BAB 5

Romance Completed 6574

“sabar sayang, Auntu juga masih belum menerima hakikat yang anak Aunty dah pergi,” satu suara wanita kedengaran di belakangku. Ku toleh ke belakang dan ternyata itu suara Aunty Siti, ibu Khalil.

“Aunty apa dah jadi sebenarnya, kenapa Khalil boleh pergi mendadak macam ni. Apa dah jadi?”

“Dia accident motor masa konvoi ke pantai bersama kawan-kawannya tempoh hari, dia koma selama lima hari. Dia mengalami kecederaan kepala yang serius sehingglah semalam doktor sahkan otakknya gagal berfungsi dan harapan untuk dia semakin nipis.”

“Kak Acia, ada sesuatu yang akak tahu tentang abang Khalil sebelum kemalangan tempoh hari.” Ujar Diana, sepupu Khalil yang merupakan junior kami. Diana memimpin tanganku keluar rumah.

Seperti ada sesuatu yang ingin diberitahunya dan tidak ingin ia didengari oleh orang lain.

“Apa dia Diana?”

“ Pada hari kejadian, abang Khalil ada ternampak akak di dalam kereta bersama Hairi. Diana ingat lagi betapa muka abang Khalil emrah menahan marah malah Diana sempat bertanya kalau abang Khalil okay tapi kata terakhir yang abang cakap pada Khalil adalah,

“perempuan semua sama! sebelum dia memecut tinggalkan kampus. Khabarnya abang Khalil nak menuju ke Banting berjumpa dengan ayah kandungnya sebab sebelum kejadian, abang sempat meninggalkan sms pada ayahnya menyatakan dia hendak ke sana. Abang memang akan selalu pulang ke banting setiap kali sedih atau ada masalah kerana dia rapat dengan ayahnya.” Ujar Diana.

Bagai luruh jantungku mendengar kata-kata Diana. Ternyata Kgalil pergi meninggalkan aku buat selamanya dengan rasa amarah dan wasangka.

Khalil salah faham dan aku menyesal dengan perbuatanku meskipun sebenarnya pada hari kejadian, Hairi hanya menumpangkan aku saja ke kolej memandangkan hari itu hujan lebat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience