BAB 1

Romance Completed 6574

Hari ini sudah masuk hari kedua Khalil tidak menghubungi aku, tiada panggila telefon tiada juga mesej. Tidak seperti selalu pasti penuh peti mesej Whatsapp, Fac bahkan juga peti SMS ku dengan spam mesej darinya yang sepertinya tidak mahu melihat aku aman.

Susah 48 jam aku bagai cacing kepanasan risau akan keadaannya yang tidak tahu di mana. Sudhaa berpuluh mesej ku hantar padanya namun tiada satu yang berbalas, pangillan demi panggilan telefon namun semuanya masuk ke dalam peti mesej suara.

Aku perlu mencari Khalil segera kerana esok cuti selama empat hari dan jika aku tidak bertemu dengan Khalil hari ini bermakna aku tidak akan bertemunya untuk empat hari lagi. Level risau ku semakin mendadak naik seolah-olah sekarang aku sedang bertarung dengan masa.

Apa dah jadi pada Khalil, di mana Khalil? Baik-baik sajakan keadaannya Ya Allah? Aneh, ya Khalil bersikap aneh. Saban malam dia tidak pernah gagal mengucapkan selamat malam kepadaku bersama dengan panggilan sayang yang sudah kami patrikan sejak berbulan lamanya.

Paling lama dia senyap adalah selama 7 jam waktu tidur tidak pernah selama ini, dua hari? Ish ini sudah lama dan aneh. Dua hari ku rasakan panjanhg tanpa khabar dariya, cukup menyeksakan hingga aku beralaskan bantal airmata.

tokkkk….tokkkk…..tokkk

Bunyi ketukan pintu bilikk kedengaran.

“Masuklah pintu tak berkunci.” Ucapku lesu.

“Buat apa ni Acia? Nangis lagi?”tanya Neira rakan serumahku.

“Tak ada apalah Neira, tengah tunggu sms atau call dari Khalil.” Balasku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience