Series
1970
"Kami memang sedang menunggu kehadiran doktor. Dia tak mahu bercakap." Salah seorang daripada mereka yang sedang memerhati bersuara sebaik sahaja ternampak kelibat seseorang yang memakai baju putih dengan cermin mata.
Dia suka orang itu. Tuturnya lembut, menenangkan. Tak seperti mereka yang kasar. Dia senyum. Tapi kali ini senyumannya tulus. Terukir indah menampakkan lesung pipitnya yang agak dalam. Kemudian seperti yang dia duga, lelaki tadi menghadapnya. Lama dia merenung lelaki berkenaan sebelum dia kembali resah. Dahinya berkerut. Kerutannya jelas sekali.
"Tasha, awak masih dengar suara suara tu lagi?" Lelaki itu bersuara
Serentak, dia bangun dari kerusinya. Dipandang tepat ke wajah doktor berkenaan. "Shyyy! Sudah saya katakan, jangan cakap di hadapan orang lain. Nanti mereka fikir saya gila." Separuh berbisik, namun masih kuat dan jelas.
"Mereka tidak akan mendengar pada kita. Hanya kita berdua. Awak dan saya." Doktor itu bersuara bersama senyuman, berusaha menenangkan.
"Doktor jangan ingat saya bodoh. Doktor pandang sahaja cermin di bahagian kiri doktor tu. Cermin itu lutsinar. Mereka boleh mendengar dan melihat apa sahaja, doktor. Saya tahu." Nadanya sedikit ditegaskan
Lelaki tersebut tertawa, menampakkan barisan gigi yang putih bersih. "Baiklah,Tasha. Saya berjanji, tapi ceritakan pada saya. Apa lagi bisikan yang awak dengar? Awak sukakan bercerita pada saya?"
Dia mengangguk - angguk. Kemudian tersengih menampakkan keriangan. Persis seorang kanak kanak yang baru sahaja mendapat gula gula. Ya, sama sekali. Dia kemudiannya duduk kembali. Tunduk dan tersenyum - senyum.
Share this novel