Series
1970
Dia resah sendirian. Sebentar - sebentar matanya memandang ke arah siling. Sekejap - sekejap pula memandang ke hadapan. Pandangan lama, langsung tidak berkelip - kelip
Suhu penghawa dingin 20 darjah selsius, namun dia berpeluh - peluh. Nafasnya turun naik seakan tidak keruan. Jelas tergambar pada wajahnya yang dia sedang bimbang sesuatu. Dia mengengam jari - jemari dengan mencantum kedua - dua belah tangannya selepas itu.
"Sudah saya katakan, dia tidak mahu percaya." Ayat itu terpacul satu per satu mengekori gerakan bibirnya. Dia kemudian tersenyum. Senyuman yang kelihatan agak pelik dan mungkin agak menakutkan.
Satu jam! Dua jam! Detik berlalu dan dia masih di situ. Di atas kerusi kecil. Langsung tidak bergerak. Air kosong di hadapannya tidak diteguk. Malah, dia tidak mengubah posisi duduknya. Masih sama seperti tadi. Padan muka! Kenapa mereka tidak mahu percaya? Kenapa menuduhnya menipu? Kenapa menganggapnya gila sehingga memaksa dia berjumpa dengan pakar psikoterapi? Dia tidak gila. Dia waras!
Share this novel