BAB 6

Romance Completed 6574

Ya, semua orang tahu bahawa Hairi tergila-gilakan aku tapi sayang taka da seorang pun tahu kalau-kalau aku hanya cintakan Khalil seorang.

Khalil pergi dengan kebencian, bagaimana harus aku terangkan hal sebenar padanya bila aku sudah tidak punya peluang lagi untuk berbicara dengannya.

Airmataku terus mengalir deras, aku masih terduduk seakan menantikan kelibatnya hadir dan berkata padaku bahawa smeuanya sudah okay dan dia sudah tahu akan perkara sebenar.

Namun itu semua hanya halusinasiku, satu cara untuk aku memujuk hatiku dari rasa penyesalan yang memberat di jiwaku.

Aku perlu waktu yang lama untuk melupakanmu Khalil. Aku tahu kau cintakan aku namun sesalku ini tidak bisa mengungkap cinta dan sayang juga rindu padamu ketika hayatmu dikandung badan adalah salah satu penyesalan yang cukup perih.

Kasihku padamu tidak terluah dan betapa au menyesal selalu sahaja mengambil kesempatan pada waktu yang sebenarnya kejam buat manusia yang sering leka dan alpa. Aku harus berhenti menantimu, ya aku pasti akan melupakanmu. Bila? Aku sendiri tidak tahu bila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience