana persatuan agaknya. Aku sedang mengemas buku-buku yang ku guna sebentar tadi apabila suara miss Erna kedengaran mahu mengumumkan sesuatu.

“Assalammualaikum dan salam sejahtera kelas, maaf mengganggu kau sebentar. Saya baru sahaja menerima maklumat bahawa saudara Muhammad Khalil dari fakulti Linguistik telah kembali ke rahmatullah. Mari kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh.”

Ya Allah, bagai luruh jantungku mendengar pengumuman itu. Airmataku automatik tumpah dan aku bingkas bediri dan berlari meninggalkan kelas menuju ke tandas untuk menangis sepuas hatiku.Sungguh kau pergi! Ini semua gurauan kan? Hanya mimpi kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience