Bab 3: °_°

Mystery Series 1970

Tidak semua orang tahu tentangnya. Tidak semua orang mampu menduga apa yang telah berlaku kepadanya. Dia sama seperti orang lain. Mulut yang sama, kening yang sama, hidung yang sama dan mata yang sama. Kecuali parut berukuran 2 sentimeter pada bahagian kening kirinya. Itu yang berbeza.


Bukan semua orang ada parut yang sama. Parut torehan belati tajam hadiah daripada papa sempena hari jadinya. Mungkin kesilapannya, meminta sesuatu di luar kemampuan keluarga. Meminta dihadiahkan anak patung yang berambut perang dan bermulut merah jambu. Tidak. Memang salah dia! Itu pada raut wajah. Pada tubuh badan, kesan torehan yang sama ada di sana sini. Kenangan daripada seorang ayah.


"Tasha, apa lagi awak dengar?"
Ya, bisikan itu. Bisikan yang sering mengganggunya sejak dia kecil. Bisikan yang kadangkala mendamaikan. Kadangkala mendamaikan dan kadangkala membosankan.

"Tasha, papa nak sepak mama lagi !!"

"Tasha, lari ! Papa bawa besi panas nak pukul kau.."

"Tasha, jangan kawan dengan mereka ! Mereka akan pukul kau.."

Apa yang pasti, bisikan itu terus menjadi jadi. Semakin dia membesar, bisikan itu semakin bertambah - tambah. Semakin galak mengganggunya.

"Tasha, Ika letak katak dalam beg kau."

"Tasha, Kaira bagi tahu Cikgu Laila kau tak buat kerja sekolah.."

"Tasha, mereka berniat jahat pada kau."

Dan bermacam macam lagi, asyik Tasha, Tasha dan Tasha. Arhh, dia sendiri sudah bosan.


"Sekarang sudah pukul berapa, doktor?" Dia bersuara. Perlahan - lahan. Satu per satu. Namun, dalam keadaan ragu - ragu dan takut - takut.

Lelaki itu menyedarinya. Bukankah dia sudah lama merawat pesakit yang bernama Natasha ini? Bukankah sejak remaja lagi Natasha lagi berulang alik ke hospitalnya?


"Sudah 12.01 minit tengah malam, Tasha."

"Sudah lewat..." tukasnya

"Kalau awak sudi bercakap, tentu takkan selewat ini bukan?" Pertanyaannya berbaur selorah

Natasha menggeleng. "Sudahlah, doktor. Hentikan saja penyiasatan. Tutup kes bunuh tu, atau..."

"Atau apa, Tasha? Awak dah jadi suspek utama mereka disebabkan masalah mental yang awak hadapi. Awak juga satu - satunya saksi kes bunuh ni. Lagi satu, orang yang terbunuh tu, kedua - dua ibu bapa awak." Sedikit teegugat kewibawaan lelaki berkenaan. Dia kalah pada emosi kali ini. Kenapa? Lelaki itu mungkin menaruh rasa yang istimewa pada dia. Lelaki itu takut tidak mampu merawat pesakit itu lagi. Lelaki itu takut kehilangan dia. Lelaki itu benar - benar rasakannya. Kasih sayang yang mendalam pada dia.

------------------------------------------------------------------------------

Maaf kalau rumit nak baca........ ^_^
#enjoyit
#Natasha
#Psiko
#hehehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience